Chapter 55

777 39 1
                                    

'ARA! '

Kaysher pergi kearah Ara yang sedang menekup pipi yang ditampar oleh Erissa tadi. Tepi bibir Ara pecah dan ada sedikit darah.

Dewan yang bising dengan pelajar-pelajar yang kian memenuhi dewan itu menjadi senyap apabila mendengar bunyi tamparan yang agak kuat. Ditambah pula dewan tersebut menghasilkan gema jadi orang yang berada di belakang sekali pun boleh dengar.

Erissa terkejut dan terkaku apabila Kaysher menghampiri mereka. Aura Kaysher yang menakutkan mula memenuhi ruang dewan.

Pelajar-pelajar pula mula berbisik satu sama lain. Buka gelanggang nak membawang lah tu!

'Kau apahal sampai kena naik tangan bagai? Tak boleh cakap elok-elok ke?' marah Asher yang turut berada di situ.

'Perempuan ni tak boleh cakap dengan mulut bagi je terus penampar kat dia tu. Suka hati je nak tampar anak orang' herdik Bella.

'M-mana a-ada, I s-suka h-hati. Diorang yang sakitkan hati kitaorang dulu. I geram sangat tu yang tangan I nak tu' jelas Erissa yang mula seram dengan wajah Asher dan Kaysher yang menyinga.

'Kau diamlah perempuan!' marah Bella. Nak jadi play victim pula. Bella mara ke depan nasib baik dia dihalang oleh Asher.

'lepaskan I lah. Ish, you tepilah biar I ajar sikit mulut longkang dia tu' kata Bella sambil meronta.

'STOP! What's going on here?' tanya Tengku Zarif dan disebelahnya ada Madam Umai dan Pn. Rita.

'Perempuan ni, dia tampar Ara' adu Bella.

'Mana ada, Saya tak sengaja Ku Zarif betul' kata Erissa lagi.

'Eh kau ni kerja menipu je kan? Mulut puaka betul' kutuk Bella.

'Enough Bella. No more words' kata Tengku Zarif tegas.

'Tapi ayahanda, diorang... ' tidak sempat Bella mahu habiskan ayatnya, Tengku Zarif menyampuk.

E-girl terkejut apabila mendengar Bella memanggil Tengku Zarif dengan panggilan Ayahanda.

'Enough, Kaysher tolong ubatkan luka Ara. Ash dengan Bella ikut ayahanda. Yang lain boleh pergi balik ke tempat masing-masing' Tengku Zarif memberikan arahan.

Kaysher pun menarik Ara sehingga ke bilik khas. Asher dan Bella pula mengikuti langkah Tengku Zarif.

Sempat Bella menoleh kearah E-girl yang tersenyum kemenangan.

'Oi, you tengok apa tu jomlah' panggil Asher.

Bella pun berjalan mendekati Asher lalu jalan bersama.

×××××××××××××××××××

Tengku Zarif mengambil mic yang di set up oleh Ara tadi.

'Sorry, sebab lambat. Okay sebenarbya harini kita ada berita gembira nak share dengan pelajar semua, iaitu kita akan buat Prom bagi mengakhiri pelajar-pelajar Form 5 tahun ini pada hari minggu ini. Mesti semua dah tahu kan?' kata Tengku Zarif dengan penuh semangat.

Pelajar pula tepuk tangan dengan gembiranya.

'Ada pengumuman lagi penting dan saya harap kamu semua sudi datang ke majlis ini pada hari Sabtu minggu depan' kata Tengku Zarif membuatkan pelajar di dewan itu tidak sabar untuk mendengar pengumuman tersebut.

Asher dan Bella melihat Tengku Zarif yang ada diantara mereka. Jangan cakap Tengku Zarif nak jemput satu sekolah pergi majlis resepsi mereka.

'Anda semua dijemput ke majlis resepsi anak-anak serta menantu saya iaitu Tengku Arabella Alexandra dan Tengku Isabella Alexandrea dengan pasangan mereka Tengku Kaysher Grey dan Tengku Asher Grey ' umum Tengku Zarif.

Dewan yang senyap mula riuh kembali dengan 2 berita mengejutkan yang disampaikan oleh Tengku Zarif tadi.

Berita pertama ialah Ara dan Bella anak Tengku Zarif yang kaya raya tu. Yang kedua pula Kaysher dan Asher menjadi suami kembar yang dianggap miskin itu.

Asher dan Bella menepuk dahi mendengar pengumuman tersebut.

Nampaknya makin ramailah haters mereka apabila Tengku Zarif mengumumkan berita perkahwinan mereka.

'Itu sahaja pengumuman saya hari ni terima kasih' kata Tengku Zarif lalu turun dari pentas.

Bella turun bersama Asher.

×××××××××××××××

Kaysher menuam ice pack dibibir Ara.

'Mehla sini, saya boleh buat sendirilah' kata Ara.

'Tch, biar aku buat' kata Kaysher dingin.

'Kalau nak tolong buatkan. Gentle lah sikit. Sakit tau tak' marah Ara.

'Aku pelik lah kau ni. Kenapa sampai kena bergaduh bagai ni? Cakap elok elok tak boleh ke? Dah nanti muka kau tak cantik masa reception nanti' sempat lagi Kaysher mengutuk muka Ara.

'Kay! Awak kalau tak tahu cerita jangan nak buat palatau. Tak pasal-pasal awak pula yang lebam nanti' kata Ara geram.

Boleh pula Kaysher tuduh dia yang dia cari pasal dulu dengan geng gedik tu? Padahal diorang yang serang Ara dulu.

'Apa?! Kalau kau tak cari pasal takkanlah kau ada luka ni?' kata Kaysher tanpa dia sedari dia menekan Ice pack tersebut dengan kuat.

'Auch! Ssss...Lain kali kalau tak ikhlas jangan buat' marah Ara lalu merampas ice pack dari tangan Kaysher.

'Kau merajuk dengan aku lagi ke?' tanya Kaysher. Kali ini tone suaranya agak lembut dari tadi.

'No, bila masa pula saya merajuk? ' kata Ara tanpa memandang muka Kaysher.

'Then, kau lepaskan geram dekat orang lain kenapa? ' tanya Kaysher lagi.

'Ish, malam ni tidur luar' marah Ara lalu keluar dari bilik khas tersebut dengan perasaan yang sebal kerana Kaysher menuduhnya tanpa mendengar penjelasannya terlebih dahulu.

Kaysher terpana di tempatnya. Tak pernah lagi orang menyuruhnya tidur di luar. Wuish, first time. Lidah menjadi kelu. Nak bergerak pun rasa macam kaki di gam di lantai.

Inilah yang paling ditakuti oleh para suami. Kena halau tidur kat luar. Uish, kesian.

××××××××××××××××××

Asher dan Bella pergi ke bilik pengetua dimana adanya Tengku Zarif dan Madam Umai.

'Any explaination?' tanya Bella kepada Tengku Zarif.

'What? Explaination apa lagi? Ayahanda ajak kawan-kawan korang jugak' kata Tengku Zarif tidak bersalah.

'Ajak jelah orang yang kita kenal. Kenapa nak ajak satu sekolah? Ayahanda tau kan apa jadi masa majlis kahwin Bella dulu? Ayahanda nak kejadian tu jadi lagi ke? Ayahanda memang tak sayang Bella dah ke?' kata Bella emotional.

Semua didalam bilik itu terdiam apabila mendengar luahan Bella itu. Kenapa Bella tiba-tiba marah? Itu yang ada dalam pemikiran mereka.

Selepas berkata bergitu, Bella pun keluar dari situ kerana dia rasa yang empangan air matanya akan pecah bila-bila masa je.

Asher pula mengikuti langkah isterinya.

Tengku Zarif tersedar kesilapan yang dia lakukan. Insiden yang berlaku beberapa minggu lepas meninggalkan kesan yang dalam kepada Bella.

Detik detik dia hampir dirogol oleh ex-boyfriend nya pada hari perkahwinan dia.

Tidak lama kemudian, Ara masuk kedalam bilik tersebut.

'What is going on here?'

Done chapter 55. Sempena raya aidiladha ni, author bagi doulble update. Jangan lupa vote tau guys. Jumpa lagi bubyeeee....

Twins Lover {Complete}✔️✔️Where stories live. Discover now