Dani terjaga pada pukul 7.30 pagi. Dia bingkas bangun dan mandi kemudian dia turun ke bawah untuk sediakan sarapan untuk Khaleesa.
Sementara itu di stesen bas,
8.15 a.m
12.15 p.m
3.45 p.m
6.30 p.mKhaleesa melihat jadual perjalanan bas Rania Express yang menuju ke Kuala Lumpur.
'Sekarang pukul 7.40 pagi. Pukul 8 pagi baru kaunter buka. Harap-harap aku sempat naik bas sebelum Dani jumpa aku'. Khaleesa memonolog dalam hati.
Bukan dia berniat untuk melarikan diri. Cuma dia tidak tahu bagaimana untuk dia berdepan dengan jejaka itu setelah insiden malam tadi. Lagipun apa nak dihairankan. Cik Khaleesa ni kan suka lari-lari.
Big breakfast set dan jasmine tea telah siap dihidang si atas dulang. Kemudian dengan hati-hati dia menatang dulang itu menuju ke bilik Khaleesa.
Tok tok tokk.....
Pintu bilik Khaleesa diketuk.
'Dear, are you awake?' Soal Dani.
Soalan nya tidak dijawab. Lalu dia cuba memanggil nama gadis itu sambil mengetuk lagi pintu bilik itu.
Tok tok tokkk... 'Khaleesa sayang, dah bangun ke?'.
Lagi sekali tidak dijawab.
'Tidur mati ke dia ni?. Kata Dani sambil memulas tombol pintu bilik itu.
Kkrreeekkkk.... Pintu bilik terbuka.
Alangkah terkejutnya Dani apabila melihat bilik itu telah kosong. Bukan sahaja Khaleesa tiada, malah segala barang-barang gadis itu turut tiada di dalam bilik itu. Tidak semena-mena dulangnya terlepas dari tangan.
Pprraaanngggg.... Bunyi pinggan dan cawan pecah di lantai. Lantas Dani berlari ke biliknya untuk mengambil telefon bimbitnya lalu nombor Khaleesa didail.
"Harap maaf, nombor yang anda dail, tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi"
'Shit!! Dia off phone. Lalu Dani menghantar mesej kepadanya dengan harapan, dia akan membacanya apabila dia sudah on telefon bimbitnya semula nanti.
"Where are you, Khaleesa?? Kenapa you buat I macam ni? Please reply me if you read this message"
Dani buntu. Lalu dia menelefon seseorang.
'Assalamualaikum, pakcik Zain. Maaf ganggu pagi-pagi ni. Saya nak mintak tolong sesuatu boleh?'
- 'waalaikummussalam. Insyallah boleh. Tolong apa tu?'.
'Kawan saya yang semalam tu pakcik. Malam tadi ada sedikit salah faham. Lepastu pagi ni saya tengok dia dah lari. Barang-barang dia semua dah tak ada ni. Boleh tak kalau pakcik tolong saya cari kan dia dekat area sini?. Kita cari sama-sama. Kita berpecah'.
- Boleh tu memang boleh. Tapi nak tahu pukul berapa yang dia keluar?. Kalau baru lagi, insyallah boleh jumpa. Tapi kalau dah lama, dia dah balik KL la tu'.
'Balik KL macam mana nya, kami datang sini naik kereta saya. Dia jalan jalan kaki tu. saya yakin dia masih ada disini'.
- Eh kamu ni. Tak tahu ke yang sekarang ni dah ada bas express ke KL sana tu?. Tu lah kamu, dah lama tak balik sini, sampai dah ada bas pun kamu tak tahu'. Kamu pergi ke stesen bas dekat pekan tu sekarang. Cari dia disana. Sambil tu pakcik cuba cari di kawasan jalan besar sana.
YOU ARE READING
MY SEXY MR DANI
RomanceTinggi, kacak, matured, smart, kaya, luxury lifestyle.Itulah antara tarikan yang ada pada Dani yang membuatkan para wanita ingin mendekatinya. Bukan mudah seorang lelaki bernama Dani jatuh cinta pada mana-mana wanita. Baginya semua wanita yang diken...