Bella turun kebawah macam biasa. Sebelum pergi sekolah haruslah makan makanan bonda dahulu.
'Hello, hello. Look who here' kata Bella.
Ara yang sedang makan melihat kearah Bella beritu juga dengan Ariq.
'Apa hal kau? ' tanya Ara.
'Asal kau ada kat sini lagi? Bukan selalu dah sampai sekolah ke? Bangun lambat ke cik kak? ' perli Bella.
'Takdelah, saja harini takde mood nak datang awal' alasan Ara. Sebab apa? Sebab dia taknak terserempak dengan encik tunang. Eii malu...
'Dah jangan kacau Ara nak makan. Makan cepat nanti lambat ke sekolah pula' kata Tengku Arina.
'Ayahanda, balik bila bonda? ' tanya Bella.
'Lusa, katanya. Kenapa?' kata Tengku Arina.
'Tak de apa, saja tanya' kata Bella lalu dia duduk di sebelah Ara.
'Bonda, Ariq pergi dulu' kata Ariq lalu salam tangan ibu tercintanya.
'Bella aku pinjam motor kau eh, kereta aku tak boleh start. Ara pergi dulu ye bonda' kata Ara lalu menyalam tangan Tengku Arina.
'Eh, jaga elok elok kesayangan aku tuh' jerit Bella dengan bihun masih penuh di mulut. Habis tersembur.
'Cuba telan dulu baru bercakap. Habis tersembur. Tak senonoh betul la anak dara sorang ni' kata Tengku Arina.
Bella tersengih.
'Sorry la bonda. Lagipun Bella dah nak kahwin dah pun' kata Bella selamba.
'Ha baguslah tunjuk perangai dekat bakal suami macam tu. Tak elok tau, awak tu anak dara. Kalau bakal suami lari macam mana? ' bebel Tengku Arina.
'Bella biarkan jelah, dia yang nak pergi bukan Bella yang suruh' kata Bella selamba.
Baru sahaja Tengku Arina nak bebel lagi tiba tiba Bella mencelah.
'Aipp, bonda jangan membebel lagi. Bella nak makan. Nanti Bella lambat ke sekolah pula' kata Bella.
Bella pun menikmati semula makanannya pada pagi itu.
Tengku Arina menggelengkan kepala. Macam macam perangai Bella itu. Ara tak de pula macam tu. Nama je kembar perangai lain lain.
×××××××××××××××××××
Bella ke sekolah sementara menunggu loceng masuk kelas, dia pergi berjumpa dengan Asher dahulu.
'Hi, Asher. Can I talk to you?' tanya Bella pada Asher.
'Of course, darling what it is? ' kata Asher.
'Takdela, I cuma nak cakap thank you sebab semalam I tak sempat cakap pun' kata Bella.
'Owh, it's okay. Perkara kecil je. I hope kita dapat keluar lagi sama sama' kata Asher.
'Okay, no problem. Lagipun I nak masuk kelas dah ni' kata Bella.
Disebabkan Bella jalan tidak tengok depan akhirnya dia terlanggar seseorang.
'Hoi, bitch. Lain kali jalan tengok depan la' marah Emy.
'Sapa suruh kau duduk berdiri depan aku?' sindir Bella.
'Hoi, perempuan jalang' panggil Erica.
'Siapa perempuan jalang aku ke kau' bidas Bella semula.
'kaulah, dahla Asher kau kebas, Kaysher aku pun kau kebas' kata Erissa pula
'Apa kau merepek ni? Mana ada aku kebas Kaysher kau. Semalam aku keluar dengan Asher la, kan baby?' kata Bella manja.
YOU ARE READING
Twins Lover {Complete}✔️✔️
RomanceStart: 5/10/21 End: 20/3/23 Tengku Arabella Alexandra dan Tengku Isabella Alexandrea ialah kembar seiras tapi tak sama perangai. Ara ialah kakak manakala Bella ialah adik. Mereka berumur 17 tahun. Mereka juga terkenal di sekolah dengan gelaran "kem...