Chapter 26

897 46 0
                                    

Percutian mereka yang dianggap sebagai hari yang menyeronokkan telah musnah. Disebabkan oleh kejadian yang menimpa Ara dan Kaysher.

Hari ini, Ara dah boleh keluar dari wad kerana lukanya tidak separah Kaysher. Kaysher mempunyai luka tikaman yang agak dalam jadi mengambil masa untuk sembuh manakala Ara hanya luka biasa dan lebam sahaja.

'Nanti jangan lupa datang balik. Kau kena jaga aku kat sini' kata Kaysher selamba.

'Eh, apasal pulak? Suruh la Ash jaga kau' bantah Ara.

'Eh, kau yang buat aku terlantar kat sini kau nak balik pula' kata Kaysher pula.

'Eh, bukan salah aku pun. Tolong tak ikhlas tu yang kena tu. Lain kali hati kena ikhlas nak tolong orang' kata Ara. Salah kan orang pula dia ni.

'Aku tak kira, kau kena datang balik jaga aku kat sini. Kalau tak aku pun nak discharge jugak' kata Kaysher.

Ara dan melopong.

'Apasal dengan dia ni? Buang tebiat ke?Salah makan ubat ke? Ke nak mampus dah? Ish, mulut longkang betulla kau ni Ara' monolog Ara. Tanpa dia sedar dia memukul perlahan bibirnya.

'Cakap buruk pasal aku la tu' kata Kaysher yang melihat gelagat Ara tadi.

'Ish, yelah. Macam budak budak perangai' kata Ara perlahan.

'Ha?! Apa?! Tak dengar?! ' kata Kaysher.

'Ish, ye. Tengku Kaysher Grey' kata Ara aedikit kuat. Ala diorang duduk katil bersebelahan je, jadi tak perlu kuatkan sangat volume suara tu.

'Bagus, kau boleh balik' kata Kaysher.

'Eh, dia halau kita pula? Aku tak datang nanti baru tahu' monolog hati Ara. Kecil besar kecil besar je dia tengok si Kaysher ni.

'kutuk aku lagi la tu' kata Kaysher membuatkan Ara tersentak.

'Siapa ambil kau' tanya Kaysher.

Tiba tiba pintu terbuka dari luar. Asher masuk kedalam wad itu.

'Asher' kata Ara.

'Jom, Bella dah tunggu kat Villa' kata Asher.

'Jom' kata Ara. Dia keluar dulu selepas itu Asher pula. Asher mengambil beg baju Ara dahulu sebelum keluar.

Selepas memastikan Ara sudah menjauh Kaysher memanggil Asher.

'Woi, kau jaga dia elok elok eh, kalau aku tahu kau kacau dia. Siap kau' warning Kaysher.

'Aku tahulah macam mana nak jaga tunang kau tu. Aku ni bukan jahat sangat pun' kata Asher berlagak.

Dia pun keluar untuk menghantar Ara pulang.

×××××××××××××××××××

Erissa, Erica dan Emy berjalan di Airport. Baru pagi tadi dia yang pelajar yang lain serta guru dihalau dari Villa.

'Ish, aku baru je nak duduk kat Villa tu. Dahla cantik. Fancy pula tu' rungut Erissa.

'Tah, kita baru satu hari duduk kat situ. Aku tak sempat nak tawaf satu rumah tu' kata Emy pula.

'Tapi korang tak pelik ke? Kenapa Ara, Kaysher, Asher dengan Bella kena tinggal eh?' tanya Erica pelik.

'Tulah, aku rasa Asher tinggal sebab nak jaga Asher dekat hospital kot. Tapi kembar tu, aku rasa...' kata Emy. Fikiran Negatif mula berada di fikiran mereka.

'Ada affair dengan Tengku Zarif Authur!!' kata mereka serentak. Hmm, yelah. Tiga tiga kaki menfitnah orang kan? Tu yang serentak tu.

'Oh my god, tak sangka yang fikiran kita sama. Memang Bestfriend forever kita ni kan?' kata Erissa teruja.

'E- girl . Madam Umai panggil sebab bas dah sampai' panggil seorang pelajar.

'Jom girls' ajak Erissa.

Mereka pun pergi ke bas yang berada di luar pintu KLIA itu.

×××××××××××××××××

Bella menunggu di Villa berseorangan. Tadi dia dengan Tengku Zarif tapi Tengku Zarif keluar sebab ada hal.

'Haih! Sepatutnya aku ikut je Ash tadi. Takdelah aku bosan macam ni' kata Bella seorang diri.

'Bosannnnn... Nak buat apa ni eh?' kata Bella lagi. Dia melihat sekeliling Villa nya. Kawan kawan serta guru guru nya dah balik pagi tadi jadi tinggallah Bella seorang diri.

'Tengok TV je lah' kata Bella.

Dia pun duduk di sofa lalu membuka tv 75 inch yang terdapat di dalam Villa itu lalu menukar- nukar channel.

Rumah besar, TV 75 inch, barang mewah, perabot import tapi Villa itu hanya tempat persinggahan mereka sahaja.

Beberapa minit kemudian, Bella mendengar bunyi kereta. Sama ada Ara dan Asher atau Tengku Zarif, Ayahandanya.

Dia pun keluar tengok.

Hurm, Ara dan Asher sudah pulang.

'Hey' sapa Bella.

'Hei, Ayahanda mana?' tanya Ara.

'Ayahanda keluar. Tah pergi mana? Dia angkat call lepastu terus blah' kata Bella.

'Kau duduk sorang sorang ke? Yang lain mana?' tanya Ara.

'Dah balik' kata Bella simple.

'Ada makanan tak? Aku lapar la. Tak makan lagi' kata Ara sambil memegang perutnya.

'Ouh ada. Bibik tolong siapkan makanan Cik Ara lapar ni' laung Bella kuat.

'Baik Cik Bella' kata Bibik yang berada di dapur.

'Dah jom' ajak Bella.

'Kak Ara beg ni nak letak mana?' tanya Asher.

'Kak Ara? Bila masa kakak aku jadi kakak kau?' tanya Bella pelik.

'Long story. Ash bagi je kat bibik yang jaga dekat tangga sana. Biar dia yang bawak naik beg tu. Nanti Ash pergi dapur kita makan sama sama' kata Ara.

Bella pelik. Apasal hubungan Ara dengan Asher makin baik ni? Siap bagi gelaran Kak Ara - Ash pulak tu!!

'Korang kenapa? Pelik la aku?' kata Bella.

Ara pun menolak Bella masuk kedalam rumah. Lebih tepat ke dapur. Bella pula dari tadi membebel. Entah apa yang dia bebelkan.

Ara pun tidak fokus. Yang dia tengah fokus sekarang ialah makanan.

'Bella kau boleh diam tak?? Aku nak makan ni. Nantilah aku cerita kat kau. Sekarang aku nak makan dulu' kata Ara.

'Ish, kau ni memang tak pernah pay attention kan bila aku cakap. Makanlah. Aku nak keluar sekejap' kata Bella.

'Nak pergi mana? Temanlah aku makan' kata Ara lagi.

'Aku nak pergi depan tu je. Nanti aku datang la balik' kata Bella. Dia pun pergi kearah Asher yang berada di pintu masuk.

'Asher'

Done chapter 26. Jangan lupa vote tau guys. Oklah, bubyee...

Twins Lover {Complete}✔️✔️Where stories live. Discover now