Chapter 63

759 43 0
                                    

Bella duduk diatas katil manakala Ara bergerak ke walk in closet.

'Not bad. Cantik juga bilik ni. Aku rasa macam duduk dalam istana pula' puji Bella.

Dia melihat sekeliling bilik yang bertemakan marble dan ukiran flora dan fauna. Jenis style classic gituh!

'Dah taste Kaysher macam ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Dah taste Kaysher macam ni. Taste laki kau macam mana pula?' tanya Ara.

'Dia suka yang macam luxious things and modern macam tulah' kata Bella sambil berjalan masuk ke walk in closet. Dimana tempat Ara berada.

Mereka jeda seketika. Apabila Bella ralit meneliti setiap ruangan.

'Ara, aku nak tanya something ni' tanya Bella meminta izin.

'Ara yang sedang memilih baju itu memandang kearah Bella pelik. Dah kenapa nak minta izin bagai. Nak tanya, tanya jelah.

'Hmm'

'kau bahagia tak dengan apa yang kita buat ni?' tanya Bella.

'Buat apa? Maksud kau?' tanya Ara pelik.

'Maksud aku pasal perkahwinan kita. Pasal kandungan ni. Kita muda lagi kot. Perlu ke aku gugurkan kandungan ni? Aku buntu. Aku rasa macam aku tak ready lagi tapi aku tak sampai hati nak gugurkan' luah Bella.

'Kenapa kau nak cakap yang kau menyesal terima perkahwinan ni? Kau tak cintakan Ash ke? Ke Ash ada bully kau ke? Pukul kau ke?' tanya Ara.

'Tak aku tak cakap pun aku menyesal. Ash dah tak macam dulu lagi dah. Dia baik je dengan aku. Dia sayang aku macam mana aku sayang dia tapi benda ni jadi awal sangat. Kau? Kau rela ke dengan perkahwinan ni? Aku tengok Kay layan kau macam acuh tidak acuh je?' kata Bella pelik.

'Bella, aku tak tahulah kenapa kau fikir semua ni. Tapi yang aku nak kau tahu, aku bersyukur sangat terima perkahwinan ni. Kaysher memang macam tu. Kadang-kadang mood dia okay. Kadang-kadang kelaut. Biasalah dia pun semakin meningkat dewasa. Perangai pun semakin matang' jelas Ara panjang lebar.

'Aku rasa Ash ada sembunyikan apa-apa dari akulah' adu Bella.

'Sembunyikan apa? Aku tengok biasa je. Cuba kau bagitahu aku, apa yang bermain dalam kepala otak kau?' tanya Ara cuba mengorek apa yang bermain di dalam kepala kembarnya itu.

Tapi dia rasa dia tahu apa yang bermain di kepala kembarnya itu. Rahsia Asher selama ini sudah setipis kulit bawang. Jika Bella berjaya mengetahui hal tersebut, Asher yang akan bermasalah nanti.

'Aku perasan lately ni, Ash terima banyak message dari seorang perempuan ni tapi aku tak tahu perempuan tu siapa. Ada sesekali perempuan tu akan call' kata Bella.

'Habis dia angkat call tu?' tanya Ara.

'Dekat depan aku setakat ni takdelah tapi belakang aku. Huh! Aku pun tak tahulah' kata Bella sambil menghelakan nafas berat.

'Kau ada terfikir tak siapa perempuan tu?' tanya Ara.

'Entah, aku malas nak fikir. Nanti yang sakit hatinya aku bukan dia' kata Bella.

'betul jugak tu. Kau tahu nama perempuan tu. Mana tahu nanti aku boleh tanya Kay ke?' tanya Ara.

'Tak silap aku nama yang save kat telefon Ash tu Venessa kot. Aku pun tak ingat sangat' kata Bella.

'Venessa? Hurm, nanti aku try tanya Kay. Manalah tahu kalau dia tahu kan? Kau duduklah dulu. Aku nak tukar baju jap' kata Ara.

Bella hanya mengangguk.

×××××××××××××

'Ash, aku dengar buah hati kau nak balik?' tanya Kaysher.

'Buah hati mana pula? Aku dah ada bini dah pun' kata Asher yang blur.

'Alah buat tak tahu pula. Venessa la ngok. Aku dengar dia nak balik sini dah' kata Kaysher.

'Mana kau tahu?' tanya Asher pelik.

'Lain kali dia call tu angkatlah. Semaklah aku. Kau boleh suruh buah hati kau tu jangan asyik call aku boleh tak? Kalau Ara nampak nanti macam mana?' kata Kaysher.

'Dia bukan buah hati aku dah. Kau nak tahu tak yang aku bukan bertunang pun dengan dia tu. Dia tu je yang perasan yang aku ni nak kat dia' kata Asher.

'Habis apa yang dia cakap tu semua tipu je?' tanya Kaysher. Asher menganggukkan kepalanya.

'Dia yang cakap bukan aku. Aku tak cakap apa apa pun' kata Asher pula.

'Tapi, kau kena bagitahu Bella pasal hal ni. Aku takut nanti kau susah nak dapat hati dia balik selepas dia tahu semua ni' pesan Kaysher.

'aku tahu. Tapi aku tak jumpa masa yang sesuai nak bagitahu dia. Pasal kerja aku yang lagi satu tu pun aku belum bagitahu dia' kata Asher.

'Aku harap kau tak terlambat untuk bagitahu semuanya. Bukan apa, Aku takut, kau yang menyesal nanti' kata Kaysher sambil memegang bahu Asher.

'Rancak borak. Borak pasal apa?' tanya Ara yang baru turun bersama dengan Bella di sebelahnya.

'Nothing, just cakap pasal kerja tadi. Korang dah siap ke?' tanya Kaysher.

'Dah, jomlah gerak. Dah pukul berapa dah ni' kata Ara. Bella hanya senyap disebelah Ara. Begitu juga dengan Asher.

'Jap, Aku nak ke toilet' kata Bella tiba tiba.

'Aku tunggu kau. Korang pergilah keluar dulu. Panaskan enjin kereta' suruh Ara.

Tanpa membantah Kaysher dan Asher keluar dari rumah tersebut.

Bella pula pergi ke toilet yang berada di sebelah dapur.

×××××××××××××

Setelah selesai, Ara dan Bella pun keluar dari rumah. Sebelum itu, sempat Ara bertanya pada Mak Teh jika ada apa-apa yang perlu dibeli.

Tapi Mak Teh memberitahu stok makanan dan barang basah masih banyak. Baru beli 2 hari yang lalu.

'Ingat Bella jangan lupa bagitahu suami kau tu' kata Ara.

'Iya, tengoklah nanti' kata Bella.

Ara hanya menggelengkan kepalanya. Kalau nanti tu, tak tahu bilalah.

Bella masuk ke dalam kereta Asher manakala Ara masuk kedalam kereta suaminya, Kaysher.

Kereta masing masing pun keluar dari kawasan perumahan Kaysher itu lalu memecut ke Mall.

Nak buat apa lagi kat Mall? Shopping ah! Jangan marah aar...

Done chapter 63. Chapter ni pun macam agak hambar sikit. Tapi, next chap maybe author akan buat cerita ni jadi panas sikit. Panas macam mana tu? Hah! Kalau nak tahu, Jangan lupa vote tau guys. Bubyee...

Twins Lover {Complete}✔️✔️Where stories live. Discover now