ONE NIGHT WITH YOU

3.6K 17 0
                                    

Mereka tiba di pantai Bagan Lalang tepat jam 10.10pm. Keadaan pantai pada malam itu agak lengang tidak seperti hujung minggu kebiasaannya, di mana suasana agak meriah dengan pengunjung yang mengambil angin seperti mereka dan ada juga yang berkhemah. Kelihatan ada beberapa penjaja gerai yang sudah mula berkemas-kemas ingin pulang.

You nak air? Jagung bakar pun ada tu tadi i nampak, soal Dani kepada khaleesa sambil mengeluarkan kerusi healing di bonet kereta Mercedes Benz S600 miliknya. Sengaja mahu tukar-tukar kereta memandangkan dia memiliki 5 buah kereta.

'I nak air mineral je. Makan taknak. You beli la untuk you je. I tunggu kat situ ya'. Jawab Khaleesa sambil menunjuk ke arah persisiran pantai yang dipilih nya. Kawasan itu betul-betul disimbah dengan cahaya bulan.

'Kak, nak air mineral 1, soda herbs 1 ya'.
Kata Dani sambil menghulurkan not RM10 kepada makcik yang meniaga minuman di gerai itu.

Okay, dik. Rm5 semuanya. Awak jangan lama-lama di sini ya. Dalam pukul 12 malam nanti air dah mula pasang, takut jalan keluar dekat hujung tu dah melimpah naik. Nanti tak lepas pula balik. Kata peniaga itu kepada Dani.

Betul ke kak? Patut tak ramai orang mlm ni ya. Takpa, nanti pukul 11.30 saya gerak balik ya. Terima kasih kak. Kata Dani sambil menyambut air yang dihulur penjual itu.

Nah. Mineral water for you, and soda herbs for me.

'Thanks'. Jawab Khaleesa. Makcik tu cakap apa tadi dekat you? I nampak macam serius je muka dia. Sebenarnya Khaleesa memerhati Dani semasa dia beli minuman tadi.

' Owh, takde apa la. Makcik tu cakap jangan duduk rapat-rapat takut pencegah maksiat datang. Tapi okay apa, boleh kahwin free'. Dani cuba menipu Khaleesa kerana tidak mahu gadis itu risau.

' Amboi mulut you. Sorry ya it's to early to me okay'. Kata Khaleesa sambil mencubit pinggang Dani. Mana mungkin dia mahu kahwin awal. Terlalu besar tanggungjawab dia kepada keluarga.

You tak jawab jujur dengan I lagi. Kenapa you ignore i haritu? I ada buat salah ke?.

I'm sorry I have no answer for that. I pun tak tahu kenapa I ignore you. Just forget it, okay? Pujuk Khaleesa sambil memegang tangan Dani.

Okay. And I hope you didn't do it again, promise? Kata Dani sambil menghulurkan jari manisnya tanda janji.

'Pinky promise'. Khaleesa menyilangkan pula jari kelingkingnya dengan jari Dani. Lalu mereka menghabiskan masa mereka pada malam itu dengan berborak tawa sambil menghayati deruan ombak.

Sedar tidak sedar, jam menunjukkan jam 12.30am. Dani mula panik tapi dia tidak mahu tunjuk kepada Khaleesa. Peniaga itu beritahu yang air akan mula melimpah di hujung jalan keluar dahulu kerana keadaan pesisir pantai yang pendek .

Nampak gaya nya I dah kena hantar you balik ni. Plus I kena tambah you 1 ribu sebab lewat 1 jam, kata Dani sambil ketawa.

Hahahaha. Tu lah nak sangat bawa i jauh-jauh kan. Jom la balik. I tengok ombak pun makin kuat ni. Air pun dah nak dekat dah dengan kita. Takut la I.

Khaleesa mula melipat kerusi dan menuju ke kereta. Para 'campers' juga sudah mula masuk ke khemah masing-masing untuk tidur dan para pengunjung sudah mula beredar pulang.

Nak takut apa. Ombak tak makan orang la. Lagipun I kan ada?. Kata Dani sambil ketawa. Mereka mula memasuki kereta dan mulakan perjalanan.

Semasa dalam perjalanan, jalan keluar betul-betul dinaiki air seperti yang diberitahu peniaga itu.Kelihatan beberapa petugas keselamatan mula menjaga lalu lintas.

"Assalamualaikum, bang. Nak pergi mana?". Soal petugas itu kepada Dani.

'Nak balik KL ni dik. Kenapa?

MY SEXY MR DANIWhere stories live. Discover now