Chapter 52

772 38 0
                                    

Bella terbangun dari tidur. Terkejut dia dibuatnya apabila Asher merenungnya sambil tersenyum.

'Hmm, kenapa tengok I macam tu? Awal you bangun?' rengek Bella.

Asher merangkul pinggang Bella lalu merapatkan kedudukan mereka. Dia mengucup sayang ubun-ubun kepala Bella lalu dia meletakkan dagu diatas kepala Bella.

Bella hanya tersenyum.

'I tak tidur pun semalam. I tenung you masa you tidur malam tadi. Comel je macam baby' kata Asher.

'Hah! ' terkejut Bella dibuatnya sehingga terhantuk dagu Asher di kepala Bella.

'Ups, sorry love. Are you okay?' tanya Bella apabila terdengar aduhan kecil Asher tadi.

'You panggil I apa tadi?' tanya Asher sengaja menguji Bella.

'Ha? I panggil you Asher la' kata Bella pura pura tidak tahu. Padahal malu sebenarnya.

'Bukan, you panggil I lain tadi' kata Asher.

'Mana ada.. Oh, I panggil you Ash kan? You ni kenapa terkejut sangat I panggil nama tu? Bukan I selalu panggil you Ash ke?' kata Bella. Loyar buruk pula pagi-pagi hari ni.

'You ni nakal kan? Meh sini... Nak kena dia ni' kata Asher lalu mengeletek pinggang Bella.

Bella pula seperti cacing kepanasan sambil menjerit menyuruh Asher berhenti geletek pinggang nya.

'Dah la Ash, I penat la' kata Bella tercunggap-cunggap diselangi dengan tawanya.

Geli sampai tak tau nak haaaaaaaaabaq...

'You bagitahu dulu, you panggil I apa tadi baru I stop' kata Asher tidak mengalah.

'Okay, okay. I call you love. Love. My love. Puas hati?! Argh. Ish, stop la..' kata Bella penat gelak.

'tau pun geli. You buat lagi I geletek you sampai putus nyawa' amaran Asher.

'Ha'ah lepastu you jadi duda. You kan suka bila I tak de. Boleh lah you ngorat perempuan lain kan? Gatal!' kata Bella dengan emotional. Tangan laju sahaja mencubit tangan serta badan Asher.

'Aduh, baby sakit la. You kenapa garang sangat ni. Kan I dah janji, you sorang je dalam hati I' kata Asher lalu mencuit hidung mancung Bella.

'ni boleh percaya ke? Tak boleh percaya ni?' tanya Bella.

'Mestilah boleh baby. You only one I need. Promise' kata Asher.

'Yelah. Sekarang dah pukul berapa ni?' tanya Bella.

'6:30 pagi dah, baby. Malasnya I nak pergi sekolah' kata Asher lalu mengeliat diatas katil.

'Dah tepi I nak mandi ni. Lambat tinggal' kata Bella. Bella mengambil towelnya yang tersidai di kerusi makeup lalu pergi ke bilik air.

Tiba-tiba Asher dapat idea yang agak nakal.

'Baby, jom mandi sama-sama' kata Asher lalu mencapai towelnya dan lari masuk kedalam bilik air.

'Asher, keluar lah I nak mandilah' halau Bella.

'I pun nak mandi juga' kata Asher taknak kalah.

'Then, ikut turn la' kata Bella lagi. Sedaya upaya dia hendak menutup pintu bilik air itu.

'Taknak I nak mandi dengan you jugak. Jimat air. Alah, macamlah I tak pernah nampak you punya sebelum ni' kata Asher.

'Asher!!!'

Jerit Bella apabila Asher berjaya masuk lalu mengunci pintu bilik air tersebut.

××××××××××××××××××××××

Tengku Marina menyediakan sarapan macam biasa tapi kali ini banyak sikit kerana anak dan menantunya ada di rumah.

Ara pun turun bersama Kaysher.

'Morning ma' kata Kaysher dan Ara serentak.

'Morning, meh makan dulu nanti perut masuk angin pula' kata Tengku Marina.

Mereka pun mengambil tempat.

'Ma, Ash tak bangun lagi ke?' tanya Kaysher.

'Rasanya dah kot. Tadi mama rasa mama dengar suara Bella jerit nama Asher tadi.

'Tulah, ma. Ara pun dengar tadi orang jerit jerit. Apalah Ash buat sampai Bella tu marah sangat' kata Ara yang menyenduk nasi lemak kedalam pinggan.

'Tulah, Bella dengan Ash tu selalu macam tu ke kat rumah Tengku Zarif?' tanya Tengku Marina dia juga duduk di meja untuk sarapan bersama.

'Kadang-kadang je. Kalau si Ash tu buat perangai' kata Ara.

Tengku Marina hanya menganggukkan kepala. Betullah tu, si Asher tu memang suka usik orang.

'Makanlah, mama nak panggil diorang kejap' kata Tengku Marina.

'Eh, mama. Tak payah la. Pandai pandai lah diorang turun kejap lagi' kata Kaysher menghalang mamanya dari kacau daun.

Tengku Marina hanya ikut sahaja. Dia duduk kembali di tempat duduknya.

××××××××××××××××

Selang beberapa minit kemudian,

Asher dan Bella pun turun ke bawah untuk bersarapan.

'Hmm, dah bangun? Meh makan dulu' kata Tengku Marina.

Asher dan Bella pun mengambil tempat berhadapan dengan Ara dan Kaysher.

'Korang ni memang sepadan sangat. Dua dua liat nak bangun pagi' perli Ara.

'Eleh, korang pun samalah. Lagi banyak persamaan korang tau tak. Dua-dua suka bangun pagi, dua-dua asyik serius je manjang, dua-dua suka buat muka dingin je 24 jam. Korang tak penat ke?' tanya Bella.

'Mana ada okay. Dah muka aku jenis yang macam ni kau nak suruh aku buat apa. Lainlah Kay ni semua orang kenal dia emmpph-' kata kata Ara tidak sempat habis apabila Kaysher bertindak untuk menutup mulut Ara.

'Dah makan, banyak sangat kau cakap pagi ni. Cepat makan aku nak gerak ni' kata Kaysher.

Ara menepis tangan Kaysher di mulutnya kerana dia tidak merasa udara masuk kedalam tubuhnya kerana hidungnya juga ditekup dengan tangan besar Kaysher.

'Huh, huh, awak ni kenapa nak bunuh saya ke apa? Awak tahu tak awak tutup hidung saya' marah Ara.

Tengku Marina melihat suasana di meja itu pun tersenyum kecil. Teringat masa dia bersama dengan arwah suaminya dulu.

'Kau dah habis makan belum?' tanya Kaysher dingin.

Eh tiba dia pula nak dingin. Sepatutnya Ara yang perlu dingin bukan Kaysher.

'Dah' bentak Ara.

'Bukan nak minta maaf ke apa. Buat dingin pula dia ni. Aku sepak kang baru tahu' kata hati Ara

Kaysher pun menarik tangan Ara keluar rumah sehingga ke kereta Kaysher.

'Eh eh, awak ni nak bawak saya pergi mana ni, Kaysher?'

Done chapter 52. Jangan lupa vote tau guys. Bubyee...

Twins Lover {Complete}✔️✔️Where stories live. Discover now