Habis sahaja menjawab exam, geng bella yang paling riuh sekali.
'Yeah, dah habis exam!!' sorak Fara seronok.
'Tulah, gigih aku belajar semalam untuk subjek bio tadi' kata Maya.
Dalam kumpulan mereka Mayalah yang kurang cerdik dalam pelajaran tapi kalau game. Dia lah paling pro.
'Jom kita holiday nak nanti?' cadang Dhira.
'Okay juga tu. Otak aku ni dah tak larat nak hadap buku-buku tu semua' kata Fara.
'pergi mana? Paris? London? China?' cadang Wawa.
'Tahla, maybe Hong kong? Korea? Japan?' cadang Dhira pula.
'Macam dah biasa pergilah. Erm, Switzerland jom' cadang Fara pula.
'kau nak buat apa pergi sana? Nak minum susu dutch lady?' kata Dhira buat lawak bodoh.
Bella hanya diam sambil mengelamun. Dia tak dengar pun apa kawan-kawan dia tengah cakap.
'What, korang ada tertinggal sesuatu tak?' tanya Maya tiba-tiba.
'Ha? Tinggal apa? Takde pun?' kata Dhira blur.
'Kenapa aku rasa kita tertinggal Bella?' kata Maya sambil melihat kearah kawan-kawannya.
'Ouh, yelah. Mana Bella eh? Aku rasa dia jalan sebelah aku tadi' kata Wawa sambil membuat lawak hambar.
Bella masih lagi didalam dunia nya.
'Hai, guys. Sorry lambat' kata Hanie.
'Dating dengan Aizad la tu' teka Dhira.
'Mana ada tadi aku dengan budak-budak pengawas tadi. Ada perjumpaan' kata Hanie.
'Hurm, yelah' kata Dhira dengan tone suara yang tidak percaya.
'Betul okay? Eh, ni kenapa dengan Bella ni. Dah macam patung cendana dah aku tengok' kata Hanie.
'Tulah yang kitaorang pelik tu. Bila dipanggil tak menyahut. Aku rasa nak dekat seminggu dah dia macam ni. Bila tanya dia, dia kata takde apa apa' jelas Wawa disebelah Bella.
'Woi, Bella. Kau dengar tak?!' tersentak Bella dibuatnya apabila Hanie tiba tiba menjerit memanggilnya.
'Haish, apa kau ni terjerit-jerit. Sakit telinga aku' kata Bella sambil menggosok telinganya.
'Kaulah kenapa? Asyik-asyik termenung je, ada masalah ke?' tanya Hanie.
'Takdelah aku okay je. Cuma aku terfikir beberapa hari lagi majlis reception aku' kata Bella.
'Kenapa kau terfikir pasal tu pula?' tanya Wawa.
'Yea, bukan family kau dengan family laki kau ke yang uruskan majlis tu?' tanya Fara pula.
'Ye, tapi aku still kena ambil tahu jugak kan? Dahlah, jom pergi kantin Ara mesti dah tunggu lama' kata Bella.
'Tu lagi sorang sejak dah ada partner ni. Dah kurang lepak dengan kita kan? Tapi kau lain pula macam kembar kau tu' kata Hanie.
'Entahla. Maybe sebab dia tak pernah jatuh cinta sebelum ni?' kata Bella.
'Makesense' kata Hanie.
Mereka pun pergi ke kantin bersama-sama. Dan tanpa mereka sedar, ada yang mencuri dengar perbualan mereka sebentar tadi.
'Wow, dah kahwin tak jemput eh? Guys, tahu kan apa kita kena buat?' tanya Gadis itu pada geng nya.
'Of course la. Kita kan ratu gossip' kata kawannya itu.
'Aku nak tahu juga siapalah lelaki malang yang jadi suami dia tu kan?' kata Gadis seorang lagi.
'Kau tunggulah, Bella. Aku akan malu kan kau sampai kau taknak keluar bilik lagi' kata Leader dari gadis-gadis tadi.
××××××××××××××××××
Bella, Dhira, Hanie, Fara, Maya dan Wawa sampai di meja yang dipenuhi dengan kawan kawan Kaysher dan Asher. Asher pun ada di situ.
Bella yang terlihat Asher itu pantas mengalihkan pandangannya. Sakit hatinya mula bertandang apabila melihat lelaki yang sudah menyentuhnya tapi memanggil nama orang lain. Siapa tak sakit hatikan?
'Bella, kau tercegat apa lagi kat situ?' tanya Ara.
'Takde apa apa' kata Bella perlahan lalu mengambil tempat di sebelah Ara.
'Amboi, Ara. Sejak dah ada partner ni lupa aku eh? Kau tinggalkan aku dengan tenuk-tenuk ni' kata Hanie seakan merajuk.
'Eh, suka hati kau je panggil kitaorang ni tenuk. Kalau kitaorang tenuk kau tu apa? Badak?' perli Fara.
'Eh, korang ni tu pun nak gaduh. Sorrylah Hanie. Bukan aku nak tinggalkan kau dengan tenuk-tenuk tu tapi kau tahulah kan?' kata Ara tidak habis.
'Ish kau ni cakap bagi habis la' marah Hanie.
'Enough, Kay. You panggil kitaorang datang sini kenapa?' tanya Bella apabila dia tidak tahan di tenung oleh Asher dengan sebegitu. Rasa macam nak sorok bawah meja je.
'Aku just nak bagitahu yang lepas reception kitaorang, kitaorang nak pergi holiday. So aku cadang nak bawak korang sekali' kata Kaysher.
'Eh tak payahla. Nanti kacau kau dengan Ara nak berbulan madu' kata Ayden.
'Eh, ni bukan honey moon. Kalau honey moon, aku tak ajak korang. Ni just holiday untuk tenangkan fikiran selepas Exam besar ni' kata Kaysher lagi.
'Good idea dho, kitaorang baru je bincang pasal nak pergi holiday tadi' kata Fara.
'Pergi mana? Bila? Bukan senang Mr. Kaysher kita ni nak bawak pergi holiday. Kau sponser kan? ' tanya Mario.
'Hm, makan minum dengan tempat tinggal je aku sponser. Kalau kau nak beli hadiah or anything. Pakai duit korang sendiri lah eh' kata Kaysher.
'Alah tu pun berkira. Kata CEO syarikat?' perli Mario.
'Belum lagi, bongok' kan dah kena setepek dengan Mr. Kaysher kita ni.
'Nak taknak aku mesti kena pergi kan? So, aku nak balik dulu. Penatlah' kata Bella.
'Eh, nak balik dah? Awal lagi kot' tahan Wawa.
'Serius aku penat. Oklah bye' kata Bella.
Ara ingin bangun untuk mengejar Bella tapi Asher menghalang.
'Tak pe biara aku pergi tengokkan dia' kata Asher lalu dia bangun lalu mengejar langkah Bella yang semakin menjauh.
××××××××××××××××××
'Bella!' panggil Asher.
Bella tidak mengendahkan panggilan Asher.
'Bella!!' panggil Asher lagi.
Bella masih tidak berhenti dari berjalan. Lorong yang Bella berjalan itu pun kebetulan agak sunyi.
'Tengku Isabella Alexandrea' panggil Asher beserta dengan full name lagi.
Bella yang rimas itupun berhenti lalu berkata.
'You nak apa?' tanya Bella dingin.
'Kenapa kau asyik nak mengelak bila jumpa aku eh?' tanya Asher yang berhenti tidak jauh dari Bella.
'Apa yang you merepek ni? Siapa yang cuba mengelak dari siapa? You yang mengelak dari I' kata Bella sambil melihat kearah Asher dengan pandangan tajam.
'What?' kata Asher tak faham.
'Bila I kat umah, you keluar balik sampai tengah malam. Then keluar balik awal-awal pagi. So now siapa yang mengelak dari siapa?' tanya Bella geram.
Asher diam mendengar luahan Bella. Betul juga apa yang Bella kata kan itu.
'Kenapa diam? Dah ingat salah you kat mana? I don't think we can built this marrige until next 5 month' kata Bella lalu pergi dari situ.
'I love you'
Done chapter 48. OMG! Tak sabar kan nak tahu apa yang akan terjadi kan? So korang janganlah lupa vote tau guys. Bubyee...
YOU ARE READING
Twins Lover {Complete}✔️✔️
RomanceStart: 5/10/21 End: 20/3/23 Tengku Arabella Alexandra dan Tengku Isabella Alexandrea ialah kembar seiras tapi tak sama perangai. Ara ialah kakak manakala Bella ialah adik. Mereka berumur 17 tahun. Mereka juga terkenal di sekolah dengan gelaran "kem...