Chapter 66

680 40 0
                                    

Sampai sahaja didalam kereta, Ara melihat kearah Kaysher yang bermuka beku itu. Ara perasan sejak mereka berjumpa dengan gadis yang bernama Venessa tadi, muka dia memang dah kelat macan tu.

Tiba-tiba Ara teringat perbualan dia dengan Bella sebelum mereka berangkat ke Mall itu tadi.

'Kau kenapa termenung? Perempuan tu bukan sesiapa pun. Tak payah la fikir sangat' kata Kaysher apabila melihat Ara seperti memikirkan sesuatu.

'Bukan, saya tak fikir pasal tu pun. I just teringat pasal Bella cakap kat saya masa kat rumah tadi' kata Ara.

'Dia cakap apa? ' tanya Kaysher.

'Dia kata yang ada sorang perempuan ni asyik message Asher. Nama perempuan yang massage Asher tu dengan perempuan tadi sama. Cuba awak bagitahu saya, macam mana perempuan tu kenal awak dengan Ash? ' tanya Ara ingin tahu.

'Siapa perempuan tu?' tanya Kaysher.

'Tah, tapi Asher save nama perempuan tu 'Venessa' juga. Awak rasa diorang tu orang yang sama ke? Sebab perempuan tadi pun asyik tanya pasal Asher.

'Orang yang sama' kata Kaysher yang membuatkan Ara memandang tidak percaya pada suaminya.

'Are you sure? Siapa dia tu? Kenapa dia asyik chat Asher? Dia tak tahu ke yang Ash tu dah kahwin?' tanya Ara bertubi-tubi.

'Dari yang kita nampak tadi, dia memang tak tahu yang Ash dah kahwin. Dia tu ex-girlfriend Asher. Dia dulu pernah try aku tapi tak dapat. Tu yang dia pergi try Ash pula. Kebetulan perangai Ash yang playboy tu. Dia pun accept jelah. Tapi semakin lama Venessa semakin obses dengan Asher. Dia mula cakap yang diorang tu dah bertunang lah apa lah. Tapi semua tu tak betul pun. dan akhirnya family dia bawak dia pergi Canada untuk berubat' jelas Kaysher.

'Ish, gilanya perempuan tu. So macam mana kalau dia terjumpa dengan Bella nanti? Macam mana kalau dia bagitahu pasal kerja korang tu?' tanya Ara. Pelbagai andaian ada didalam kepalanya.

'I don't know, itu masalah dia. Yang kita nak sibuk-sibuk nak masuk campur kenapa? Baik kita fikirkan nama untuk Kay and Ara jr. nanti' usik Kaysher.

'Kay!' marah Ara. Dia malu sebenarnya.

'What? Betul apa? Semua pasangan yang dah berkahwin semua nak anak kot. Kau taknak ke?' tanya Kaysher.

'Bukan taknak tapi erm.. saya malulah' kata Ara sambil menutup mukanya.

'I know, kau tak ready lagi. It's okay, I can wait' kata Kaysher sedikit kecewa di dalam nadanya.

Ara yang mendengar menjadi serba salah. Patut ke dia bagi segalanya pada Kaysher dalam masa terdekat ni? Tapi mereka muda lagi. Tapi, Bella? Argh... Dia buntu tentang hal-hal begini.

Kaysher start kereta lalu bergerak keluar dari kawasan mall. Satu patah perkataan pun tidak keluar dari mulut mereka.

×××××××××××××××

Setelah selesai shopping, Bella dan Asher balik ke rumah mereka. Plan untuk shopping bersama tadi berubah.

'Ash, You tolong angkat semua ni. I nak naik mandi. Penatlah' kata Bella.

'Okay, kau pergilah mandi dulu nanti aku nak mandi pula. Ke kau nak mandi sama-sama?' usik Asher.

'Ish, taknaklah. Jangan nak mengada eh!' tolak Bella. Dia terus naik keatas sebelum Asher buat apa yang dia katakan tadi.

Asher ke dapur terlebih dahulu sebelum naik ke bilik untuk letak barang dapur yang dia dan Bella sempat beli tadi.

Setelah selesai, dia pun naik ke bilik mereka.

Twins Lover {Complete}✔️✔️Where stories live. Discover now