Chapter 53

767 37 0
                                    

Kaysher melepaskan tangan Ara apabila mereka sampai di kereta Kaysher.

'Awak ni kenapa Kaysher tiba tiba nak marah-marah ni? ' tanya Ara pelik.

'Eh, kau nak cakap apa tadi? Mama tak tahu lagi tau pekerjaan kedua aku' marah Kaysher.

'Awak yakin ke yang mama tak tahu. Dulu papa awak pun mafia kan? Takkan dia tak tahu kot? Takkan dia bodoh sangat sampai pekerjaan suami sendiri pun dia tak tahu? Awak pun satu, saya tahulah apa saya nak cakap. Dan saya tahu yang awak taknak orang tahu pasal pekerjaan gelap awak tu. Tapi sekarang ni saya tahu yang awak ni langsung tak percayakan saya kan? Saya nak cakap lain tadi, awak tau tak?! Dan harini awak pergi sekolah sorang-sorang saya taknak ikut awak' kata Ara panjang berjela. Terus dia masuk dalam untuk mengambil kunci kereta dia sendiri.

Kaysher yang sedar kesilapannya yang menuduh Ara tanpa bertanya dulu itu terus mengejar langkah Ara yang masuk kedalam kereta.

Dia menahan pintu kereta Ara.

'Kay, tepilah' halau Ara.

'No, kau kena pergi sekolah dengan aku juga hari ni' kata Kaysher.

'Taknak! Pergilah sorang-sorang tadi awak marah saya kan tadi?' kata Ara merajuk.

'Kau merajuk ke sekarang ni?' tanya Kaysher.

'Mana ada! Sekarang ni awak pergi cari macam mana nak pujuk perempuan. Awak ni langsung tak pernah jaga hati orang langsung' kata Ara.

'Maknanya kau betul merajuklah ni?' usik Kaysher.

'Blah la' kata Ara lalu menarik pintu dengan kuat manakala Kaysher terkejut dengan tindakan Ara itu. Nasib saja tangannya tidak tersepit pada pintu itu.

Ara mengunci pintu keretanya supaya Kaysher tidak dapat membukanya lagi.

Ara pun start enjin dan jalan. Kaysher masuk kedalam keretanya lalu mengejar kereta Ara.

××××××××××××××

Bella yang baru keluar itu pelik mengapakah Kaysher seperti tergesa-gesa. Kenapa Ara tidak pergi ke sekolah bersama-sama seperti sebelum ini? Diorang bergaduh ke? Itu yang berada didalam fikirannya.

'you rasa kenapa dengan diorang tu?' tanya Asher pada Bella.

'Tah, mana I tahu. Oklah bye. I naik kereta sendiri tau' kata Bella lalu mencium Pipi Asher sekilas.

'Tak nak! Nak kat sini' kata Asher gedik sambil meletakkan jari di bibirnya.

'Ish, taknaklah malulah. Nanti kalau mama nampak' kata Bella malu.

Asher melihat kiri kanannya tiada orang hanya mereka di situ.

'Takde oranglah kita je ada kat sini' kata Asher lalu menyuakan mukanya dihadapan Bella.

Dan dengan sekilas sahaja ciuman diberikan oleh Bella lalu dia berlari masuk kedalam keretanya.

'Bye, Love' kata Bella lalu drive keluar dari kawasan rumah agam Tengku Marina.

Asher yang tidak perasan itu senyum sinis.

'Kau lari ea? Tunggu apa aku buat kat kau nanti' kata Asher dengan idea jahatnya.

Dia pun masuk kedalam kereta dan mengejar kereta Bella. Tengku Marina yang melihat telatah anak dan menantunya dari tingkap biliknya itu tersenyum kecil.

Mata dialihkan melihat frame gambar yang terletak elok di sebelah katilnya.

'Abang, saya dah dapat tunaikan permintaan abang selama ni. Saya harap abang happy kat sana' kata Tengku Marina. Air matanya menetis keluar apabila teringat akan arwah suaminya.

'Saya dengan anak-anak sentiasa rindukan abang' kata Tengku Marina lagi. Air mata yang mengalir kian lebat. Tengku Marina memeluk frame gambar tersebut.

×××××××××××××××

Ara parking di tempat parkingnya yang dahulu. Selagi dia belum keluar dari sekolah tu, parking itu adalah miliknya. Yelah, dia bayar okay. Tu sebab parking tu dia punya.

Baru sahaja dia nak keluar dengan aman tiba tiba tangannya ditarik lalu di sandarkan di badan kereta.

Ara melihat Kaysher dengan muka yang tidak puas hati.

'awak nak apa lagi ni?' tanya Ara geram.

'Nak kau boleh?' tanya Kaysher nakal.

'Ish, saya takde masa nak layan awak' kata Ara ingin segera pergi dari situ.

'Aip, aku tak habis cakap lagi' kata Kaysher lalu menolak semula badan Ara ke kereta.

'Jangan kacau saya boleh tak! Tak malu ke pelajar lain nampak?' tanya Ara lagi.

Kaysher melihat pelajar-pelajar yang melihat kearah mereka. Ada yang berbisik dengan rakan mereka. Gosip la tuh! Ada yang mengambil gambar mereka untuk dijadikan bahan untuk dimasukkan kedalam internet. Macam-macam lagilah. Biasalah orang terkenal, semua nak busybody.

Dengan senyum nakal dia terus mengangkat dagu lalu mencium bibir Ara.

Ara yang terkejut dengan perbuata Kaysher itu membuntangkan matanya. Pelajar yang melihat pula ada yang terkejut, ada yang terjerit kecil, ada yang terjatuh habis semua yang dipegang dan macam lagi ragam mereka apabila melihat Kaysher membuat sedemikian.

'Semua pelajar diminta ke dewan dengan kadar segera kerana ada pengumuman penting yang ingin disampaikan'

Ara terus menolak Kaysher sekuat hati lalu berlari kearah dewan. Kebetulan pula Bella dan Asher sampai di sekolah.

'Sweet' kata Kaysher perlahan. Lalu dia tersenyum kecil.

Kaysher yang sedang memegang bibirnya itu dipandang oleh Bella kerana pelik melihat Ara yang berlari kearah dewan.

'Asal dengan Ara tu?' tanya Bella.

Kaysher memandang kearah Bella. Baru sahaja dia ingin membalas pertanyaan Bella, tapi tiba-tiba bahunya ditepuk oleh seseorang.

'Asal happy semacam je aku tengok kau ni? Ada benda yang aku terlepas ke?' tanya Asher di sebelah Kaysher.

Bella sudah mendekati Kaysher dan Asher, tiba-tiba Bella didatangi dengan geng-geng nya, siapa lagi kalau bukan, Wawa, Maya, Fara dan Dhira.Mereka kelihatan terkejut.

'Bella' panggil mereka serentak.

'Apa? Korang ni kenapa terjerit-jerit pepagi ni?' tanya Bella pelik.

'Cerita panas weh!! Cuba kau tengok news ni. Baru upload tadi' kata Dhira teruja.

Bella pun mengambil telefon Dhira lalu melihat gambar yang terpapar di skrin telefon pintar itu. Keningnya ternaik sebelah.

Dan telefon itu pun dirampas oleh Asher lalu juga membaca dan melihatnya.

'Now, I know why. Good job. Gotta go' kata Bella lalu menepuk bahu Kaysher yang berada dihadapannya. Selepas itu, dia pergi mencari kelibat Ara.

Dhira, Fara, Wawa dan Maya yang tidak perasan kehadiran 2 jejaka hot itu pun terkejut. Tulah, syok sangat nak sampaikan berita sampai tak tengok kiri dan kanan tu.

Dhira pun meminta semula handphone nya yang berada di tangan Asher. Selepas dikasi, mereka pun pergi dari situ.

Asher memandang kearah Kaysher yang membuat muka tidak bersalah.

'Marvelous man, now aku rasa perempuan lain mesti iri dengan si Ara tu. Kau jaga dia "They wants to betray her" pesan Asher lalu pergi dari situ juga.

'If they wants to betray her, over my death body first' kata Kaysher.

Dia juga pergi kearah dewan. Yelah tadi dah buat pengumumankan?

Done chapter 53. Jangan lupa vote tau guys. Bubyee...

Twins Lover {Complete}✔️✔️Where stories live. Discover now