Khaleesa dan Bella sedang enak menikmati makan tengahari yang disediakan oleh Mak Som dan Ainul. Sesekali mereka tertawa kecil apabila berborak tentang gossip-gossip yang hangat di internet.
'Hai, Cik Khaleesa, Bella. Harini nak saya hantar kemana?'.
Soal Han sambil mengambil sebiji gelas dari dapur dan menuang penuh air ribena laici didalamnya kemudian diminum dengan penuh rakus. Tiada setitik pun yang tinggal di dalam gelas itu.
'Amboi, hausnya!. Minum perlahan lahan la. Duduk makan dulu, Han'. Tegur Khaleesa.
'Saya masih kenyang, Cik Khaleesa. Pagi tadi makan nasi kerabu dekat kampung baru'. Jawab Han.
'Harini saya dan Bella nak girls-day-out. Awak hantar saya ke shopping mall yang saya selalu pergi tu ya'. Arah Khaleesa.
'Wow!! Best nya. Tapi Tuan Dani dah arahkan saya untuk ikut Cik Khaleesa sekali. Dia risau nak biarkan cik Khaleesa jalan berdua je dengan Bella'. Kata Han.
'It's okay, Han. Bella ada untuk teman saya. Awak mungkin tak tahu yang Bella ni ada basic martial arts. So kalau ada apa-apa, di boleh protect saya'. Khaleesa cuba meyakinkan Han.
Bukannya dia tidak mahu Han ikut, cuma hari ini dia hendak berjalan berdua dengan Bella. Nak buat rambut, buat kuku, lepastu nak melihat koleksi baru pakaian dalam di butik Victoria Secret. Kalau han ikut sekali, dah tak jadi girls day out la.
'Kalau awak nak ikut juga, awak kena jadi perempuan. Nanti pakai baju saya, kasut saya, wig saya'. Seloroh Khaleesa.
'Lepastu awak bolwh tukar nama perempuan. Kita boleh panggil awak 'Hani'. Nak?' Bella menambah perisa.
Kemudian gadis berdua itu bergelak sakan. Sesekali mereka menampar bahu masing-masing tidak dapat mengawal ketawa. Han yang pada mulanya masam mencuka itu turut ikut ketawa.
Disebalik gelak tawa dua gadis cantik itu, ada sepasang mata yang sedang merenung tajam dari arah dapur. Renungan mata yang penuh dengan cemburu dan hasad dengki.
'Over betul si Bella tu, Mak. Dah la pembantu peribadi je. Melebih-lebih pulak. Kerja dah lah senang, siap dapat macam-macam lagi'. Omel Ainul.
'Tulah kau. Taknak buat baik dengan si perempuan tu. kalau tak, dapat lah kau hidup senang. Ni tak, jadi orang gaji'. Bebel Mak Som.
'No way!'.
'Tak hingin la Ainul jadi kuli dia, mak'.
'Abistu yang kau selalu ikut aku datang sini jadi orang gaji ni, bukan kuli ke?'. Soal Mak Som sambil mencekak pinggang.
'Ainul dekat sini bukan suka-suka, mak. Ainul ada rancangan Ainul sendiri. Mak ingat Ainul hadap sangat ke jadi orang gaji?'.
'Kau dekat sini sebabkan Tuan Dani kan? Tapi kenapa mak tengok macam dah tak ada harapan je kau nak dapatkan Tuan Dani tu?'.
'Sudahlah Ainul, lupakan je lah hasrat kau tu. kau tu muda lagi, lebih baik kau fokus dekat diri kau. Haritu cakap nak datang sini tolong mak sekali-sekala, ni dah macam selalu sangat ni'. Bebel Mak Som.
'Eh, mak ni. Ainul tahu la apa Ainul nak buat. Ainul dah plan baik-baik dah apa yang Ainul nak buat dekat sini. Mak relaks je okay?'.
'Plan apa pulak ni? Plan untuk dapatkan Tuan Dani ke? Kau ni bukan boleh harap pun. Tah menjadi tah tidak'.
'Aduii. Ada lah. Mana boleh bagi tahu mak. Nanti jadi tak best. Plan Ainul kali ni mesti mak tak jangka. Mak dah tak sabar kan nak tengok Tuan Dani halau perempuan tu dari rumah?'. Soal Ainul dengan teruja.
'Memang la aku tak sabar sangat nak Tengok perempuan tu kena halau. Semuanya sebab kau tau. Aku nak kau dapatkan Tuan Dani tu. supaya kau hidup senang'.
'Tapi tah la, macam tak kesampaian je hasrat aku ni'. Kata Mak Som sambil menjelingkan matanya.
'Mak sabar tau, sikit lagi Ainul nak jalankan plan Ainul ni. Ainul tak boleh gelojoh. Kena take time. Nanti dah sampai masa, baru Ainul bertindak'.
'Assalamualaikum'.
Rafael yang muncul dari pintu dapur memberi salam.
Ainul dan Mak Som terkejut sebelum menjawab salam Rafael.
'Waalaikumussalam'. Jawab Ainul dan Mak Som serentak.
Rafael merenung tajam ke arah mereka berdua. Sakit hatinya tempoh hari masih lagi ada.
'Tadi macam ada dengar orang sebut plan plan ni. Nak plan apa tu?'. Soal Rafael sambil menjungkitkan keningnya.
'Mm.. mana.. Mana ada sapa-sapa cakap pasal plan'. Kata Ainul tergagap-gagap. Takut jika Rafael mendengar seluruh perbualan bersama ibunya mungkin.
'Yeke? Tapi tadi macam ada dengar. Betul tak Mak Som?'. Rafael cuba menduga Mak Som pula.
''Eh, tak ada apa la. Kitorang berdua ni plan nak pergi spa lepas kerja ni. Sakit-sakit badan pulak rasa. Betul tak, Ainul?'. Mak Som mencuit lengan Ainul.
'Ha! betul lah tu. Ainul dengan mak nak pergi spa balik nanti'. Jawab Ainul dalam ketakutan.
'Spa? Tapi tadi dengar macam plan benda lain je. Macam plan benda jahat'. Rafael tersenyum.
'Sudah la, Raf. Dah lah muncul entah dari mana-mana, tiba-tiba je nak menyampuk. Jom mak, kita pergi kemas ruang tamu. Buang masa je layan mamat ni'.
Ainul menarik tangan ibunya keluar dari dapur.
Rafael senyum mengejek lalu ke arah ruang makan untuk makan tengahari bersama Khaleesa ,Bella dan Han.
'Hai, Cik Khaleesa'. Sapa Rafael.
'Hai Raf. Eh, bukan ke sepatutnya awak ikut Tuan Dani ke Manila malam tadi?'.
'Ya, Cik Khaleesa . Saya gerak petang nanti dengan Kamil. Kami gerak lambat sebab nak uruskan beberapa perkara dekat sini'. Jawab Rafael.
'Cik Khaleesa, Tiara ada contact dengan cik tak?'. Soal Rafael.
'Ada. Masa mula-mula dulu hari-hari kami ada berhubung. Tapi sekarang dah jarang dah. Kenapa tu, Raf?'.
'Nothing. Saja tanya'. Jawab Rafael.
'Are you sure, Raf?'. Khaleesa seolah ingin menduga Rafael.
'Dia apa khabar?. Is she okay?'.
'She's fine. Don't worry, Raf'.
Khaleesa cuba untuk menyenangkan hati Rafael. Tidak mahu lelaki itu terlalu risau memikirkan tentang Tiara.
'Hmm.. I just want to make sure she's safe. Itu je Cik Khaleesa. Tak apa lah kalau Cik Khaleesa cakap macam tu. lega sikit hati saya'.
'Don't worry, Raf. Kalau ada apa-apa, I will inform you, okay?'.
'Okay, Cik Khaleesa'. Rafael tersenyum.
Tbc
YOU ARE READING
MY SEXY MR DANI
RomanceTinggi, kacak, matured, smart, kaya, luxury lifestyle.Itulah antara tarikan yang ada pada Dani yang membuatkan para wanita ingin mendekatinya. Bukan mudah seorang lelaki bernama Dani jatuh cinta pada mana-mana wanita. Baginya semua wanita yang diken...