Chapter 61

761 42 0
                                    

Ara terbangun dari lenanya apabila matahari terpancar kearah matanya.

Dia memisat matanya yang terkena cahaya matahari itu.

'Dah pukul berapa ni? ' tanya Ara yang masih mamai.

Dia melihat sekeliling bilik yang kelihatan asing baginya. Dia teringat balik apa uang terjadi semalam.

Setelah dia teringat, pantas dia bangun lalu mencari Kaysher.

'Kaysher?' panggil Ara. Tiada sahutan.

Dia pun bangun lalu keluar dari bilik tidurnya tadi.

'Kay?' panggil Ara lagi.

'Puan Ara dah bangun. Jom Mak Teh dah siapkan sarapan ni' kata mak Teh.

Ara terpinga-pinga melihat kearah wanita yang mengelarkan dirinya sebagai mak Teh tadi. Wanita itu membawa diri ke sesuatu ruang yang dia sendiri tidak pasti.

Kakinya pun ikut melangkah ruang tersebut. Setelah sampai, barulah dia tahu yang ruang tersebut ialah ruang makan dengan meja panjang dengan 8 buah kerusi.

 Setelah sampai, barulah dia tahu yang ruang tersebut ialah ruang makan dengan meja panjang dengan 8 buah kerusi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Wah, colour biru. Warna favourite dia !

'Puan Ara, mari duduk' kata Mak Teh memecah kesunyian.

'Maafkan saya, makcik ni siapa? Saya ada kat mana ni? Kaysher mana?' tanya Ara bertubi-tubi.

'Lupa Mak Teh nak memperkenalkan diri. Excited sangat jumpa dengan puan' kata Mak Teh.

'Tak payah la panggil saya Puan. Panggil Ara je. Lagipun Ara kan muda dari makcik. Sepatutnya saya yang panggil puan dekat makcik. Tapi macam formal sangat pula.

'Tapi Mak Teh kena panggil Puan Ara dengan gelaran "Puan" juga sebab Puan ni kan majikan Mak Teh. Tuan Kay pun majikan Mak Teh. Mak Teh tahu Puan Ara tak biasa lagi tapi nanti lama-lama biasalah tu' jelas Mak Teh.

'Erm, Mak Teh boleh tolong jawab soalan saya tadi?' tanya Ara.

'Ouh ye, nama Mak Teh yang sebenarnya Nurfatehah. Orang kampung semua panggil Mak Teh. Jadi, Puan pun panggil Mak Teh juga ye. Mak Teh maid kat rumah ni. Sekarang ni, Puan ada kat rumah Tuan Kaysher. Dia beli rumah ni lamalah juga. Mak Teh dan beberapa orang maid lagi ditugaskan untuk kemas dan jaga rumah ni sepanjang Tuan tak de. Tuan dah keluar pagi-pagi tadi puan. Dia kata dibalik tengah hari nanti' jelas Mak Teh.

'Mak Teh dah kerja berapa lama dekat sini? Ramai ke pekerja kat rumah ni?' tanya Ara lagi.

Mak Teh meletakkan bihun diatas pinggan Ara lalu menuangkan air teh ke cawan Ara.

'Mak Teh dah 25 tahun jadi maid Tuan Kaysher. Kat rumah ni cuma ada 2 maid, 1 pekebun dengan 1 pemandu Puan Ara. Tu sebab Tuan Kaysher yang suruh' kata Mak Teh lagi.

'Seriuslah 25 tahun, Mak Teh? Kaysher baru 17 kot' kata Ara tidak percaya.

'Ye, Mak Teh dulu bekerja di rumah agam Tengku Marina lepastu dipindahkan disini atas arahan Tengku Marina' kata Mak Teh.

'Umur mak Teh semasa bekerja dulu berapa?' tanya Ara. Seronok pula ada tempat berborak ni.

'32 tahun' kata Mak Teh.

'oh maknanya Mak Teh sekarang dah 57 tahun lah? Lamanya Mak Teh kerja. Mak Teh ada keluarga? ' tanya Ara.

'Ada. Mereka kerja di sini juga' kata Mak Teh.

'Mak! Rien dah balik' laung Tiara dari pintu belakang.

'Siapa tu, Mak Teh?' tanya Ara.

'Anak Mak Teh, Adrienne Darena' kata Mak Teh.

'Mak, barang yang mak suruh beli tadi Rien dah letak kat dapur tu' kata Adrienne.

'Yelah, Rien ni Puan Ara. Isteri kepada Tuan Kaysher' kata Mak Teh kepada anaknya.

'Cantiknya awak ni. Muda. Erm, sorry. Puan Ara' kata Rien yang terlanjur kata.

Mak Teh menggelengkan kepalanya. Manakala Ara tersenyum kecil melihat gadis riang itu.

'It's okay. You can call me any what you want' kata Ara sambil tersenyum.

'So Rien boleh panggil kakak tak? Sebab kakak nampak muda untuk panggil panggilan puan' kata Adrienne lagi.

'Mak Teh buat kerja kat dapur dulu ye. Rien jangan kacau puan sangat. Dia baru nak breakfast tu' pesan Mak Teh.

'Alah Mak, Rien happy dapat kawan berborak ni' kata Adrienne.

'Tak pelah, Mak Teh. Saya layankan je dia. Mesti sunyikan duduk rumah ni sorang-sorang' kata Ara pula.

Mak Teh terus masuk ke dapur untuk membuat kerjanya.

'Betul tu kak. Kak Ara umur berapa?' tanya Adrienne.

'17 tahun. Rien pula?' tanya Ara pula.

' 14 tahun' kata Adrienne.

'Rien, Tuan Kaysher ni orang yang macam mana? Garang ke? Dingin ke? Baik ke? Kenapa Mak Teh dengan Rien panggil dia Tuan? Rien dengan Mak Teh tahu kan yang Kaysher tu baru 17 tahun?' Tanya Ara bertubi-tubi lagi.

'Tah, Rien ikut mak je. Mak dengan abah panggil Tuan Kaysher macam tu Rien ikut jelah. Tuan Kaysher ni tak selalu sangat datang rumah ni. Kalau dia datang pun maybe sebab enemy dia serang markas diorang. Tapi selama Rien duduk kat sini, Tuan Kay tu asyik badmood je. Sampai Rien pun takut nak dekat. Kak Ara adalah satu-satu orang yang berani hadap orang macam Tuan Kay tu. Muka dia dahla dingin 24 jam' jelas Adrienne.

'Akak kawan dengan Tuan Kay tu pun sebab aturan keluarga. Kalau tak, akak pun tak kenal bahkan tak tahupun dia siapa. Rien, Selalu ke ada musuh serang markas dia? Korang pun tahu pasal hal tu?' tanya Ara pelik.

'A few times jugak la. Tak delah kerap sangat. Siapa je yang tak tahu Kak Ara? Sesiapa yang kerja dengan Tuan Kay mesti tahu siapa dia. Kak Ara pun mesti tahu kan siapa Tuan Kaysher tu' kata Adrienne.

Ara menganggukkan kepalanya.

'Rien, Rien sekarang sekolah mana? Rien memang dari kecil duduk sini ke?' tanya Ara menukar topik. Dia taknak asyik membahas tentang pekerjaan suami nya yang satu itu.

'Tak, umur Rien 7 tahun baru Rien duduk sini and kerja sini dengan mak dengan abah. Sampai sekarang. Dulu Rien pernah juga pergi tempat kerja mak dulu kat Rumah Tengku Marina tu. Tapi, bukan selalu lah. Rien sekolah kat sekolah biasa-biasa je' kata Adrienne.

'Kenapa tak sekolah kat sekolah menengah elit tu? Bukan ke Tuan Kaysher yang tanggung semua duit sekolah Rien?' tanya Ara lagi.

'Ye tapi Mak dengan abah tak kasih. Dia kata jangan menyusahkan Tuan Kaysher sebab Tuan Kaysher dah banyak tolong kami' kata  Adrienne.

'Rien tak teringin ke nak sekolah kat situ?' tanya Ara.

'Tipulah kak kalau saya cakap saya tak teringin. Saya suka tengok sekolah dia cantik and besar. Mesti cantik kan kawasan sekolah tu' kata Adrienne yang berangan.

Ara tersenyum.

'Akak boleh tolong Rien' kata Ara mencadangkan sesuatu.

'Macam mana?' tanya Adrienne teruja.

'Macam ni...'

Done chapter 61. Jangan lupa vote tau guys. Bubyee...

Twins Lover {Complete}✔️✔️Where stories live. Discover now