Chapter 37

813 43 0
                                    

Ara masuk ke rumah diikuti dengan Kaysher.

'I'm home' kata Ara. Dia pun nak naik ke bilik Bella untuk melihat keadaan Bella.

Tiba di depan lif, Ara terserempak dengan Mak Yah dengan besen kecil yang ada air bawang dan tuala kecil.

'Ara baru balik? Tuan Kaysher mana? ' tanya Mak Yah.

'Tah la Mak Yah. Dia naik tangga kot. Ni untuk Bella ke? Tak kebah lagi ke demam dia? ' tanya Ara.

'Ye ini untuk Bella. Ikutkan tengahari tadi dia dah okay. Tapi tah la, Tadi Ash cakap yang suhu Bella naik balik' kata Mak Yah.

'Ouh jomlah naik Mak Yah' kata Ara.

'Yelah' kata Mak Yah.

Mereka pun naik lif bersama. Lalu berjalan ke bilik Bella.

×××××××××××××××××××

Kaysher baru sahaja membuka kasut untuk masuk kedalam rumah. Apa ingat semua orang kaya pakai kasut dalam rumah ke?

Tiba tiba notifikasi dia berbunyi.

Ting!

Kaysher pun membuka notifikasi itu.

Unknown

'Baby, we should talk. Please I rindu dengan you'

Kaysher yang membaca tu sudah agak daripada siapa message itu.

'Kau ingat senang ke nak pulihkan hati aku balik selepas tengok apa yang kau buat belakang aku? ' kata Kaysher dingin.

Kaysher hanya membiarkan message itu tergantung sepi haqiem rusli tanpa membalasnya.

Dia pun masuk. Kelibat Ara tidak dia jumpai. Maybe dah sampai bilik atau dia pergi tengok Bella. Fikirnya.

Dia pun naik keatas untuk segarkan badan setelah 10 jam berada di sekolah.

×××××××××××××××××××××

Masuk saja kedalam bilik Bella. Ara melihat Asher sedang duduk di sebelah Bella sambil menatap muka kembarnya itu.

Ara membuat isyarat kepada Mak Yah supaya diam.

Ara pergi ke belakang Asher lalu menepuk bahu lelaki itu.

'Hey, tengok bini macam nak tembus kenapa?' sergah Ara dari belakang. Ish terkejut aku kau ni.

'Eh, Ara. Bila kau balik? Aku tak perasan pun' kata Asher yang jelas kelihatan yang dia yang terkejut itu.

'Ash, ini air bawang Mak Yah buatkan. Mak Yah letak sini ye?' kata Mak Yah lalu meletakkan besen kecil di atas night stand.

'Baru je' kata Ara.

'Air bawang? Nak buat apa saya bukan nak masak pun?' kata Asher pelik.

Ara dan Mak Yah tertawa.

'Bukan lah, air bawang ni bagus tau untuk sejukkan badan. Mak Yah memang macam ni kalau kitaorang demam. Memang demam cepat kebah' jelas Ara.

'Manalah aku tahu' kata Asher lalu mengambil tuala kecil itu lalu diperah dan letakkan di atas dahi Bella.

'Untung kau Bella dapat suami macam Asher. Yang jaga kau masa kau sakit' kata Ara didalam hati.

'Mak Yah turun dulu ye. Nak hidangkan makanan kat Ara dengan Tuan Kaysher' kata Mak Yah.

'Baiklah Mak Yah' kata Ara.

Tiba tiba terdengar telefon Asher yang berbunyi. Ara sempat mengintai nama yang menelefon Asher itu.

Hanis

'Aku tarik balik kata kata aku' kata Ara di dalam hatinya.

'Ara, tolong tengok tengokkan Bella, aku nak kena angkat ni' kata Asher.

'Okay' kata Ara. Dia tahu Asher seorang playboy so wajarlah perempuan telefon dia.

Selepas Asher keluar dari biliknya. Ara pun mengambil tempat Asher tadi.

'Korang ni memang serasi lah. Dua-dua tak cukup satu. Memang patut pun korang kahwin. Tadi pun diorang cari aku tanya kenapa kau tak datang. Sampai naik rimas aku' kata Ara perlahan takut menganggu lena si kembar.

'aku harap kau dengan di boleh berubah la. Aku harap dia dapat jaga kau yang keras kepala ni' kata Ara lagi.

Dia mengusap rambut Bella perlahan.

'Please no, jangan buat macam ni dekat I, Daniel. You tak sayang I ke?' kata Bella sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

Ara yang melihat terkejut.

'Bella wake up' kata Ara.

'Jangan. Please I begging you' kata Bella lagi.

Ara menepuk pipi Bella banyak kali supaya Bella bangun.

Bella membuka matanya sedikit lalu tutup semula dan dia terlelap semula.

Ara mahu menanyakan tentang itu pada Asher tapi sebelum dia keluar, dia mendengar sesuatu yang membuatkan hatinya panas.

Dia sorok di tepi dinding.

××××××××××××××××××

'Hello'

'Hello, Tuan Asher. Saya dah dapat lelaki yabg bernama Daniel tu. Tuan nak letak dia kat mana?'

'Mansion. Aku nak korang ikat dia kat bawah tanah. Nanti aku datang Berani dia buat hal dengan aku'

'Baiklah, Tuan Asher'

Lalu panggilan diputuskan oleh Asher.

'Woi, serius je. Asal. Siapa buat hal dengan kau' sergah Kaysher dari belakang.

'Eh, korang suami isteri memang suka sergah-sergah orang ke macam mana? Tadi Ara ni kau pulak' kata Asher.

'Aku pula kena marah? Asal siapa buat hal ?' tanya Kaysher. Yelah Asher jarang nak buat muka serius kecuali ada orang cari pasal dengan dia.

'Daniel. Boyfriend Bella' kata Asher.

'Kes apa ni? Kes cemburu ke ni? Dah fall in love dengan si isteri ke?' usik Kaysher.

'Mana ada, kau ni memandai je. Aku takkan fall in love dengan sesiapa kecuali Vanessa' kata Asher.

'Eh, perempuan tu yang buat kau macam ni tau. Dia tinggalkan kau, kau still cinta kan dia?' tanya Kaysher.

'Aku bukan macam kau, Kay. Cecilia tinggalkan kau, kau tutup hati kau untuk semua perempuan. Aku tak boleh. Dia first love aku' kata Asher.

'First love engkau yang buat kau terpesong macam sekarang ni. Move on lah Ash. We married now. Aku taku kalau kau dah jatuh sayang kat Bella nanti, tiba tiba Vanessa datang balik kat kau. Then masa tu, kau kena pilih orang yang betul. Kalau tak sengsara kau seumur hidup' pesan Kaysher.

'Suka hatilah, selepas aku bercerai dengan Bella. Aku akan kahwin dengan Vanessa. Itu janji aku' kata Asher lalu masuk semula ke bilik Bella.

Disitu terlihat Ara berdiri di tepi pintu.

'aku harap kau tak dengar apa yang aku cakap tadi' kata Asher didalam hati.

Kaysher melihat muka Ara yang terpancar kemarahan yang meluap.

'Ara jom turun, makan' kata Kaysher.

Ara melihat kearah Kaysher lalu dia mengangguk.

Done Chapter 37. Siapa Cecilia kepada Kaysher dan siapa Vanessa kepada Asher? Apa kisah mereka dengan 2 orang gadis itu? Kalau nak tahu, jangan lupa vote tau guys. Bubyee...

Twins Lover {Complete}✔️✔️Where stories live. Discover now