BANGLO RAMONA (MATURE)

2.9K 20 2
                                    

Khaleesa tergamam apabila melangkah masuk ke dalam banglo lama bewarna putih yang berkonsep 'classic English style' itu. Biarpun usianya lama, tetapi nampak masih kukuh dan cantik.

'Besar gila rumah ni, you. Ni rumah siapa?. Berapa you sewa sini satu malam?. Mesti mahal gila ni.

Khaleesa sedikit teruja. Ini kali pertama dia melihat banglo secantik dan sebesar ini di Cameron Highland. Ini kerana banglo itu dibina di tanah persendirian dan agak terpencil dari tempat tumpuan orang ramai.

'You suka?' Dani bersoal kepada Khaleesa.

'Suka, tapi besar sangat ni. Kita duduk berdua je. Buat rugi je bayar sewa mahal-mahal'.

'Siapa cakap I sewa?'

'Habistu kalau tak sewa, takkan la duduk free?. Amboi ingat ni rumah kerurunan nenek moyang you ke?'.

Khaleesa terdiam apabila menghabiskan ayatnya tadi. Rumah nenek moyang?.

'Aduh!!. Celupar betul la mulut aku ni!'. Bisik Khaleesa didalam hati sambil menepuk-nepuk bibirnya.

'Ya, betul lah. Ini rumah moyang I. Turun kepada datuk I, and then turun ke ayah I. But now, this damn huge bungalow is mine'. Dani berbisik rapat ke telinga milik Khaleesa.

'Sorry, you. I main lepas je cakap tadi. Tak sangka betul-betul rumah moyang you. I'm sorry, okay?

'Nah, it's okay. Small matter. Dah, jom. Kita naik atas tengok bilik. Rumah ni ada 7 bilik. You can choose any room you want, but I think it's better if you stay next to my room. Senang kalau ada apa-apa'. Dani memberi cadangan.

'I okay je. Yang penting bilik I ada water heater. I taknak mandi air sejuk pagi-pagi'. Kata Khaleesa sambil tersengih-sengih.

'Don't worry,baby. Semua bilik ada heater. Come, I show you the room'. You rest dulu, nanti malam kita keluar dinner ya.

Khaleesa melabuhkan tubuhnya ke katil empuk saiz king itu. Walaupun sekarang pukul 2petang, tetapi cuaca disitu betul-betul sejuk. Sejuk dari kebiasaan bila dia kesana sebelum-belum ini.

Dia mahu melelapkan mata sebentar. Alarm clock dikunci ke jam 6 petang.

Dani menghirup segelas teh panas yang disediakan oleh pakcik Zain sambil membaca tabloid tentang bisnes di ipad nya.Jam tangan dikerling.

'7.30pm. Kejap lagi turun lah dia'. Dani bermonolog disalam hati. Sambil-sambil membaca, pakcik Zain datang meminta izin untuk pulang.

'Pakcik balik dulu ya encik Dani. Tadi pakcik ada beli sikit barang dapur yang kamu pesan. Semua pakcik dah simpan dalam peti ais. Apa-apa kamu call pakcik ya'.

'Baik, pakcik'. Dani bersalaman dengan pakcik Zain sambil selitkan beberapa not RM100.

'Eh, untuk apa pulak ni Encik Dani?. Pakcik Zain kehairanan.

'Ambil lah. Buat belanja. Pakcik tak payah panggil saya Encik la. Kekok pulak saya. Panggil saya Dani je'. Dan lagi satu, pastikan tak ada sesiapa yang tahu saya bawa perempuan ke sini. Pakcik faham kan?

'Ermm. Pakcik faham sangat. Jangan risau lah'. Kata pakcik Zain.

Bukan dia mahu bersubahat tetapi dia tidak mahu campur urusan peribadi Dani. Dia sudah berusia tiga puluh empat tahun. Lebih dari matang untuk berfikir mana yang baik atau buruk.

Khaleesa turun ke ruang tamu sambil memakai dress lengan panjang paras peha. Dia tidak selesa dengan pakaian nya kerana cuaca apabila waktu malam semakin sejuk.

Sebelum turun tadi dia sempat melihat suhu cuaca dia telefon bimbitnya. 15 darjah celcius. Betul-betul sejuk ni.

'You tak sejuk ke?'. Soalan pertama yang keluar dari mulut Dani apabila melihat Khaleesa.

MY SEXY MR DANIWhere stories live. Discover now