Tepat pukul 9 malam, Asher dan Bella sampai di rumah Tengku Marina.
'Tengku, Tengku Ash dengan Tengku Bella sudah sampai' kata Maid Tengku Marina.
'Baiklah, Suruh diorang datang sini' kata Tengku Marina yang duduk di meja makan bersama dengan Kaysher dan Ara.
'Mama' panggil Asher. Mereka pun menyalam tangan Tengku Marina.
'Ash, Bella nak makan sekali? ' tanya Tengku Marina.
'Takpelah mama, Ash nak naik mandi dulu. Lagipun Ash dah dinner dengan Bella kat luar tadi' kata Asher.
'Yelah, Bella nak makan? ' tanya Tengku Marina pada Bella pula.
'Nak' kata Bella pantas. Matanya dah lama aim chicken butter yang terhidang diatas meja makan itu.
'Meh duduk sini. Tolong ambilkan pinggan untuk Bella' arah Tengku Marina kepada maidnya.
'Kalau ye pun lapar lagi, naik lah dulu mandi' arah Asher pada Bella.
'Kalau you nak naik, you naiklah. I nak makan dulu' kata Bella yang menceduk chicken butter kedalam pinggan.
'Mandi dulu' kata Asher.
'Mama tengok Ash ni tak bagi Bella makan dulu' adu Bella. Tengku Marina tersenyum kecil sebelum melihat kearah Asher.
'Ash naiklah dulu. Biarkan Bella makan dulu. Dia lapar sangat mama tengok tu' kata Tengku Marina.
'Lapar apanya. Tadi dah makan kan?' kata Asher tak puas hati. Dia pun berlalu ke tangga untuk naik ke biliknya.
'Bella, kau dari mana tadi? ' tanya Ara.
'Dari taman bunga. Cantik weh! Nanti aku bawak kau pergi sana' kata Bella.
'Sorrylah mama, Bella ni memang macam ni kalau dapat makan makanan favourite dia' kata Ara yang melihat Bella seperti kanak-kanak itu.
'Lah chicken butter makanan kegemaran Bella? Sama lah dengan si Ash tu. Selalunya dialah orang first yang duduk kat meja kalau mama masakkan chicken butter ni' kata Tengku Marina.
'Ish, sibuk je Ash tu. Bella suka ni, dia pun nak suka jugak' marah Bella.
'Ah dah dah, kau makan je diam-diam' tegur Ara.
Mereka pun menyambung makan malam mereka dengan bahagianya apabila Bella kembali kepada dirinya yang asal semula.
××××××××××××××××××
Ara berdiri di balkoni untuk mengambil angin malam. Kaysher pula tengah mandi.
Ara termenung memikirkan apa yang Tengku Marina katakan tadi.
'Ha? Siapa kata yang Kay dengan Ara kahwin kontrak? Ash dengan Bella pun tak'
Kaysher yang taknak kahwin kontrak . Sebelum seminggu korang akad nikah, Kay cakap dengan mama yang dia nak sah jadi suami Ara. Asher pun bukan kahwin kontrak dengan Bella. Mereka dah jadi suami isteri yang sah'
'Kalau aku bukan kahwin kontrak maknanya... Aku ni isteri sah dialah kan? Tapi kenapa dia buat macam tu? Bukan masa tunang tu dia sibuk je nak bet dengan aku' fikir Ara.
Ara termenung sehingga tidak perasan Kaysher sudah dibelakangnya.
Kaysher memanggil Ara.
Tapi Ara tidak menyahut. Di dalam otaknya sudah terfikir untuk mengenakan Ara.
'Oh, aku panggil kau buat tak dengar. Ok takpe, kau tunggu' kata Kaysher jahat. Dia tersenyum jahat.
Kaysher memeluk Ara dari belakang dan Ara macam biasa terkaku seperti patung.
'K-Kay, a-awak buat a-apa ni? ' tanya Ara gagap.
'Aduh! Jantan ni rapat rapat pulak. Asal ni' kata Ara dalam hati. Jantungnya berombak kencang. Sampai sakit dadanya.
'Aduh! Jantung jangan macam ni. Kau tahu tak sakit tu apa?!' kata Ara lagi.
'Kay, dada saya sakit' kata Ara perlahan.
Kaysher yang khusyuk mencium aroma rambut Ara itu pun tersedar.
'Apa? Kau tak selesa?' kata Kaysher dengan idea jahatnya lagi.
Dia memusingkan badan Ara lalu memeluknya lagi. Kali ni lebih erat. Terbuntang mata Ara dibuatnya.
'Hailah, dah handsome tapi sayang pekak pulak dah' kata hati Ara lagi. Terpaksalah dia menolak Kaysher menggunakan seluruh tenaganya. Kalau lama-lama macam tu mau mati keras dia dalam pelukan Kaysher tu.
'Sorry husband, maafkan isterimu ini' kata Ara didalam hati.
Rayden terundur beberapa tapak. Sebelum melihat Ara dengan muka yang tidak percaya.
Ara pula memegang dadanya dengan tercungap-cungap.
'You push me?' tanya Kaysher tidak percaya.
'Dada saya sesak awak tau tak!' marah Ara. Dia mengaturkan nafasnya semula. Sedaya upaya dia mengambil oksigen.
Kaysher mula dihurung rasa bersalah.
'Are you okay dear' tanya Rayden.
'Awak boleh diam tak! Sabar, jap bagi saya bernafas' kata Ara lagi. Agak kasar.
Baru Ara perasan yang Kaysher hanya memakai tuala. Biasalah baru habis mandi kan. Terus dia memusingkan badannya.
'Tengku Kaysher Grey. Pergi pakai baju awak sekarang' kata Ara tanpa memandang kearah suaminya.
Kaysher melihat dirinya sebelum tersenyum sinis kepada Ara yang membelakangkannya.
'Kenapa? Tengok jelah, dapat pahala apa' kata Kaysher jahat.
'Ish, Awak ni cepatlah pakai baju saya nak masuk tidur ni' kata Ara geram.
'Jomlah tidur, sian dia mengantuk ye? Meh sini saya sorongkan bantal untuk isteri aku ni' kata Kaysher.
Ara yang mendengar sudah seram sejuk. Tiba-tiba dia merasakan yang tangannya di tarik.
Dia sedaya upaya menepis tangan Kaysher itu tapi Kaysher lebih cekap. Dia menarik Ara kuat sehingga Ara terhantuk pada dada bidang Kaysher.
Kaysher memeluk Ara dengan erat. Ara meronta-ronta minta dilepaskan.
'Tak baik tau sakit kan suami kau. Aku bukan buat apa apa pun. Lagipun kalau aku nak buat malam ni pun boleh' kata Kaysher membuatkan Ara berhenti meronta.
Dia menjeling tajam kearah Kaysher.
'Sejak bila awak miang sangat ni? Belajar dengan siapa? Asher?' tanya Ara dengan berani walaupun kakinya sudah mengigil halus.
'Dengan kau je, isteri aku' kata Kaysher.
Ara membuat muka.
'Sana lah saya nak tidur. Esok last sekolah kan?' kata Ara.
'Kita tak payah pergi esok' kata Kaysher lagi.
'Sejak bila awak ponteng ni? Esok last kan? Awak taknak jumpa ke kawan-kawan awak untuk kali terakhir. Mana tahu diorang dah kerja nanti. Dah busy. Ataupun diorang dah kahwin macam awak. Nanti korang jarang jumpa. Kalau jarang jumpa nanti rindu' bebel Ara.
'Tak de maknanya, kalau diorang nak lepak dengan aku diorang pergi jelah mansion. Kau lupa ke yang diorang tu anak buah aku?' kata Kaysher pula.
'Erm, suka hati awaklah. Saya nak jumpa diorang. Diorang bukan anak buah saya so saya kena pergi esok' kata Ara.
Lalu dia melepaskan diri dari pelukan Kaysher lalu menghempaskan diri keatas katil.
Kaysher hanya tersenyum melihat telatah Isterinya. Dia pun masuk kedalam walk in closet untuk memakai baju.
Selepas itu, dia pergi ke katil dan tidur disebelah Ara. Ara sudah lena diulit mimpi.
'Mimpikan aku' kata Kaysher perlahan di telinga Ara.
'Hmm' dengus Ara apabila ada orang yang mengacau tidurnya.
Done chapter 51. Jangan lupa vote tau guys. Bubyee...
YOU ARE READING
Twins Lover {Complete}✔️✔️
RomanceStart: 5/10/21 End: 20/3/23 Tengku Arabella Alexandra dan Tengku Isabella Alexandrea ialah kembar seiras tapi tak sama perangai. Ara ialah kakak manakala Bella ialah adik. Mereka berumur 17 tahun. Mereka juga terkenal di sekolah dengan gelaran "kem...