Chapter 77

579 32 0
                                    

Selepas sebulan lamaran Ayden kepada Dhira di terima, hari ini mereka berada di jinjang pelamin untuk menyambut hari bahagia mereka.

'Tahniah, Dhira and Ayden' kata tetamu yang hadir.

'Terima kasih sudi datang' kata Dhira sambil tersenyum manis kepada tetamu-tetamu yang hadir.

Majlis yang hampir tamat itu membuatkan Dhira dan Ayden sebagai Ratu dan Raja sehari itu penat.

'Dhira, Ayden. Pergilah duduk dengan kawan-kawan tu. Biar mak dengan baba kamu yang layan tetamu. Mak tahu Dhi dengan Ayden mesti penat kan?' kata Puan Shyra kepada anak menantunya.

'Betul ke ni mak? Nanti mak penat macam mana? ' tanya Dhira meminta kepastian dan kerisauan.

Dhira sudah sedia maklum yang ibunya dari kecil ada penyakit lelah. Jadi dia agak risau.

'Mak okay. Lagipun baba kan ada untuk tengokkan mak. Kalau mak penat mak duduk lah' kata Puan Shyra. Dia tahu anaknya itu terlebih risaukan dia. Itulah Dhira yang selalu mengambil berat kepada semua orang.

'Nanti kalau baba suruh mak duduk. Mak ikut tau. Jangan degil. Jangan paksa diri tu sangat. Nanti mak masuk hospital lagi macam mana?' pesan Dhira tegas. Maknya ni bukan boleh seronok sikit. Mulalah lupa penyakit dia tu.

'Okay, Nadhira Everlee. Mak janji. Dah Ayden tolong bawa Dhira duduk sana' Kata Puan Shyra.

'Baik Mak' akur Ayden lalu menarik isterinya kearah kawan-kawannya yang ada di satu meja besar.

'Dhira! Ayden. Tahniah, akhirnya korang kahwin juga kan' kata Fara.

'Thank you bb, kau bila pula?' tanya Dhira pada Fara.

'Aku? Erm, nanti- nantilah. Calon pun tak de lagi. Nak kahwin macam mana?' kata Fara.

'Bukan tak de, kau yang memilih' kata Bella.

'Tahniah, bro. Semoga perkahwinan korang kekal sampai ke hari tua dan hidup bahagia' kata Kaysher pada Ayden.

'Thanks Kay, thank you juga sebab tolong aku selama ni' kata Ayden dengan makna yang tersirat.

'Tolong apa tu?' tanya Ara yang terdengar kata-kata Ayden tadi.

'Tolong dapatkan hati isteri aku ni. Sebenarnya, Kay lah orang yang bagi semangat kat aku untuk confess. Kay yang bagi semangat untuk berjuang atas cinta aku. Malam prom tu, kau rasa macam mana aku boleh bawa cincin kalau bukan ada orang bagitahu' kata Ayden.

'Seriously Biy? Patutlah malam tu asyik on the phone. Saya ingatkan awak ada kerja. Saya rampas la telepon awak. Sorry Kay. Lain ksli bagitahu lah saya' kata Ara.

Memang dia merampas telefon Kaysher pada malam itu kerana dia ingatkan Kaysher sedang on the phone dengan client nya.

'It's okay, Honey. Benda dah lepas dah pun' kata Kaysher kepada isterinya.

Ara berikan senyuman yang paling manis yang dia ada kepada suaminya.

'I ada tertanya-tanya juga malam tu. Macam mana you boleh ada cincin untuk melamar I? I fikir you ada perempuan lain untuk you lamar sebab yelah you kan lambat datang haritu. Sekarang baru I tahu kenapa? Sorry salah anggap dekat you' kata Dhira memohon maaf.

'It's okay sayang, kita dah kahwin dah pun. I pun berterima kasih dengan you sebab sudi jadi peneman hidup I selama-lamanya' kata Ayden dengan romantiknya. Suami siapalah tu.

Hukk! Hhuk!

'Ingat sikit orang single ni' kata Damien yang jadi pengacau.

'Tah nak sweet-sweet tunggu masuk bilik nantilah' kata Mario.

Twins Lover {Complete}✔️✔️Where stories live. Discover now