Dalam perjalanan ke kelas, tiba tiba Bella menahan Ara.
'Ara' seru Bella sambil menarik tangan Ara.
Ara berhenti berjalan. Bella memegang pipi Ara yang kian memerah memandangkan Ara mempunyai kulit yang putih bersih. Sama seperti Bella.
'Sakit tak? Kesian kau, sepatutnya kau tak patut tarik aku. Semua ni salah aku kan?' kata Bella lembut.
'Tapi aku yang tampar dia. Takpe bukan sakit sangat pun. Kau jangan lah risau' kata Ara pula.
'Ara aku minta maaf tau sebab marah kau semalam. Aku takde niat pun nak marah kau. Cuma aku geram dengan minah senget tu' jelas Bella.
'Aku faham, kalau aku jadi kau pun aku geram dengan minah tu tapi takpelah benda dah lepas kan' kata Ara pula.
Begitulah mereka, harini gaduh esok berbaik.
'So twins hug? ' tanya Bella.
Ara hanya mengangguk lalu memeluk Bella erat. Twins hug selalu berlaku apabila mereka berbaik.
'Jomlah, dah nak habis waktu pertama ni' kata Ara.
'Wait, pipi tu nak tutup pakai apa tu? ' tanya Bella.
'Pakai rambut la' kata Ara lalu membawa rambut pendeknya kedepan.
'okay let's go' ajak Ara. Bella pun hanya mengikut dari belakang.
××××××××××××××××××
Sampai sahaja di kelas mereka, mereka mengetuk pintu dahulu.
Hormat cikgu yang berada didalam kelas tersebut.
'Hah! Ara , Bella? Kenapa lambat masuk kelas saya? Korang dari mana ni?' tanya Cikgu Sheila, cikgu math mereka.
'Dari bilik pengetua. Bapak kitaorang datang tadi' kata Bella. Ara hanya mendiamkan diri.
'dah dah pergi duduk tempat masing masing. Kalau korang lambat masuk kelas saya lagi. Korang berdirilah kat luar sampai habis masa saya' kata Cikgu Sheila.
Dalam hati Bella sudah berbakul carutan dan makian diberi. Sebenarnya dari form 1 ada beberapa cikgu yang tidak gemar dengan mereka lagi.
Entah apa salah mereka. Mungkin khabar angin yang menyatakan mereka itu miskin? Sebab sekolah tu hanya orang kaya je yang mampu masuk sekolah itu.
Sempat Bella melihat kearah E-Girls yang memandang sinis kearah mereka.
Ikutkan hati Bella memang mampus 5 Diva itu dikerjakan olehnya.
Ara memegang bahu Bella. Bella memusing ke belakang. Ara pun mengelengkan kepalanya.
Bella pun meneruskan jalan ke tempat duduknya manakala Ara pun sama.
Kaysher hanya melihat kearah kembar itu tanpa mereka perasan.
'Hoi, kau termenung apa? Ke kau tengok awek tu?' tanya Mario yang berada di sebelah kanan nya.
'Apa lagi bising bising tu?' tegur Cikgu Sheila.
'Bapak tajam giler telinga dia' kata Mario dengan nada berbisik kepada Kaysher.
'Diam ah, buat kerja kau tu' kata Kaysher. Dia pun menyambung buat soalan math yang diberikan oleh Cikgu Sheila.
×××××××××××××××××
<< Skip rehat >>
Bella bersiap siap untuk pergi rehat bersama kawan kawannya.
'Ara, Hanie. Korang pergi rehat tak?' tanya Bella.
YOU ARE READING
Twins Lover {Complete}✔️✔️
RomanceStart: 5/10/21 End: 20/3/23 Tengku Arabella Alexandra dan Tengku Isabella Alexandrea ialah kembar seiras tapi tak sama perangai. Ara ialah kakak manakala Bella ialah adik. Mereka berumur 17 tahun. Mereka juga terkenal di sekolah dengan gelaran "kem...