Chapter 62

785 40 0
                                    

Ara menolong Mak Teh dan Adrienne menyediakan lunch. Dalam beberapa minit lagi Kaysher akan balik.

Tiba-tiba Ara mendengar bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah tersebut. Sudah pasti Kaysher balik.

'Puan Ara tinggal jelah, Tuan Kaysher dah balik tu. Biar Mak Teh dengan Rien je yang buat ni' kata Mak Teh.

'Yelah, saya ke depan dulu ye' kata Ara.

Mak Teh hanya mengangguk. Sempat Ara melihat kearah Rien yang sedang menyusun sudu di tepi pinggan.

Rien tersenyum kecil kepada Ara.

Ara menunggu di depan pintu. Ara pelik apabila melihat seorang lelaki dan seorang perempuan keluar dari kereta. Oleh kerana matahari yang terik, Ara tidak dapat melihat dengan jelas lelaki dan perempuan itu.

Didalam otaknya mula penuh dengan negetif thinking.

'Takkan Kay bawa balik perempuan lain kot?' fikirnya.

Apabila figura itu semakin dekat barulah dia nampak dengan jelas siapa gerangan yang datang ke rumah tersebut.

'Ara!!' kata Bella teruja.

'Lah korang ke? Aku ingat siapa tadi' kata Ara lalu memeluk kembarnya.

'Kau tengah tunggu Kaysher ke?' tanya Asher yang berada di belakang Bella.

'Ha'ah, aku ingatkan dia yang balik tadi' kata Ara.

'Kay yang panggil kitaorang datang sini. Lunch sekali. Alah, nanti dia sampai lah tu' kata Asher.

'Jomlah masuk, makanan semua dah tersedia atas meja tu' ajak Ara.

Mereka pun masuk kedalam rumah.

×××××××××××

Tidak lama kemudian, Kaysher pun sampai di rumah tersebut.

Dia terus ke dining table apabila terdengar suara riuh Bella dan Asher serta isterinya dari situ.

'Korang buat apa ni?' tanya Kaysher apabila melihat Ara, Bella dan Asher duduk dilantai sambil bermain uno.

'Tunggu awak balik la. Lama sangat. And kitaorang bosan so main uno dulu sementara tunggu awak balik' jelas Ara.

Kaysher menggelengkan kepalanya. Alahailah, isteri nasib comel.

'dah bangun. Aku dah lapar ni' kata Kaysher.

'Takpe, korang pergilah duduk sana. Biar Rien yang kemas' kata Rien.

'Takpe Rien, biar Kak Ara yang kemas semua ni. Rien pergi serve Tuan besar tu nanti dia mengamuk pula' kata Ara. Ayat di belakang di perlahankan. Takut tuan badan dengar.

Rien membuat simbol okay sebelum masuk ke dapur.

'Kau buat apa lagi kat situ? Sinilah makan sekali' kata Kaysher.

'Sekejap la, bagilah saya kemas ni jap. Kalau takde orang nak kemas, siapa lagi nak kemas? Awak? Tak pelah, biar saya kemas kejap' bebel Ara.

Kaysher pelik dengan perangai Ara yang sekarang. Dah macam makcik makcik dah.

Manakala Bella dan Asher memandang sesama sendiri. Rupanya begitulah Kaysher melayan Ara. Dengan dingin dan kaku maybe.

Ara pula yang dari seorang gadis yang pendiam dan dingin menjadi seorang yang kuat membebel dan suka memerli.

Sungguh lain perwatakkan mereka di sekolah dan luar sekolah. Tu baru satu hari duduk rumah sendiri. Kalau sebulan? Setahun? Maunya mereka bergaduh manjang.

Dalam diam rupanya lagi teruk dari Bella dan Asher. Sungguh tak disangka.

'Ara, can I ask you something?' tanya Bella pada Ara.

'Hurm'.

Bella memandang kearah Kaysher yang memandang kearahnya. Dengan mata helang lelaki itu cukup untuk membatalkan niat Bella untuk bertanya di situ.

'Tak pelah Ara, Later aku tanya kau lagi' kata Bella.

'Apa tanya jelah' kata Ara.

'Takpe, lagipun aku lupa nak tanya apa sebenarnya tadi' kata Bella.

'macam-macam jelah kau ni' kata Ara lalu dia memandang nasi didepannya. Bibir menyungging senyum kecil tanpa dilihat oleh sesiapa.

×××××××××××××

Kini, mereka berempat berada diruang tamu sambil berehat santai.

'Kay, kau panggil kita orang datang sini kenapa sebenarnya? Takkan kau nak ajak kitaorang lunch je kat sini?' tanya Asher pelik.

'Yelah, saya pun tak tahu yang diorang nak datang' kata Ara pula.

'Nothing important pun. Aku just nak ajak pergi shopping sama-sama untuk prom esok je' kata Kaysher.

'Wow, Tengku Kaysher nak belanja kitaorang shopping ke?' tanya Bella tak percaya.

'No problem' kata Kaysher ringkas.

'Okay, let's go now' kata Bella teruja. Dia menarik tangan Asher.

'Eh, Eh. Sabarlah. Aku baru lepas makan ni. Karang terkeluar balik pula. Duduk la dulu. Chill-chill dulu' kata Asher.

'Bella, sabar dulu. Tak larinya mall tu' kata Ara pula.

'Kau taknak bersiap? Takkan nak pakai macam tu keluar' tanya Kaysher.

'Sabar la, ni saya nak tanya awak dari mana tadi? Awal-awal pagi dah keluar?' tanya Ara.

'Pergi office mama' kata Kaysher. Pagi tadi Tengku Marina call dia untuk berjumpa di office, terus dia bangun lalu bersiap untuk ke office berjumpa dengan Tengku Marina.

'Buat apa?' tanya Ara lagi.

'Jawatan mama akan jatuh kat aku dengan Ash. So memandangkan si pemalas tu tak datang terpaksalah aku wakil bagi pihak dia. Kalau tak pukul 10 aku dah boleh balik' kata Kaysher sambil menjeling kearah Ash yang membuat muka tidak bersalahnya itu.

'Apa?! Aku memang tak perasan waktu mama call tu. Bukan aku sengaja' kata Asher.

'Sudahla kau, Bella yang angkat call tadi lepastu dia kata kau elok je tengah breakfast' kata Kaysher.

Asher memandang kearah Bella pula.

'Apa? Dah Kay call. I angkat lah. Salah ke? I dah cakap kat you kan yang Kay call. You buat derk je' kata Bella pecah tembelang.

Asher menutup mulut Bella.

'You ni janganlah bagitahu' marah Asher dengan perlahan.

Ara sudah gelengkan kepalanya. Alahai, nasib kau lah Asher dapat bini macam Bella. Bella ni kadang-kadang okay, kadang-kadang straight sikit.

'Dahla, aku nak pergi siap jom Bella' kata Ara lalu bangun dari sofa dan pergi ke lif untuk ke tingkat atas.

Bella pun mengikuti Ara ke atas. Tinggallah Kaysher dan Asher. Jangan bergaduh sudahlah.

Done chapter 62. Takde idealah. So chapter ni agak boring sikit. Sorry. Jangan lupa vote tau guys. Bubyee...

Twins Lover {Complete}✔️✔️Where stories live. Discover now