MAKLUMAT

385 11 0
                                    

'Kenapa asyik tak dapat ni'.

Bebel Khaleesa sebaik sahaja panggilannya masuk ke kotak voicemail Tiara. Masuk hari ini sudah 3 hari Tiara gagal dihubungi.

Bukan itu sahaja, malah mesej yang dihantar juga hanya satu tick menandakan telefon bimbit tidak dihidupkan.

'Baby, what's up?'. Sapa Dani ketika melihat Khaleesa yang sedang kusut duduk di atas kerusi pantai sambil melihat adik-adiknya bermain bola tampar bersama Rafael, Han, Bella dan Jimmy.

Sudah seminggu mereka berada di Langkawi . Di sana mereka menginap di Resort milik Dani untuk membawa adik-adik Khaleesa bercuti sempena Cuti sekolah.

'Tiara ni. Entah kenapa dah seminggu off handphone. Last seen whatsapp pun seminggu lepas. I risau la. Dia tak pernah macam ni'. Luah Khaleesa.

'Line dekat sana tak okay kot. Atau dia dah tukar nombor baru'. Kata Dani cuba menyedapkan hati Khaleesa.

Sejujurnya dalam hati dia mula timbul perasaan yang kurang enak. Ini kerana sejak pertemuan pertama dia dan Remy tempoh hari, dia merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan lelaki itu. Tetapi dia tidak mahu menyuarakan isi hatinya itu terhadap khaleesa. Bimbang jika gadis itu risau.

'Seminggu kot. Takkan la line tak okay lagi. Dia bukannya duduk ceruk kampung sangat. And no way dia tukar nombor baru tak bagi tahu I!'.

'Macam mana kita nak ke sana kalau nak contact dia pun tak dapat'. Kata Khaleesa lagi.

'You tahu alamat dia?'. Soal Dani.

'Tak tahu. I lupa nak tanya dia. My bad'. Kata Khaleesa dengan nada sedih.

'It's okay. It's not your fault. Tak apa, nanti lagi dua tiga hari, you try contact dia lagi. Okay?'.

Dani cuba memujuk Khaleesa. Rambut gadis itu diusap lembut. Kemudian dia merangkul kepala gadis itu dekat di dadanya.

'Kalau tak dapat contact dia jugak, how?'. Khaleesa menyoal Dani semula.

'Kalau still tak dapat, I akan hantar orang-orang I ke sana untuk cari dia. Don't worry. Bukan besar mana pun negeri tu'.

'Kaklong, abang Dani. Boleh tak kalau Awi nak naik jetski. Awi tak pernah naik. Teringin sangat'. Kata Awi, adik bongsu Khaleesa.

'Boleh. Jimmy, tolong bookingkan lima jetski'. Arah Dani.

'Lima? Tak cukup tu tuan. Saya nak bawa sorang-sorang. Nak race dengan Jimmy dan Raf'. Kata Han.

'Awi nak bawa sendiri jugak. Boleh?'. Soal Awi sambil tersengih-sengih.

'Tak boleh. Awi kecil lagi. Abang Dani naik dengan kaklong. Khaleed bawa Awi. Kak Bella bawa kakngah. Yang tiga orang tu, biar dengan dunia dia'. Kata Dani.

'Hmm. Okay lah macam tu'. Jawab Awi dengan sugul.

Jimmy terus meminta diri untuk mencari tempat menyewa jetski. Kemudian dia datang bersama enam buah jetski yang dibawa oleh beach boy. Mereka masing-masing naik ke atas jetski dan mula berjalan mengelilingi pulau.








'Tak siap lagi? Cepat lah sikit. Customer dah tunggu tu'. Arah Remy sebaik sahaja melihat Tiara masih lagi baring di atas katil yang baru dibelinya.

'Aku tak nak, Remy. Aku penat'. Jawab Tiara dengan wajah yang sugul.

'Ada aku kisah?. Kalau kau taknak siap sekarang, aku jual kau dekat ahlong tu. Nak?!'.

'Sampai bila aku nak kena buat kerja kotor macam ni, hah?. Aku penat la setiap malam nak kena layan jantan-jantan bodoh tu. Tolong la faham'. Rayu Tiara.

MY SEXY MR DANIWhere stories live. Discover now