Chapter 83

524 32 2
                                    

Hari itu Bella dan Ara dapat keluar dari hospital. Ara keluar dari hospital sebab dia memang dah boleh keluar hospital tapi Bella pula, dia memaksa Asher untuk keluarkan dia dari hospital sebab dia dah bosan dan taknak makan makanan hospital lagi.

Baby Xylia pula, sihat sahaja. Tapi tidak dibenarkan untuk bawa balik kerana umurnya yang tidak cukup. Jadi masih dibawah pantauan doktor. Dan Bella hanya akur.

'Hubby, jom tengok baby Xylia dulu nak sebelum balik' kata Bella.

'Boleh dear' kata Asher lembut.

Mereka pun pergi ke ward dimana baby Xylia ditempatkan.

Didalam satu incubator, Bella melihat anaknya sedang tidur nyenyak.

Sangat meluluhkan hati seorang ibu apabila melihat anaknya dengan tiub dan wayar berselirat di badan.

'Baby, baby kena kuat tau. Baru kita dapat balik rumah kita. Baby mesti tak sabar nak balik kan? Baby duduk sini baik baik eh, jangan nakal-nakal nanti mommy dengan daddy datang tiap hari melawat baby tau' kata Bella walaupu Baby Xylia bukan faham pun.

'Baby kena kuat macam mommy tau. I love you sayang' kata Asher pula.

'Jom dear kita balik. Petang nanti kita melawat lagi baby Xylia' kata Asher.

Bella memberikan senyuman kecil kepada Asher lalu menganggukkan kepalanya.

Mereka pun balik ke rumah walaupun baby Xylia tak dapat keluar ward lagi.

×××××××××××××

Asher dan Bella pun balik ke rumah mereka sendiri.

Buka sahaja pintu, mereka disambut oleh keluarga dengan meriahnya.

'SUPRISE' jerit Tengku Marina, Tengku Arina, Tengku Zarif, Ara dan Ariq. Tapi yang paling excited sekali ialah Archer iaitu sepupu rapat Bella.

'OMG, Chicky. Bila kau balik!!' kata Bella excited.

'Mestilah aku kena balik tengok scandal girlfriend aku ni.' kata Archer. Sambil mencium tangan Bella. Bella pun hanya membiarkan sahaja.

Asher yang tengok terbeliak biji matanya.

'Suka hati je nak cium tangan isteri orang' kata Asher tak puas hati. Tapi, ayat itu diluahkan didalam hati sahaja. Taknak rosakkan mood Bella yang ceria itu.

'Macam mana baby? Sihat? ' tanya Archer lagi.

'Baby mana? Aku ke anak aku?' tanya Bella sengaja.

'Anak buah akulah. Nak tanya engkau, engkau dekat depan mata aku' kata Archer.

'Sekarang ni, macam mana yang kau tahu aku beranak. Aku contect kau pun tak. Btw, doktor kata anak aku okay tapi bergantung pada alat. Kalau dia kuat doktor akan cabut alat yang berselirat kat badan dia' kata Bella pelik.

'It's okay, aku tahu anak kau sama kuat dengan mak dia jugak' kata Archer sambil mengelus rambut Bella.

Asher yang melihat menggenggam penumbuknya. Geram pula tengok kemesraan si Archer dengan Bella ni.

Mana dia tahu nama sepupu Bella itu? Jawapannya, dia dah cari tahu semua pasal isterinya. Lama jugak lah dia bazirkan masa mencari sedangkan dia boleh je tanya.

'And Thank you to your twin lah sebab bagitahu aku. Kalau tak sampai bila-bila aku tak tahu yang aku nak ada anak buah dah. Dahla kahwin haritu pun kau lupa nak inform aku. Kau ni sejak dah kahwin lupa scandal kau ni eh. Yelah, aku kan dah tak penting dalam hidup kau' kata Archer seakan merajuk.

'Mana ada aku lupa kat kau. Nama kau aku ingat lagi. Kan chicky. Chicky' kata Bella sambil mencucuk pinggang Archer.

'Ara! Kenapa kau bagitahu dia? Aku baru nak buat suprise bawa baby Xylia pergi rumah mamat ni kat Sweden tu' kata Bella geram.

'Manalah aku tahu, tadi dia call aku. Aku suruh datang sini. Alang alang dia nak jumpa kau. Dia tanya, aku jawablah' kata Ara selamba.

'Dah-dah jangan gaduh-gaduh lagi. Jom masuk dalam. Makan tengahari. Tadi Bonda dengan Mama Marina ada masak untuk lunch. Jom, Ash. Letak je beg tu kat situ. Nanti lepas makan baru angkat masuk bilik' pesan Tengku Arina.

'Baik bonda' akur Asher.

Bella baru teringat tentang Asher yang berada dibelakangnya.

'Alamak, tulah kau Bella. Excited sangat jumpa dengan Chicky. Sampai suami sendiri kau tak pandang pun. Agak-agak dia marah tak, Chicky cakap aku scandal dia? Aduh, Bella! Bella! Nak bergurau pun tak pandang kiri kanan. Kan dah menyesal' kata Bella didalam hati.

Bella memanggil suaminya. Alah nak manja-manja sikit. Tapi Asher langsung tidak pandang kearahnya.

Tanpa memandang muka Bella, Asher terus berjalan ke meja makan.

Bella memandang muka Archer, Archer memandang kearah Bella.

'Kau punya pasal la ni' Bella salahkan Archer pula. Bella pun melangkah ke ruang makan.

Archer pelik.

'Aku pula yang salah' kata Archer tidak puas hati. Tapi dia puas tengok muka cemberut si Asher tadi.

Sempat dia lihat muka jealous Asher yang berada di belakang Bella tadi.

'Tulah, siapa suruh ambik scandal aku' kata Archer.

Archer pun melangkah ke ruang makan untuk makan tengahari bersama-sama.

××××××××××××××

Keadaan di meja makan riuh kerana pergaduhan yang dicetuskan oleh Bella dan Archer/chicky.

'Chicky, ni aku punya makanan. Kau pergilah makan kau punya. Bonda tengok Chicky ni' kata Bella sambil menghalang Archer dari mengambil sup yang dibuat khas untuknya. Sebagai ibu dalam pantang.

'Arc, janganla kacau si Bella tu. Makanan Arc kan banyak lagi' kata Tengku Arina lembut.

Kalau dia marah-marah pun nanti dia jugak yang sakit kepala.

'Ala bonda Arc nak makan Bella punya ni. Sedap la pula' kata Archer pada Tengku Arina.

'Ish, kau ni penyibuklah. Ara!' Bella memanggil Ara pula.

'Malas aku nak layan. Dah besar pun perangai budak-budak lagi' kata Ara.

'Okay, fine. Kau ambillah. Tapi jangan salahkan aku kalau aku tak makan' kata Bella pada Archer.

'Okay, okay. Nah, ambillah makan' kata Archer sambil menolak semula mangkuk yang berisi sup itu.

Bella sudah senyum kemenangan.

'Tapi kau kena share dengan aku' kata Archer lalu dia menghirup lagi kuah yang ada didalam mangkuk tersebut sehingga setengah.

'Archer Leonard!'

××××××××××××××

Asher masuk kedalam bilik dahulu. Manakala Bella kemudiannya,

Bella masuk sahaja kedalam biliknya dan Asher, dia pun melihat Asher yang duduk di atas katilnya sambil bermain handphone.

'Hubbie~' panggil Bella meleret.

Asher langsung tidak memandang kearah Bella.

'Hubby!' panggil Bella sedikit kuat. Tanda protes kerana Asher dari tadi tidak memandang kearahanya langsung.

'ASHER!' akibat terlalu geram akhirnya dia memanggil nama suaminya itu dengan tegas.

'Apa? Sekarang ni you nak marah I pula ke?' tanya Asher yang akhirnya membuka mulut.

'Finally, you cakap dengan I' kata Bella gembira. Dia pun memanjat katil lalu tidur di sebelah Asher.

Asher menolak kepala Bella yang bersandar di lengannya.

'Hubby! You kenapa marah dengan I sangat ni? Apa I buat. Bagitahu lah!' kata Bella geram.

Baru nak happy happy sikit. Husband pula buat merajuk. Dah tak fun dah.

Done chapter 83. Jangan lupa vote tau guys. Bubyee...

Twins Lover {Complete}✔️✔️Where stories live. Discover now