Dani menghempaskan tubuh kekarnya di atas sofa pejabatnya yang empuk.Jadualnya yang padat hari ini membuatkan tubuh badannya begitu penat.Sudahlah perlu bangun awal pagi bersiap-siap ke ofis untuk menerima kunjungan daripada pelabur dari Turki,perlu pula berpanas di tapak projek bangunan 36 tingkat yang hampir siap dibina oleh syarikatnya.
Hari ini baru 6 haribulan tetapi dek kerana jadual bulan ini begitu padat dan memenatkan,dia bercadang untuk pergi bercuti hujung bulan nanti untuk rehatkan badan dan tenangkan fikiran sebelum projek
baru dimulakan pada bulan depan.Sedang Dani berehat sambil memejam mata di sofa empuknya,tiba-tiba pintu diketuk oleh seseorang iaitu Nadim,pengurus projek syarikat merangkap BFF nya.
Bro,jom lepak mlm ni.Pelawa Jejaka kacak dan bujang berusia 32tahun itu.Boleh dikatan setiap hujung minggu pasti dia akan mengheret Dani mengikutinya ke kelab malam.Dani sekadar ikut teman sahaja dan tidak berniat untuk mencari perempuan kerana dirinya bukan jenis mudah untuk menggauli perempuan.
Mana? Butterfly club lagi? Taknak la bro.Aku bosan la situ.Ujar Dani.
Ehh tak la bro.Ni ada port baru.High class weh.Perempuan gred A punya.
Hah boleh la.Tapi aku gerak lambat sikit.Pukul 11 aku sampai sana.
Ok set..
YOU ARE READING
MY SEXY MR DANI
RomanceTinggi, kacak, matured, smart, kaya, luxury lifestyle.Itulah antara tarikan yang ada pada Dani yang membuatkan para wanita ingin mendekatinya. Bukan mudah seorang lelaki bernama Dani jatuh cinta pada mana-mana wanita. Baginya semua wanita yang diken...