Chapter 59

752 40 0
                                    

Hari semakin gelap menandakan siang bakal melabuhkan tirai sebentar lagi dan malam pula menjelma.

Ayden masih lagi mencari siapakah yang memecah masuk mansion mereka itu. Ayden juga dibantu oleh Ben dan Kaysher yang sememangnya pakar IT.

Asher, Aizad dan Damien pula dipaksa oleh Kaysher untuk mengemas mansion mereka dengan beberapa anak buah mereka yang terselamat.

Setelah beberapa jam, akhirnya Ayden berjaya mendapatkan maklumat siapa yang menyerang hendap mansion mereka itu.

'Kay, ni aku dah dapat maklumat siapa yang serang mansion kita. Aku rasa tak pernah cari pasal dengan diorang ni' kata Ayden sambil meletakkan laptop diatas meja dihadapan mereka.

Kaysher pun menoleh melihat maklumat yang Ayden dapat sebentar tadi.

'Daniel Zathrian?' kata Kaysher pelik. Dia rasa dia pernah dengar nama tu. Tapi dia tak ingat di mana.

'Ex-boyfriend Bella' kata seseorang. Barulah Kaysher teringat nama tersebut.

Kaysher melihat kearah suara yang menolong dia mengingat tadi. Rupanya Asher yang sedang menahan marah dengan mengenggam penumbuknya.

'Tak serik-serik makan penumbuk aku hari tu. Nak cari pasal lagi dengan aku' kata Asher dingin.

'Daniel yang masa kat majlis tu ke?' tanya Kaysher.

'Hmm, lelaki gila tu' kata Asher lagi mengiyakan.

'Wait, wait cuba cerita apa yang berlaku? Kitaorang tak faham' kata Aizad yang turut berada di situ.

Kaysher memandang kearah Asher sebelum Asher mengangguk dan buka mulut untuk bercerita tentang kejadian yang berlaku di majlis mereka.

××××××××××××××××

Setelah selesai makan malam, mereka pun membuat hal masing-masing.

Ara bermain dengan telefonnya. Bella berada didalam bilik. Tengku Marina pula berada didalam bilik kerjanya.

Tiba tiba Ara melihat Bella hendak keluar dari rumah.

'Oit, nak pergi mana?' tanya Ara.

'Nak beli aiskrim. Teringin' kata Bella.

'Bukan ke kat dalam freezer ada aiskrim?' tanya Ara pelik.

'Kau nampak sangat dah lama tak buka freezer tu kan? Aiskrim dalam tu semua dah habis aku makan semalam' kata Bella.

'Bapak ah! Kau sure ke nak beli malam ni? Dah lewat kot' kata Ara risau.

'Yelah aku nak makan sekarang' kata Bella.

'Suruh Ash beli tak boleh?' tanya Ara lagi.

'Aku pun tak tahu dia nak balik bila. Kau ni kenapa? Tiber caring semacam ni?' tanya Bella pelik.

'Dah malam kan? Kau pula nak keluar aku risau lah' kata Ara.

'Ara, kalau kau risau sangat. Jom ikut aku sekali. Boleh la kau tolong aku juga. Yelah akukan tak berdaya' kata Bella.

'Eh kau over pula. Jap aku ambil bag' kata Ara.

'Jangan nak bersiap bagai dah malam ni siapa nak tengok' perli Bella.

'Aku tahulah' kata Ara lalu masuk kedalam lif.

××××××××××××××

'Gila lah! Aku pernah juga dengar girlfriend aku cakap yang masa Bella dengan Daniel dulu asyik bergaduh je. Kau tahulah mulut Bella tu macam mana kan? Tapi aku tak tahulah diorang bergaduh pasal apa. Girlfriend aku pun tak tahu. Tapi dari aku first time nampak Daniel ni pun aku rasa macam dia ni something. Psycho semacam je' cerita Aizad.

'Aku rasa kan Ash, Bella tak selamat sekarang ni. Kau kena hati-hati juga sebab kita tak tahu dia sebenarnya siapa' kata Ayden.

'Ash kau call Bella tanya dia kat mana' suruh Kaysher apabila berasa tidak sedap hati.

'Hmm' Asher pun mengeluarkan telefonya lalu mendail nombor Bella.

'Hello' jawab Bella terlebih dahulu.

'Kau kat mana?' tanya Asher.

'Otw pergi 7E dengan Ara, kenapa?' tanya Bella.

'Nothing, are you okay there?' tanya Asher lagi.

'Ha? What happen Ash? You kat mana ni? You act weird' kata Bell pelik.

'No, aku just nak make sure yang kau okay je. Kalau tak de apa apa aku nak tutup ni' kata Asher.

'Eh, wait. You kat mana sekarang? Kenapa you macam worried about something ni? Have anything happen to you?' tanya Bella bertubi-tubi.

'No, I am fine. Oklah aku tutup dulu. Banyak kerja. Bye' kata Asher dan tanpa menunggu balasan Bella dia pun end call.

Dia memandang kearah Kaysher.

'So?' tanya Kaysher.

'Dia okay je. Pergi 7E dengan Ara. Tu je' kata Asher.

'Okay, now kita tengok dulu apa yang diorang buat lepas ni' kata Kaysher.

'Just watch?' tanya Asher pelik.

'Apa kau ingat kau boleh goyang kaki je? Buat plan juga macam mana nak tumpaskan diorang. Kau tak takut ke kalau diorang ambil Bella?' tanya Kaysher.

'Langkah mayat aku dulu' kata Asher dingin.

Ben, Ayden dan Aizad tidak percaya mendengar kata-kata Asher itu. Nampaknya playboy dah jumpa cinta sejati nya.

××××××××××××××

Ara dan Bella pun sampai di 7R berdekatan.

'Ice cream here I come!' kata Bella teruja.

'Eh, kau ni sabarlah' kata Ara lalu keluar dari kereta.

Mereka pun masuk membeli apa yang mereka mahukan. Semasa membayar tiba tiba budak cashier yang bekerja disitu memberi pesanan pada Ara dan Bella.

'Akak berdua, nanti masa nak balik ke kereta tu hati-hati tau' pesan Cashier itu.

'Kenapa dik?' tanya Ara pelik dengan pesanan budak cashier itu.

'Kat kawasan ni kalau malam malam tak selamat sikit ada banyak gengster yang selalu lepak disekitar sini sebab tu banyak kedai yang lepas magrib je diorang tutup' cerita budak cashier itu.

'Habis tu awak tak takut ke kerja kat sini?' tanya Bella pula.

'Kadang- kadang tu ada juga rasa takut tapi saya dah biasa. Diorang pun selalu beli makan kat sini. Tapi saya lelaki dan akak berdua ni perempuan jadi kena hati-hatilah' kata Cashier itu lagi.

'okaylah thank you atas info yang awak bagi ni. Hati-hati kerja' kata Ara lalu menghulurkan duit.

'Takpe, simpan je baki tu' kata Ara. Ara pun mengeluarkan telefon lalu call seseorang. Setelah itu telefonnya disimpan kembali.

Benar tekaan dia apabila Ara merasakan seperti ada seseorang mengikutinya dengan Bella dari belakang.

Dia memegang tangan Bella lalu mempercepatkan langkah.

'Hello, girls nak pergi mana tu laju-laju?'

Ah, sudah.

Done chapter 59. Siapa pula tu? Ish seram betul. Korang jangan lupa vote tau guys. Bubyee..

Twins Lover {Complete}✔️✔️Where stories live. Discover now