Chapter 85

421 28 0
                                    

Kaysher yang sedang tidur diulit mimpi itu terganggu dengan panggilan yang asyik menjerit minta diangkat.

Kaysher pun memanjangkan tangannya untuk mengapai telefonnya yang berada di night stand.

Tanpa melihat nama di skrin, dia terus angkat. Berani call dia masa dia tengah berehat. Marah ni marah.

'hmm asal?' kata Kaysher kasar.

'Kay sorry aku kacau kau malam-malam tapi ni urgent sangat. Aku call Ash dia tak angkat angkat' kata si pemanggil yang menelefon Kaysher.

'Ben, kau nak apa? Apa yang urgent sangat sampai tak boleh tunggu esok?' tanya Kaysher yang terjaga sepenuhnya.

Hilang ngantuknya apabila mendengar suara Ben yang kedengaran sedang menahan kesakitan.

'Pasal Venessa. Kau kat rumah Ash kan sekarang? Suruh dia datang markas sekarang. Keadaan tak terkawal sekarang ni. Perempuan tu terlepas' kata Ben terburu-buru.

'Apa yang jadi kat sana?' tanya Kaysher.

'Cepat bro. I need backup' kata Ben sebelum talian terputus.

'Tch, waktu rehat akulah korang nak kacau' kata Kaysher geram. Dia pun pantas bangun dari katil dan pergi ke bilik Asher.

Pintu bilik Asher di ketuk.

Tok!
Tok!
Tok!

Bella yang mendengar pintu biliknya diketuk itu mengejut Asher.

'Hubby, buka pintu jap. Ada orang ketuk' kata Bella yang mamai.

'Hmm, I mengantuklah. Biarlah dia' kata Asher dalam keadaan mamai juga.

Akhirnya Bella mengalah juga. Akhirnya dia yang pergi buka kan pintu.

Tersengol lah muka Kaysher.

'Ada apa datang bilik aku malam-malam ni?' tanya Bella.

'Ash tidur lagi?' tanya Kaysher.

Bella menganggukkan kepalanya.

Tanpa berkata apa apa, Kaysher terus masuk kedalam bilik tersebut dan kearah katil untuk mengejutkan Asher.

'Woi, Ash. Kau tak dengar ke anak buah kau call? Kau bangun sekarang aku takde masa nak explain kat kau' kata Kaysher lalu menarik Asher bangun.

'Woi! Kau nak bawa aku pergi mana Kay? Aku mengantuklah' rungut Asher.

Sebelum itu disambar telefon milik Asher. Bella menahan Kaysher.

'Eh nak pergi mana pagi-pagi buta ni? Esok tak boleh ke?' tanya Bella pelik.

'Tak, urgent sangat. Kau tak payah risau nanti suami kau balik la. Tak lama pun' kata Kaysher lalu sanbung menarik Asher ke kereta.

Bella hanya menganggukkan kepalanya tapi dia pelik juga. Apa yang urgent sangat sampai tak boleh tunggu cerah sikit?

××××××××××××

'Kau nak bawak aku pergi mana ni Kay, aku mengantuk tau tak' rungut Asher yabg duduk di seat pemandu.

'Kau rasa apa yang urgent sangat kalau kita keluar pagi pagi buta ni?' tanya Kaysher yang memandu laju kerana jalan yang kosong.

'Takkan anak buah yang ramai tu tak boleh settle kan masalah kat masalah kat markas tu nak juga boss diorang turun padang' rungut Asher lagi.

'Anak buah kau lah tak reti jaga perempuan sorang tu' kata Kaysher.

Segar terus mata Asher. Segala rasa mengantuknya ghaib begitu sahaja selepas mendengar kata-kata Kaysher itu.

'Nessa? Kenapa perempuan tu?' tanya Asher terburu-buru.

'Dia dah terlepas. Tapi aku tak rasa yang dia boleh lepaskan diri macam tu je. Mesti ada orang yang tolong dia terlepas dari situ' kata Kaysher.

'Seriously, diorang memabg tak boleh diharap langsung' kata Asher dengan amarahnya.

××××××××××××

'Macam mana perempuan tu boleh terlepas? Korang tak rantai ke perempuan tu?' jerit Asher.

'Kami dah rantai perempuan tu Ash. Mustahil dia boleh terlepas' kata seorang anak buah Asher.

Walaupun Asher dan Kaysher didalam kumpulan yang sama, tetapi mereka mempunyai anak buah yang berlainan.

Mereka dalam kumpulan yang sama tetapi mereka di train dengan latihan yang berbeza.

Kalau dibawah Kaysher, mereka lebih tertumpu pada kepakaran untuk mencipta. Tetapi mereka ada juga belajar cara untuk mempertahankan diri jika berhadapan dengan musuh.

Kalau di bawah Asher pula, mereka lebih tertumpu pada penggunaan senjata.

'Dah la Ash, kalau kau tanya diorang pun bukannya diorang tahu apa apa pun. Aku dah check segala cctv yang ada dekat sini. Tapi semuanya rosak' kata Kaysher tenang sambil memegang handphonenya.

'Siallah, seorang perempuan pun tak boleh nak jaga!! Baik korang blah sekarang sebelum sekor- sekor jadi mayat!' jerkah Asher.

Kelam kabut anak buah Asher pergi dari situ.

Masa Asher marah janganlah dibuat main. Tunggu mood dia dah normal barulah boleh gelak tawa dengan dia.

Dia nampak sahaja seperti orang hilang akal tapi bila dia marah hanya Kaysher sahaja yang berani mendekat.

Yang lain menjauh sebab apa? Taknak tempah tiket masuk kubur instant.

'anak buah aku yang lain macam mana?' tanya Asher pada Kaysher.

'Diorang tercedera ringan tapi yang paling teruk si Ben. Mungkin sebab perempuan tu tak puas hati yang Ben tu khianat dia' kata Kaysher.

'Tak pe, aku bagi kau bebas sementara sebelum aku tamatkan hidup kau. Aku takkan bagi kau hidup lama lepas apa yang kau dah buat perempuan!' kata Asher berang.

Asher pun meninggalkan ruang itu dan meninggalkan Kaysher.

'Sekali kau sentuh keluarga aku, jangan mimpi kau akan hidup bahagia selama-lamanya. Kau takkan dapat sembunyi lagi. One day we will meet again' kata Kaysher pula.

Ada kata-kata yang tersirat didalam ayat Kaysher tadi. Kalau pandai tekalah...

××××××××××××

Pada pukul 4:30 pagi barulah Asher dan Kaysher sampai di rumah Asher.

Kaysher masuk ke bilik dan dapati isterinya tiada di atas katil.

'Ara?' panggil Kaysher.

Dia pergi ke toilet untuk check jika Ara ada di situ tetapi hampa. Ara tidak berada di bilik air.

'Honey, where are you?' panggil Kaysher lagi.

Masih tidak menyahut.

Tiba-tiba dia melihat langsir yang beralun ditiup angin. Lega hatinya.

Ingatkan isterinya ke mana tadi.

'Honey, kenapa tak menyahut aku panggil tadi. Kau tahu tak aku risau takut kau kena culik tadi. Kenapa ada kat luar ni hurm? Tak sejuk ke?' tanya Kaysher lalu memeluk Ara dari belakang.

Ara tidak berkata apa apa mahupun menoleh pun kearah Kaysher.

'kau kenapa ni diam je. Aku ada buat salah ke?' tanya Kaysher apabila terperasan berubahan Ara yang tidak menoleh langsung kearahnya.

Selalunya Ara suka memeluknya kalau dia baru balik dari mana-mana.

'Honey, speak to me' kata Kaysher di tepi telinga Ara.

'Ermm'

Ara menepis muka Kaysher yang berada di tepi telinganya.

'Ara, speak to me. Kenapa ni hmm?' tanya Kaysher dengan lembut sambil memusingkan Ara kearahnya.

Baru dia teringat yang Ara sekarang berada di frasa di mana hormon nya tidak stabil.

Senang marah..
Senang menangis..
Senang gembira..
Senang emosi..
Dan
Senang merajuk seperti sekarang ini.

Done chapter 85. Jangan lupa vote tau guys. Bubyee...

Twins Lover {Complete}✔️✔️Where stories live. Discover now