Bab 3

606 32 0
                                    

"Lamanya tak datang sini," ujar Haider apabila sudah sampai ke tempat kegemarannya dari dulu.

Dia menghirup udara yang segar di pagi hari selepas keluar daripada kereta.

"Haider Luqman! lama tak jumpa kau bro," tegur Danial yang bersama dengan adik kembarnya, Danish merangkap sahabat Haider.

"Baru habis sambung belajar Nial," Haider menyambut huluran tangan kedua-dua sahabatnya itu.

"Kat sana ada awek cantik tak Luq?" Soal Danish. Hanya dia sahaja yang suka panggil Haider dengan gelaran Luq.

"Lambat lagi si Haider ni nak tengok-tengok perempuan. Dia tu dah macam ustaz. Kita je masih sesat. Maklum lah bekas pelajar tahfiz," celah Danial.

"Kau je sesat. Aku tak," kata Danish membuatkan Danial menjelingnya.

"Tapi kau lagi banyak main kan hati perempuan daripada aku," bidas Danial.

"Aku dah berubah lah!" Tegas Danial. Dia tidak suka orang mengungkit kisah lamanya. Yang lepas biarkan lepas.

"Banyak lah kau level ustaz. Aku ni biasa-biasa je. Setakat jadi imam masjid tu boleh lah," Haider menggelengkan kepalanya. Sudah lali mendengar apabila orang asyik berkata dia ustaz.

"Kau kerja apa sekarang?" Soal Danial cuba untuk mengalihkan topik. Dia tahu yang Haider tidak suka apabila orang memanggil dia ustaz.

Tetapi kisah apa dia? Langgar sahajalah.

"Buat apa nak kerja? Dia dah kaya. Goyang kaki kat rumah pun masuk juga duit. Tengoklah dia pakai kereta apa, Mercedes RS 5 Sportback brother," Danish mengambil kesempatan untuk membelek-belek kereta Haider. Bukan selalu.

"Sebelum sambung belajar pakai Honda Civic, lepas habis terus pakai Mercedes.  Cepat betul kau cekau duit ye Haider," sambung Danish lagi.

"Duit untuk beli kereta baru aku dah lama kumpul. Dekat sana pun biasiswa yang tanggung, aku tak perlu keluar banyak duit," jelas Haider.

"Oh lupa budak pandai," perli Danish.

Terletus tawa Haider apabila Danish memerlinya.

"Kau masih ingat lagi nak drift kereta tak?" Soal Danial.

"Mestilah masih ingat. Minat aku tu, tak mudah untuk lupakan,"

"Jom lah pergi ambil kereta kau dekat garage sana," ajak Danial lalu mereka bertiga gerak ke garage.

Setelah sampai ke garage, Haider terus peluk kereta kesayangannya.

"Ya Allah, lamanya tak jumpa kau William," nama yang diberi untuk kereta driftnya iaitu Subaru BRZ.

"Thank you tolong tengok kan kereta aku sepanjang aku tiada disini."

"No problem bro. Jom kita pergi drift," Danial mengajak Haider dan Danish lalu mereka terus masuk ke dalam kereta masing-masing.

25 minit mengambil masa untuk dorang menunjukkan siapa lagi hebat. Mereka semua sudah keletihan tetapi gembira tambah lagi Haider yang sudah lama tidak membuat drift.

"Hebat betul kau Haider! Lagi hebat dari sebelum ni. Kalah Danial. Kau pergi belajar atau drift kat sana?" Danish terpegun melihat Haider yang begitu hebat membuat drift sebentar tadi walaupun sudah lama tidak jejak ke sini.

"Belajar lah woi! Aku pun tak sangka yang aku boleh jadi hebat pulak. Selalu Danial yang lagi hebat dari aku," Haider sendiri pun terkejut apabila dia dapat mengalahkan Danial.

"Dah lah, jom kita pergi minum. Aku panas sekarang ni," ujar Danish yang sedang mengipas mukanya dengan tangan.

***

Tiara melangkah masuk ke dalam cafe untuk berjumpa dengan client yang di arahkan oleh Encik Taufiq.

Haider menoleh ke meja hadapannya apabila dia perasan ada yang duduk. Dia terpaku seketika apabila melihat seorang perempuan yang dia kenali.

"Tiara Sofea ke ni?" Bisik hati Haider.

"Kau pandang siapa bro?" Soal Danial yang perasan Haider macam tengah memandang seseorang.

"Tiada siapa."

"Cantiknya perempuan depan tu, memang betul-betul type aku. Manis je dia tutup aurat macam bidadari turun dari langit," ujar Danish yang sedang memerhati Tiara.

Haider mengangkat semula mukanya untuk melihat Tiara. Memang benar apa yang dikata oleh Danish.

Tiara merasa dirinya sedang diperhatikan. Terus dia mengangkat muka dan bertentang mata dengan Haider.

Raut wajah Haider seperti terkejut apabila bebola matanya tepat ke arah mata Tiara. Terus sahaja dia menundukkan semula mukanya.

Tiara yang tidak suka diperhatikan terus dia rasa mahu tukar tempat duduk sebaik sahaja air yang dipesan sudah sampai. Malah, Tiara mempunyai niat jahat untuk mengenakan salah sorang dari mereka dengan cara menumpahkan air yang dipesannya.

"Aku nak pergi tandas jap," Haider terus bangun dari tempat duduknya.

Tiara mengambil kesempatan untuk pergi ke arah Haider apabila dia nampak Haider sedang bangun.

Tidak tahu bagaimana, Haider terlanggar Tiara dan air yang berada di tangan Tiara tumpah pada baju Tiara sendiri.

"Astaghfirullahalazim, maaf cik saya tak sengaja. Saya minta maaf sangat-sangat. Tudung cik basah ni, takpe saya gantikan semula air cik. Pasal tudung nanti saya gantikan semula. Saya minta maaf sangat-sangat," rayu Haider apabila melihat tudung Tiara yang sudah basah dengan air kopi.

Muka Tiara menahan geram apabila tudung dan bajunya sekali basah. Dia nak kenakan orang, tidak pasal dia yang terkena.

"Takpe tak perlu ganti pun. Saya okey," Tiara terus berlalu dengan hati yang membara panas, tiada mood dia mahu berjumpa dengan client. Ikutkan hati dia nak mengamuk juga disitu, tetapi disebabkan dia kenal siapa Haider terbantut niatnya.

Haider yang terpinga-pinga apabila Tiara terus keluar dari cafe itu. Serba salah dibuatnya apabila melihat wajah Tiara yang sudah kemerahan menahan marah. Ajaib sungguh kenapa dia tidak kena marah?

"Apa pasal kau jalan tak tengok depan bro? Kesian perempuan tu gila!" Marah Danial dengan kecuaian Haider.

Haider mengakui yang dia jalan tak tengok depan sebab sibuk membalas mesej ibunya.


"Argh tak guna punya jantan! basah tudung aku. Tak pasal-pasal bau kopi kat aku ni. Nak ganti balik tudung ni? Heh baik tak payah lah. Kau ganti pun aku akan buang terus. Malangnya nasib aku, kenapa papa suruh aku yang pergi jumpa client dia yang datang lambat tak reti tengok masa. Kau tunggu memang aku akan balas balik, silap-silap kari yang tumpah atas baju kau," Tiara melepaskan geramnya di dalam kereta. Dia menumbuk-numbuk stereng keretanya.

Adelyn masuk ke dalam kereta Tiara dan terkejut melihat tudung dan baju Tiara basah, yang paling tidak sangka kenapa bau kopi?

"Asal tudung dengan baju kau basah ni?" Soal Adelyn.

Tiara tidak menjawab. Dia terus membawa kereta dengan laju.

"Woi nak mati awal ke? Kau tu dah lah banyak dosa, nak mati awal jangan ajak aku Tiara!" Jerit Adelyn. Jantung dia berdetak laju apabila Tiara membawa kereta seakan ada musuh di belakang.

"Kau pun banyak dosa! Baik kau diam kalau tak nak kena tinggal tepi jalan," Jerit Tiara semula. Dia tengah serabut kepala otak, Adelyn tambahkan lagi serabutnya.

Adelyn hanya mampu memejam mata. Tidak mampu melihat apa yang akan terjadi lepasni. Dia redha jika ajalnya tiba. Tetapi tak kan dengan cara ini.

****

Happy reading ❤️ Don't forget to vote !!

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now