Ara dan Kaysher balik ke rumah Tengku Arina dan Tengku Zarif selepas habis dinner.
Masuk sahaja kedalam rumah mereka disapa oleh Tengku Arina.
'Hah! Baru balik pasangan suami isteri ni. Pergi mana tadi? ' tanya Tengku Arina.
'Baru balik dating, Bonda' kata Kaysher.
Ara menjeling Kaysher.
'Mana ada bonda. Menipu je Kay ni. Kitaorang keluar dinner je la bukan pergi mana pun' nafi Ara.
'Lah, keluar makan berdua tu bukan dating ke? ' usik Tengku Arina.
'Ish, bonda ni suka usik Ara. Dahla Ara nak naik atas, nak mandi. Badan dah melekit-lekit ni' kata Ara lalu masuk kedalam lif.
'Merajuklah tu' kata Tengku Arina.
'Takpe bonda, pandai-pandai Kay la nak pujuk dia nanti. Kay naik atas dulu ye Bonda? Good night' kata Kaysher.
'Yelah. Good night too' kata Tengku Arina.
'Taknak kahwin. Tapi bila dah kahwin melekat 24 jam. Haih, budak budak kan? ' kata Tengku Arina mengenangkan kisah dimana anak kembarnya itu dipaksa berkahwin.
'Aik, bonda, kenapa tak tidur lagi?' tanya Ariq yang nak keluar.
'Ariq nak pergi mana ni? ' tanya Tengku Arina pada anak bongsunya.
'Ariq nak pergi jumpa kawan sekejap Bonda. Ada hal penting' kata Ariq.
'Esok-esok tak boleh ke dah malam ni' tanya Tengku Arina risau.
'Tak boleh la, Bonda. Urgent sangat ni. Ariq pergi dulu ye. Oh ye, tadi ayahanda cari bonda. Nak bermanja dengan bonda lah tu' sempat lagi Ariq mengusik bondanya itu.
'Ish ada jelah benda nak usik bonda. Dah pergi sana. Nanti jangan balik lambat pula. Nanti bonda pesan kat maid supaya jangan kunci pintu' kata Tengku Arina kepada anaknya.
'Ok bonda. Love you. Good night' kata Ariq lalu berjalan ke arah motornya yang diparking di depan rumah.
Tengku Arina pun kearah ruang tamu untuk mencari suaminya.
Eleh, malu tapi mahu. Itulah sifat seorang perempuan. Tapi ada juga yang lelaki.
Tapi apa apa jelah.
×××××××××××××××××××××
Bella bangun dari tidur. Tekaknya tiba tiba rasa haus.
Bella melihat Asher tiada di sofa bermakna Asher belum tidur lagi. Dia pun mencari lelaki itu.
Dia pergi ke balcony dan terlihat kelibat Asher diluar sedang menelefon seseorang.
'Kau tak tidur lagi?' tanya Bella.
'Ok, thank you. I call you back later ok? Okay bye' Asher menyudahkan panggilannya sebelum menghadap kearah Bella.
'Kau kenapa bangun ni?' tanya Asher. Dalam hatinya dia berasa risau takut Bella mengigau lagi.
'Aku haus nak turun ambil air' kata Bella.
'Takpelah biar aku yang ambil. Kau duduk je atas katil tu diam-diam' kata Asher.
'Takpelah, ambil air je pun' kata Bella pelik dengan perangai Asher yang bertukar menjadi lelaki yang gentleman.
'Kau tu sakit. Nanti kalau jadi apa apa kat bawah tu macam mana? Dahla semua orang dah tidur. Biar aku yang ambil je. Jangan degil boleh tak?' kata Asher kasar.
Geram pula dia apabila orang tak dengar cakap dia.
'Yang kau nak marah marah ni kenapa? Kalau taknak tolong tak payah buat bukan aku suruh kau ambilkan pun' marah Bella pula.
'Dah kau tu degil taknak dengar cakap aku' kata Asher pula.
'Eh eh, kau tu siapa untuk aku dengar cakap kau?' tanya Bella.
Membuatkan api kemarahan Asher menyala.
'Eh I am your husband okay. Hormat sikit aku sebagai suami kau boleh?' marah Asher.
'Eh eh dia ni apasal tiba nak melenting? Dah la aku nak turun bawah malas nak layan kau ni. Buat sakit kepala aku je' kata Bella malas nak bergaduh.
'Suka hati kau lah' kata Asher.
Bella pun turun ke bawah untuk mengambil airnya.
Dalam perjalanan dia ke dapur, dia membebel seorang diri.
'Nak ambil air pun kena gaduh dengan dia dulu. Tu baru ambil air kalau aku ada anak dengan dia nanti? Maunya kerusi dengan meja yang terbang. Eh, anak? Eii taknak aku. Dah lah kahwin pun 6 bulan. Kalau aku ada anak dengan dia, lepastu dia tinggalkan aku. Anak aku jadi anak yatim pula. Ish, taknak. Taknak. Minta simpang la' bebel Bella seorang diri.
'Kak Bella, Apa yang kau cakap sorang sorang tu?' tanya Ariq yang berada di kitchen Island.
'Eh, kau dari mana? Kenapa tak tidur lagi?' tanya Bella pelik.
'Ariq baru balik dari rumah kawan Ariq. Balik balik je rasa haus tu yang masuk dapur tu. Tengok tengok kau cakap sorang-sorang tu yang aku tegur tu takut mengigau ke?' kata Ariq panjang lebar.
'Takde apalah. Aku nak ambil air je' kata Bella.
'Ambil air pun kena cakap sorang-sorang dulu ke?' tanya Ariq pelik.
'Ish, sibuklah kau. Dah pergi tidur sana' halau Bella.
'tolong aku basuh cawan ni tau. Thank you. Good night' kata Ariq lalu lari ke lif.
'Haih, aku juga. Nasib cawan je' kata Bella.
Bella mengambil air oren lalu dituangkan kedalam cawan. Dia membawa cawan itu ke ruang tamu dan dia membuka tv untuk membuatnya mengantuk semula.
Dia membuka netflix di tv nya lalu melayan movie kegemarannya.
××××××××××××××××××
Asher masuk kedalam bilik dan mengunci pintu balcony.
Dia melihat Bella masih lagi tiada di katilnya. Perasaan risau mula terbit. Takut Bella jatuh pingsan ke ataupun Bella terluka ke. Semua perasaan negetif yang dia terfikir pasal Bella.
Asher pun keluar bilik untuk mencari Bella.
Dia turun menggunakan lif lalu dia terus kedapur untuk mencari kelibat Bella tapi tiada.
Dia pergi ke ruang tamu pula. Disitu dia melihat tv terbuka dan dia melihat pula diatas sofa.
Barulah dia menghelakan nafas lega.
Bella elok saja tertidur diatas sofa dengan tenang.
'Aih, kau ni suka buat aku risaulah' kata Asher sambil menggelengkan kepalanya.
Asher mengangkat cawan kedapur lalu dia membasuh dan meletakkan di tempat asal. Dia ke ruang tamu pula.
Tv ditutup lalu dia mengangkat Bella yang tertidur masuk ke bilik mereka.
Asher meletakkan Bella berhati-hati ke atas katil. Selimut ditarik menutupi badan Bella.
Dan dia pula tidur di atas sofa yang ada didalam bilik tersebut.
Done chapter 42. Jangan lupa vote tau guys. Bubyee...
YOU ARE READING
Twins Lover {Complete}✔️✔️
RomantizmStart: 5/10/21 End: 20/3/23 Tengku Arabella Alexandra dan Tengku Isabella Alexandrea ialah kembar seiras tapi tak sama perangai. Ara ialah kakak manakala Bella ialah adik. Mereka berumur 17 tahun. Mereka juga terkenal di sekolah dengan gelaran "kem...