Sudah hampir seminggu Ara menetap dihospital kerana luka tembakkan nya itu.
Dan yang datang melawatnya hanya kawan baiknya, Hanie. Selain itu, Asher dan juga Tengku Marina juga pernah melawatnya.
Dan selebihnya keluarga dia dan Bella. Yang hari hari menjaganya selama dia di hospital.
Manakala Kaysher, tak nampak langsung batang hidungnya.
Bella dan Hanie juga menyatakan yang Kaysher sudah jarang ke sekolah.
Harini dia dah boleh keluar dari hospital itu.
'Bella, Kaysher tak datang ke?' tanya Ara pada Bella. Dia inginkan perjelasan.
Kenapa Kaysher memiliki pistol? Siapa Kaysher sebenarnya? Apa yang Kaysher sorokkan daripadanya?
Semua peraoalan itu berputar putar didalam kepalanya. Dia perlu kan jawapan juga.
'Ara kau ni kenapa? Setiap hati tanya pasal dia? Kau dah jatuh hati kat dia ke?' tanya Bella pelik.
'Takdelah, aku cuma pelik. Dah seminggu aku kat sini, dia tak jenguk aku pun' kata Ara.
'Kau tak tanya Tengku Marina masa dia datang melawat kau 2 hari lepas?' tanya Bella pula.
'Dah, dia cakap dia pun tak tahu. Dia pun ingat yang Kaysher datang melawat aku sebab dia tak lekat kat rumah' jelas Ara.
'Hm, tu aku takde jawapan. Cuba kau tanya dia nanti. Ni aku nak tanya, kau pergi ke lawatan tu nanti?' tanya Bella.
'Aku pergi, memandangkan luka aku ni pun dah hampir sembuh lagi 2 hari elok la ni. Aku yang suggest kan tempat tu tau' kata Ara.
'Yelah, cepat sikit. Aku nak turun letak beg kau dalam kereta ni. Nanti kau turun jelah' kata Bella.
Ara hanya menganggukkan kepalanya.
'Mana lah kau pergi Kaysher. I need your answer to all my question' kata Ara sambil menghelakan nafas yang berat.
Setelah memastikan yang tiada apa tertinggal dia pun turun ke bawah untuk ke kereta Bella.
Tiba tiba dia terpandang kearah kaunter hospital. Dia pergi ke situ.
'Hi, saya nak bayar bil rawatan saya kat sini. Berapa semuanya eh?' kata Ara pada nurse di kaunter.
'Urm, nama cik?' tanya Nurse itu.
'Tengku Arabella Alexandra' kata Ara lagi.
'Semua bil rawatan cik Ara termasuk dengan bil operation dah di bayar' kata Nurse itu.
'Dah bayar? Siapa yang bayar?' tanya Ara pelik.
'Erm, tak silap saya seorang lelaki' kata nurse itu.
Ara terfikir mungkin ayahanda nya yang bayarkan. Ara yang malas berfikir panjang terus berterima kasih dan pergi dari situ.
Dia masuk kedalam kereta Bella.
'Lama nya kau kat dalam tu. Kau buat apa?' tanya Bella pelik.
'Aku pergi kaunter tadi ingat nak bayar bil rawatan aku. Tapi nurse tu cakap ada orang dah bayarkan. Ayahanda kot' kata Ara.
'Mana ada, ayahanda cakap, masa first time dia datang melawat kau tu. Dia ingat nak bayarkan bil bil hospital kau tapi bila dia cakap kat nurse jaga kaunter tu, nurse tu cakap semua dah dibayar termasuk dengan bil operation kau tu' kata Bella sambil memandu.
Ara pelik. Kalau bukan ayahanda nya, siapa?
'Kau serius lah?' tanya Ara pada Bella.
'Aku serius la, kalau kau tak percaya tanya lah Ayahanda. Tapi untung apa kau duduk hospital free' kata Bella sambil tersengih.
'Hospital tu hospital swasta. Mahal tau perubatan kat sana. Aku nak cari ju...' tiba tiba otak Ara teringat sesuatu.
'Kaysher' perlahan sahaja sebutannya.
'Kau cakap apa? Aku tak dengar' kata Bella .
'Takde apalah, kau drive jelah, aku nak rest jap' kata Ara.
'Hm'
Ara pun menyandarkan diri dan menghadap ke tingkap. Di dalam kepalanya asyik teringat Kaysher.
Kaysher ke yang membayar semua bil hospitalnya? Kenapa dia tak muncul kan diri kat hospital masa Ara di hospital itu? Kenapa dia rasa kecewa dan sedih apabila kaysher seperti mengelak darinya?
Kenapa? Kenapa? Masih tiada jawapan...
×××××××××××××××××
Kaysher masuk kedalam mansion dengan muka ketatnya.
'Yo bro, masam je muka tu. Sembelit ke?' kata Asher yang sedang lepak diruang tamu.
'Sibuk la kau, asal kau kat sini?' tanya Kaysher.
'Aik, aku nak datang pun tak boleh dah sekarang. Ni aku nak tanya, asal kau tak pergi jenguk tunang kau tu? Bella selalu cakap dengan aku yang Ara asyik tunggu kau datang. Tak kira pagi, petang, magrib atau malam' kata Asher.
'Yelah tu nak menipu aku je' kata Kaysher.
'Betul eh aku cakap, kalau tak percaya pergilah jumpa Ara sendiri' kata Asher.
'Kau dengan Bella macam mana sekarang' kata Kaysher ubah topik.
'okay je, kitaorang macam kawan je. Nothing much. Kau jangan nak tukar topik pula' kata Asher.
'Dah la aku busy' kata Kaysher terus naik ke office di mansionnya itu.
Asher pula sambung tengok tv di ruang tamu. Bersama sama dengan kawan kawannya.
Lupa pula nak bagitahu yang dia bersama dengan kawan kawannya yang juga anak buah Grey's Empire.
Takkan lepak sorang sorang kan? Mana syiok...
××××××××××××××××××
Bella seperti biasa keluar bersama sama dengan kawan kawannya. Selepas dia menghantar Ara pulang. Di keluar hang out bersama dengan kawan kawannya iaitu Fara, Dhira, Maya dan Wawa.
'Hi, korang' kata Bella yang baru sampai.
'Hi, Bella asal aku tengok kau dah jarang lepak dengan kitaorang eh' tanya Maya.
'Tulah, kau dengan Asher ada apa apa ke?' tanya Dhira pula.
'Kau keluar dengan dia ke selama ni?' tanya Wawa.
'Kau macam dah bosan dengan kitaorang' kata Fara pula.
Bella pening nak jawab yang mana satu dulu kerana soalan dilontarkan bertubi tubi.
'Satu satu lah' kata Bella.
'Okay macam ni bagi soalan Maya, jawapannya sebab aku busy jaga Ara kat hospital la. Bagi soalan Fara pula, bila masanya aku cakap aku bosan? Kalau aku bosan aku dah tak jumpa korang hati ni tau. Then, soalan Dhira, aku dengan Asher tu kawan je. And last, soalan Wawa, jarang jarang aku keluar dengan dia. So semua soalan korang dah dijawab. Jom makan aku lapar' kata Bella lalu pergi ke tempat biasa diorang lepak.
Kawan kawan kawan Bella hanya mengikuti dari belakang walaupun diorang masih rasa yang Bella ada sorokkan sesuatu dari mereka.
Done chapter 17. Jangan lupa vote tau guys. Bubyee...
YOU ARE READING
Twins Lover {Complete}✔️✔️
RomanceStart: 5/10/21 End: 20/3/23 Tengku Arabella Alexandra dan Tengku Isabella Alexandrea ialah kembar seiras tapi tak sama perangai. Ara ialah kakak manakala Bella ialah adik. Mereka berumur 17 tahun. Mereka juga terkenal di sekolah dengan gelaran "kem...