Jam sudah menunjukkan angka 10 malam, Kaysher masih lagi bersikap dingin dan tidak mahu bercakap dengan Ara. Sudah 6 jam mereka tidak bercakap. Masing-masing mengelakkan diri untuk bertembung.
Mereka juga tidak berkepit seperti selalu. Ara di dalam bilik, Kaysher di ruang tamu. Ara di ruang tamu, Kaysher di dapur. Ara tengah mandi, Kaysher sedang on call dengan client nya.
Tiada masa untuk mereka berbual. Malam itu menjadi malam ter-awkward untuk mereka. Oleh disebabkan satu topik, mereka tidak bertegur sapa.
Selepas mandi, Ara berdiri di balcony sambil merenung ke langit. Dia masih memakai bathrobe. yelah lepas mandikan. Kaysher pula masih di luar on call dengan client nya.
Ara termenung sambil mengingatkan kejadian yang berlaku siang tadi. Apa yang patut dia lakukan?
Tiba tiba dia rasa sedih apabila teringat wajah kecewa Kaysher pada petang tadi. Air matanya bertakung di tubir mata.
Dia bukan taknak bagi Kaysher zuriat, tapi dia... Entahlah, dia rasa malu dan takut pun ada.
Tanpa Ara sedari, Kaysher jalan mendekati Ara dari belakang. Lalu tanpa diduga tubuh kecil Ara di peluknya dari belakang.
Ara terperanjat. Air matanya pantas dihapus. Badan dikakukan. Dia percaya mesti mukanya merah sebab dia tahan dari menangis tadi.
'Kenapa tak tidur lagi hurm?' tanya Kaysher sambil mencium haruman rambut Ara.
Dia rindukan gadis itu. 6 jam mereka tidak bersama terasa seperti 6 hari tidak bertemu. Rindu yang teramat.
'Saya tak mengantuk lagi' kata Ara ringkas. Dia langsung tidak berpaling kearah Kaysher. Matanya hanya memandang kearah hutan didepan rumah mereka itu.
'Are you mad with me? Why you avoiding me?' tanya Kaysher.
'I am not. You are. Are you mad with me' kata Ara pula.
'Bila masa aku marahkan kau? I love you so much, you know that. Sekarang bagitahu aku kenapa kau fikir aku marah dengan kau?' tanya Kaysher lalu dia pusingkan tubuh Ara menghadapnya.
'Now, Tell me' kata Kaysher lagi.
'Sebab hal petang tadi' kata Ara.
'Hal petang tadi? Yang mana pasal Venessa ke? Kenapa aku nak marah kau pasal tu pula?' tanya Kaysher. Bukan dia tak faham apa yang Ara nak sampaikan. Cuma dia saja je nak buat Ara geram dengan dia. Nampak comel je.
'Bukanlah, selepas tu pasal kita' kata Ara lagi.
'Kita? Kenapa dengan kita?' tanya Kaysher lagi sengaja je nak buat orang marah.
'Haish, malaslah cakap dengan awak ni' kata Ara geram. Dia nak memusingkan badan dia semula ke hadapan tapi Kaysher pantas menghalang.
'I am sorry okay. That not your fault sayang. I know you tak ready lagi and I tak paksa pun. I can wait' kata Kaysher.
Tersentuh Ara dibuatnya. Doa bersyukur dikurniakan lelaki sebaik Kaysher ini. Air matanya lagi sekali betaking di tubir mata dan perlahan-lahan jatuh ke pipi mulus Ara.
Kaysher yang melihat Ara yang tiba-tiba cengeng itu terus senyum kecil.
'Why are you crying, honey?' tanya Kaysher lembut.
'I miss you' kata Ara lalu dia memeluk tubuh suaminya itu sambil menangis.
'I am sorry sebab buat you tunggu. And janganlah buat macam ni dengan saya lagi. Dingin dengan saya. Tak cakap dengan saya. Saya tak suka tau tak! Kalau marah kat saya pun cakaplah depan-depan. Janganlah diam je' marah Ara.
YOU ARE READING
Twins Lover {Complete}✔️✔️
Roman d'amourStart: 5/10/21 End: 20/3/23 Tengku Arabella Alexandra dan Tengku Isabella Alexandrea ialah kembar seiras tapi tak sama perangai. Ara ialah kakak manakala Bella ialah adik. Mereka berumur 17 tahun. Mereka juga terkenal di sekolah dengan gelaran "kem...