Chapter 43

776 37 0
                                    

Hari yang dinantikan oleh pelajar tingkatan 5 sudah tiba. Apa lagi kalau bukan exam besar bagi pelajar tingkatan 5.

Ara, Bella, Asher dan Kaysher sudah bersiap untuk pergi sekolah bersama. Bukan naik satu kereta tapi. Bella naik kereta bersama Ara manakala Asher dan Kaysher hanya menunggang motor.

'Bonda, kitaorang pergi dulu' kata Bella selepas mereka habis sarapan.

Kesihatan Bella sudah sedikit membaik apabila dijaga baik oleh Asher walaupun ada sedikit pergaduhan yang timbul.

'Yelah, jawab SPM tu elok-elok. Bonda, doakan yang anak dan menantu bonda ni semua dapat keputusan cemerlang' kata Tengku Arina.

'Thank you bonda' kata mereka serentak.

Selepas salam Bonda. Mereka pun pergi ke kenderaan masing-masing. Korang mesti pelik kenapa Tengku Zarif takde dengan diorang kan?

Tengku Zarif ada meeting breakfast dengan client dia so dia tak dapat join breakfast mereka pagi itu.

'Bonda, Ariq pun nak pergi dah ni' kata Ariq pada bondanya.

'Yelah, Ariq belajar elok-elok kat sekolah. Bagi dapat keputusan cemerlang macam kakak-kakak Ariq' pesan Tengku Arina.

'Baik, Bonda. Ariq gerak dulu. Bye' kata Ariq dia pun pergi ke arah motornya. Ariq lebih selesa bawa motor daripada kereta. Lagi senang katanya.

×××××××××××××××××××

Bella, Ara, Kaysher dan Asher lepak dibilik khas sementara menunggu untuk masuk ke dalam dewan peperiksaan.

Biasalah hubungan diorang pun dah semakin rapat. Ada juga gaduh gaduh tu tapi gaduh-gaduh manja jelah.

'So, goodluck you guys' ucap Bella pada keluarganya itu.

'Goodluck to you too, Bunny' kata Asher.

'Eh eh, lain macam panggilan tu dah dapat tittle couple married ke? ' usik Ara.

'Ala cakap orang kau tu? Sampai nak berpeluk-peluk bagai asal? Kat rumah tak puas peluk?' usik Bella pula. Dia ni kalau part usik mengusik orang memang nombor 1. Kalau dia tak mengusik orang sehari tu maknanya dia tengah sakit la tu.

'Biarlah kitaorang dah officially couple married tu yang aku tanya kau ni' kata Ara berlagak.

'What?! Serious lah, korang falling love sebelum kahwin ke? Maknanya masa bonda dengan mama suruh kahwin dulu korang berlakon je ke?' kata Bella tak percaya.

'50-50' kata Kaysher.

'Diminta semua pelajar yang akan menduduki SPM sebentar lagi sila berkumpul di dewan sekarang. Peperiksaan akan dimula 20 minit lagi'

'Okaylah aku nak pergi berkumpul kat dewan dulu nanti sesak pula' kata Ara lalu dia keluar meninggalkan Kaysher, Bella dan Asher.

'Aku pergi dulu goodluck' kata Kaysher lalu dia keluar dari bilik khas itu lalu ke dewan.

Tinggallah Bella dan Asher yang berdua didalam bilik tersebut.

'Bunny' panggil Asher.

'Ish kau ni kenapa panggil aku macam tu depan diorang? Kau ingat sweet ke?!' marah Bella.

'Ikut suka akulah nak panggil kau apa pun mulut aku kan!' kata Asher yang memulakan mood gaduh mereka pada pagi itu.

'Ish, kau ni boleh tak jangan nak spoil kan mood aku nak jawab exam. Semaklah kau ni' kata Bella lagi.

'Bunny sebenarnya aku nak tanya kau satu ni' kata Asher.

'Apa?' tanya Bella pelik.

Tiba tiba Asher melutut dihadapan Bella.

'Eh, Ash. Kau nak buat apa ni? Kau gila ke? Bangunlah nanti orang nampak. ASHER!' tanya Bella tidak keruan.

'Shh, aku nak tanya kau. Sudi tak kau isikan tempat di hati aku ni? Dan jadi permaisuri untuk aku selamanya?' kata Asher sambil memandang tepat ke mata Bella.

'Ash, jap, aku, aku nak tergelak. Kau serious ke ni? ' kata Bella lalu tertawa yang ditahan tadi tersembur jua.

Asher membuat muka cemberut.

'Asal kau ni? Gelak pula aku serius tahu tak?!' marah Asher. Dia berdiri dari melutut.

'Wait, kau serius ke siak?! Kau jangan nak prank aku pagi pagi ni' kata Bella.

'Asher yang melihat muka gelabah Bella tu terus dia berdiri. Dia kertawa terbahak-bahak.

'pfftt, muka kau lawak siot. Ish, gila ke apa kau ingat aku tu macam Kay ke?' kata Asher sambil tertawa.

'tak guna punya jantan. Kau ingat aku nak ke lelaki mereng macam kau' kutuk Bella didalam hati.

'Asal? Tak puas hati? Memang aku prank kau pun. Semua untuk hiburan aku pagi-pagi ni. Okaylah cau dulu. Jumpa kat rumah nanti' kata Asher lalu dia mengusap perlahan atas kepala Bella.

Bella yang rimas terus menepis tangan Asher dari rambutnya.

'Blah la kau jantan tak guna. Menyampah aku tengok muka kau' kata Bella kepada Asher.

Tapi Asher buat tidak tahu dan berjalan terus ke dewan.

'Ish, kenapalah aku dikahwinkan dengan lelaki yang tidak bertamadun ni? Rasa macam nak tumbuk tumbuk je dalam lesung batu sampai lunyai. Ish, hilang mood aku nak jawab exam' rengus Bella.

Dia terus melangkah ke dewan dengan muka yang ketat.

×××××××××××××××××××

Mereka pun menjawab peperiksaan dengan tenang. Walaupun tenang tapi hati masing masing siapa tahu.

Ada yang rasa gelisah, takut, gembira, senang, marah maybe, geram maybe dan lain lain.

Tapi yang paling ketaranya si Bella mukanya dingin sahaja apabila membuat exam nya.

Done chapter 43. Akhirnya, Asher dah dapat terima Bella sebagai isteri dia.. korang rasa macam man hidup diorang yang suka permainkan hati orang tu jadi seorang yang setia eh? Jangan lupa vote tau guys. Bubyee...

Twins Lover {Complete}✔️✔️Where stories live. Discover now