Ara memeluk pinggang Kaysher seperti taknak lepas. Sekarang ini semua orang berada di rumah agam Kaysher selepas lelaki itu memanggil semua ke situ.
Sekali dengan Bella diangkutnya datang ke rumah agam itu.
Mario, Martin, Ben dan Damien meng-check kotak tersebut. Mana tahu ada sesuatu dapat bongkarkan siapa pemilik kotak tu.
'So kau dah tahu siapa yang hantar kotak ni?' tanya Asher pelik.
Kaysher menggelengkan kepalanya.
'Kau? Siapa pula yang dengki dengan kau ni?' tanya Asher pelik.
'Manalah aku tahu. Diorang yang dengki dengan aku' kata Ara yang masih memeluk erat suaminya.
Ara sekarang ini sudah seperti baby koala bear dah.
'Kau meh sini, geram pula aku tengok kau ni' kata Bella yang berada di sofa tiga.
'Eh, kau ni dah kenapa?' tanya Ara geram pada Bella.
'Chill girl, kau kata kau kuat asal dah macam anak monyet sekarang ni? Melekat je dengan si Kay tu' kata Bella.
'Biarlah suami aku. Suami kau tu pun ada pergilah peluk dia' kata Ara.
'Eh, kau ni. Esok ikut aku jumpa baby Zylia nak? Dah tiga hari aku tak melawat dia' ajak Bella.
'Nak, dah lama aku tak melawat dia sejak dia masuk ward haritu. Macam mana dia? Sihat tak? Tembam tak?' tanya Ara excited.
'Budak tu tak cukup umur lagi. Kecil lagi Ara. Tapi dia memang kuat' kata Bella.
'Kan aku cakap, dia mesti kuat macam kita' kata Ara bangga.
'Apa pula "kita" anak aku okay so macam "aku". Baru betul' kata Bella pula.
'ala muka kau dengan aku tak banyak beza pun. Nanti kalau anak tu dah besar mesti dia tak tahu nak bezakan siapa mak dia, siapa makcik dia' kata Ara.
'dah aku mak dia mestilah dia cam aku. Kau ni, lepas ni anak kau keluar pun macam tu juga. Biasalah muka kita kan tak banyak beza' perli Bella pula.
'Macam yang kau cakap tadi, anak aku kan mestilah dia cam muka mama dia yang lahirkan dia' kata Ara pula.
'Mana aci tiru ayat aku' kata Bella tidak puas hati.
Bluekk...
'Habis kalau budak tu nak cam papa dia pula?' tanya Seseorang.
'Ouh senang je, papa dia orang yang paling handsome sekali' kata Ara.
'Eh, aku lagi handsome dari Kay okay. Kan, dear?' tanya Asher pada isterinya.
'Boleh la, boleh la' kata Bella. Mengundang tawa mereka bertiga kecuali Asher yang mukanya dah cemberut.
'Amboi, seronoknya. Kes ni dah settle ke?' tanya Mario sambil menunjuk kearah kotak tadi.
'What do you get?' tanya Kaysher dengan mood seriusnya semula. Muka di seriuskan habis.
'Ingatkan tak nak tanya tadi. Nampak rancak sangat berborak tu' perli Mario.
'Nothing much, cuma ada ni kepingan fake nails ni dengan kertas kecik ni' kata Mario sambil menunjukkan fake nails dan kertas kecil yang berada di dalam plastik ziplock.
Dah macam detektif dah.
'Honey, kau ada kawan mana-mana yang suka pakai fake nails macam ni?' tanya Kaysher.
'Mana ada kitaorang mana ada pakai fake nails macam ni. Orang low budget je yang pakai benda-benda macam ni' kutuk Bella.
'Entah entah peminat kau kat office tu? Tak pun dekat tepi-tepi jalan tu ha! Mesti diorang punya kerja. Dulu pun aku pernah kena dengan diorang. Biasalah aku dengan Ara kan cantik dan diminati ramai juga' kata Bella angkat bakul sendiri.
'Apa kau cakap ni Bella? Tapi, saya nak tanya awak? Awak ada jumpa perempuan mana-mana ke sebelum ni?' tanya Ara.
'Bila masa pula? ' tanya Kaysher pelik.
'Bila-bila je. Sebelum kita kahwin ke? Selepas kita kahwin ke? Semalam hari ni? Minggu lepas? Tahun lepas? Bila-bila awak jumpa perempuan?' kata Ara yang seperti detektif gayanya itu.
Yang lain hanya diam dan mendengar.
'Mana ada. Tak de' kata Kaysher.
'Yakin? ' tanya Ara.
'Of course. Kau ingat aku nak ke layan diorang tu? Dah macam ulat bulu aku tengok. Tergedik-gedik.' kata Kaysher sempat lagi mengutuk anak orang tu.
'Okaylah, cinta hati awak dulu ke? Takkan takde kot?' tanya Ara pelik.
'Yang kau beria sangat ni kenapa?' tanya Kaysher pelik.
'Vic' panggilan yang sudah lama tidak didengari kini timbul di situ. Orang yang sudah dilupakan kini diingatkan kembali.
Semua mata memandang kearah orang yang mengeluarkan suara tadi.
'Vic?' siapa tu?' tanya Ara pada Mario yang bersuara tadi.
'Errr hahaha... Tanya laki kau sendiri. Aku takde kena mengena dalam hal ni' kata Mario sambil gelak hambar.
'So who is Vic, Tengku Kaysher Grey? I tak pernah dengar pun nama tu?' tanya Ara pada Kaysher.
'My ex , maybe' kata Kaysher selamba.
'Why "maybe"?' tanya Ara menahan rasa cemburunya.
'Sebab dia tak tahu status dia dengan perempuan tu apa? Perempuan tu hilang tanpa khabar' kata Asher. Menyimbahkan lagi minyak kedalam api yang membara.
'You, jangan sibuk la' bisik Bella.
'Apa? I bagitahu benda betul kot' kata Asher pula. Tidak mahu mengaku kalah.
'So you still love her, hmm?' tanya Ara sinis.
'No' kata Kaysher laju.
'Then, you miss her?' tanya Ara lagi.
'No'
Ara senyum sambil mengangguk kecil.
'Okay, kalau macam tu. Good night. Tidur tempat lain malam ni. I don't want to hear any excuse. Awak nak keluar dari rumah ni ke terpulang kat awak' kata Ara merajuk.
Dia terus naik keatas.
Kaysher pula masih tercegat berdiri di situ.
'Kay, pergilah pujuk, yang you berdiri macam patung cendana ni buat apa?' marah Bella.
Yang lain hanya buat muka kesian pada Kaysher.
Kaysher menjeling tajam kearah Mario yang menyebut nama panggilan tersebut. Dia tak terfikir pun orang itu pelakunya.
'Seramnya dapat wife macam Ara tu. Kaysher pun tercengang apa lagi kita' kata Mario pada Martin.
'Kau lah, mulut tu jangan nak cakap lepas je. Kan dah padah kau nanti kena hadap si Kay tu. Good luck bro' kata Martin membuatkan Mario kecut perut.
'Tolong aku, Martin' kata Mario.
'Tulah gatal nak bersuara lagi. Sekarang tanggunglah sendiri' kata Damien sambil tertawa pada Mario.
'Ben, tolong aku Ben' mohon Mario.
'Pandai-pandai kau la labu. Boss aku bukan Kay' kata Ben selamba.
'Ash, kau je harapan aku. Kau jangan sampai aku... hehehe...' ugut Mario. Dia menghampiri Bella yang berada di sebelah Asher.
'Eh, kau nak buat apa? Kau cuit dia sikit siap kau, hilang kepala kau nanti' kata Asher pula lalu menarik Bella menjauhi Mario.
'Good luck' kata Bella lalu dia tertawa.
Done chapter 90. Alamak! Ara merajuk pula dah! Macam mana Kaysher nak pujuk eh? Jangan lupa vote tau guys. Bubyee...
YOU ARE READING
Twins Lover {Complete}✔️✔️
RomansaStart: 5/10/21 End: 20/3/23 Tengku Arabella Alexandra dan Tengku Isabella Alexandrea ialah kembar seiras tapi tak sama perangai. Ara ialah kakak manakala Bella ialah adik. Mereka berumur 17 tahun. Mereka juga terkenal di sekolah dengan gelaran "kem...