Kaysher turun kebawah. Niat dihati nak minum air. Tapi terbantut pula niatnya nak minum air, dia kearah Mamanya yang sedang membaca satu kertas.
'Mama what are you doing?' tanya Kaysher.
'Mama tengah baca wasiat Arwah Papa kamu berdua' kata Tengku Marina pada anaknya.
'Mama, Ash nak keluar lepak dengan member jap tau. Pukul 6, Ash balik' kata Asher yang berlari kearah pintu rumah.
'Ash, sini kejap ada benda mama nak bagitahu kat Ash dengan abang Kay' kata Tengku pada anak bongsunya itu.
Asher takde adik, so dia bongsu lah kan?
'Apa ma? Ash dah lambat la. Kawan Ash dah tunggu tu' kata Ash.
'Suruhla kawan Ash tunggu sekejap, ala 15 minit je' kata Tengku Marina.
'Yelah, jap. Ash call kawan Ash kejap' kata Asher lalu pergi dari ruang tamu itu.
'wasiat? Apa yang dia tulis dalam wasiat tu?' tanya Kaysher pada mamanya.
'Mama I'm back' kata Ash.
'Hm, duduk sini. Mama ada benda nak bagitahu kat Kay dengan Ash' kata Tengku Marina.
Dia pasti mesti anaknya akan terkejut beruk apabila mendengar wasiat papa mereka. Dia pun terkejut selepas membacanya.
Dia pun menarik nafas panjang lalu menghembuskannya perlahan. Asher dan Kaysher sedia menunggu.
'Dalam wasiat ni kata pasal Pembahagian harta kepada kita. Papa kamu kan anak tunggal jadi dia akan berikan harta dia kat kamu berdua 100% tapi ada syaratnya' jelas Tengku Marina.
'Hah, ada syarat pulak' kata Asher pelik.
'Ye sayang, syaratnya ialah kamu berdua haruslah berumur 17 tahun dan haruslah berkahwin sebelum umur 18 tahun. Lebih cepat korang kahwin, lebih cepat korang dapat harta tu' jelas Tengku Marina.
'What seriously? 18 tahun muda lagi kot. Kenapa nak cepat cepat sangat? Kalau kawan kawan Ash tahu, Ash malu la.' rengek Asher tidak suka.
'Ash punya kawan ke? Ash punya girlfriend? Jangan ingat mama tak tahu apa Ash buat selama ni' kata Tengku Marina tiba tiba menggerunkan.
Asher terdiam seketika sebelum membalas.
'M-mana ada girlfriend ma, betul la kawan. Kawan sekolah tu je' kata Asher hampir gagap.
Nasib tak obvious sangat.
'Yelah, Ash' kata Tengku Marina sambil menggelengkan kepalanya. Macam macam sahaja anak teruna nya itu.
'Kay dengan Ash sekarang dah 16 tahun. Maknanya tahun depan la kitaorang perlu kahwin untuk penuhi syarat tu?' kata Kaysher tidak percaya.
'Itulah syaratnya, Kay, Ash' kata Tengku Marina.
××××××××××××××××
Termenung Kaysher mengingatkan kejadian tersebut. Sekarang umurnya dan Asher sudah pun berinjak ke 17 tahun.
Mereka ada tempoh lebih kurang 8 bulan sejak kejadian tersebut.
'Bro, termenung jauh je aku tengok. Apasal?' tanya Martin.
'Tulah kitaorang datang pun kau tak perasan' kata Mario pula.
'Aku tengah fikirkan wasiat papa aku tu la' kata Kaysher serabut.
Boleh pula papanya buat syarat wasiat macam tu?
Kaysher tu dah la anti-perempuan memang tak la dia nak dekat dengan perempuan. Nak couple pun dia taknak, ni lagikan nak kahwin.
'ye tak ye juga eh, tahun ni kita dah umur 17 tahun maknanya kau ada lagi 8 bulan kan? Tapi aku nak tahulah, kalau korang tak penuhi syarat tu, apa jadi?' tanya Mario.
'Semua wasiat tu akan diserahkan kat anak yatim. Yang tinggal untuk kitaorang ialah bahagian mama aku' kata Kaysher.
'wow, that so cruel' kata Martin.
'I think so' kata Kaysher.
'macam mana dengan Asher? Dia okay?' tanya Martin pula.
'He is like he, dia tak ambik port pon pasal semua ni yang dia tahu nak enjoy je' kata Kaysher malas.
Dia pulak kena jadi otak kembarnya itu. Memang tak lah.
'Kau nak apa apa ke? Kitaorang nak keluar ni?' tanya Mario.
'No. Aku nak balik rumah nanti' kata Kaysher.
Mario dan Martin pun keluar membeli makanan. Mereka masuk ke office Kaysher kerana ingin bertanya jika Lelaki itu ada benda yang nak dikirim.
Last last berborak pula diorang.
××××××××××××××××××
Bella keluar dari biliknya. Dia sebenarnya baru bangun tidur.
'Asal sunyi semacam ni. Diorang keluar ke? Mom? dad? Ara? Ariq?' panggil Bella. Dia melihat di bilik ahli keluarganya dahulu.
Takde orang, semua kosong. Lepas itu dia mencari di ruang dapur, ruang tamu, meja makan, ruang game adiknya dan ruang teater.
Tiada orang. Sah dia berseorangan.
Tapi ada satu ruangan lagi yang belum dia check. Mini library iaitu tempat kesukaan Ara untuk membaca novel. Pelbagai jenis novel ada didalam bilik itu tapi semua itu kepunyaan Ara.
Kalau nak ambik kena mintak izin pemiliknya dahulu. Kalau tak memang kena makan penampar lah kau.
'Ara' panggil Bella.
Dia melihat Ara sedang membaca buku sambil menerap diatas lantai.
Ada sofa mahal mahal daddy nya beli kepada Ara untuk diletakkan di library itu, dia boleh duduk diatas lantai?
'Asal kau masuk sini?' tanya Ara.
'Mom dengan yang lain mana?' tanya Bella pada Ara.
'Keluar cari Archer baru untuk Ariq. Esok Ariq dah start latihan Archery. Kau mesti baru bangun kan?' teka Ara.
'Ha'ah, dahla aku nak mandi. Nanti ada date dengan Mike. Eh tapi, serius la, Ariq ambik archery? Nanti cakap dengan dia. Jangan buat malu aku. Aku top 1 girl dalam memanah tau.' kata Bella lalu dia pergi ke biliknya.
Hurm, macam tulah Bella mana pernah duduk lama dalam library tu. Bosan katanya.
Ara hanya menggelengkan kepala. Kembar tapi perangai tak sama. Ibarat langit dengan bumi.
Tapi bak kata bergaduh tu takde sangat la. Sebab sikap Ara yang lebih suka mendiamkan diri.
Done chapter 1. Starting okay tak? Okaylah, jangan lupa vote tau guys. Kerana tanpa vote anda siapalah saya. Bubyee
YOU ARE READING
Twins Lover {Complete}✔️✔️
RomantizmStart: 5/10/21 End: 20/3/23 Tengku Arabella Alexandra dan Tengku Isabella Alexandrea ialah kembar seiras tapi tak sama perangai. Ara ialah kakak manakala Bella ialah adik. Mereka berumur 17 tahun. Mereka juga terkenal di sekolah dengan gelaran "kem...