DUA DALAM SATU

396 6 1
                                    

Aqilah membaca SMS tersebut sambil tersenyum.  Kemudian dia memberi isyarat mata kepada Sofia dan Maira menandakan mereka perlu memulakan aksi lakonan mereka.

Sofia berjalan dengan lenggokan manja ke arah bonzer yang sedang berdiri tegak di pintu dalam kelab tersebut. Hanya lelaki itu seorang sahaja yang menjaga di pintu belah dalam manakala dua orang lagi bonzer jaga di pintu luar.

'You, boleh tolong kawan I tak?. Dia macam nak pitam tu. Tak larat nak bawa dia ke tandas?'. Tanya Sofia dalam nada yang manja.

'Mabuk ke?'. Soal lelaki itu.

'Tak la you. Dia macam tak boleh bernafas. Sakit kepala.

Lelaki itu memandang ke arah kiri dan kanan seperti mencari seseorang.

'You cari siapa?'.

'I cari kawan I. Nak minta dia tolong you'. Mata lelaki itu meliar mencari rakan setugasnya yang tenggelam dalam lautan beratus manusia di dalam kelab tersebut.

'Ala. tolong sekejap je. Bukannya lama pun. Please'.... Rayu Sofia.

Lelaki itu tiada pilihan lain selain bersetuju untuk menolong gadis itu. Sofia membawa lelaki itu ke arah meja mereka. Ketika itu, Aqilah berpura sedang mabuk dan kepalanya dilentokkan di atas meja.

'Ni kawan kitorang. You tolong papah dia pergi toilet boleh? Mungkin dia sesak sebab ramai orang kot. Kitorang tak larat nak papah dia. I ikut sekali'. Kata Maira.

Lelaki itu mengangguk-angguk sambil memapah Aqilah ke tandas.

Setiba di tandas, Maira meminta diri untuk beredar. Dia memberi alasan ingin mengambil telefon bimbit untuk menghubungi rakannya untuk menjemput mereka memandangkan mereka datang bersama Aqilah.

'Miss, you okay tak?'. Soal lelaki itu kepada Aqilah setelah melihat gadis itu tidak dapat berdiri dengan stabil.

Aqilah mengerling ke arah nametag di dada  lelaki itu.

'Mirza'.

'Lah. Melayu rupanya'. Bisik Aqilah didalam hati.

'I need a space. I nak pitam. I sesak nafas'. Kata Aqilah sambil menggosok-gosok dadanya.

'Saya panggilkan ambulance ya?'. Kata lelaki itu sambil mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket.

'Don't!.

'I'm okay. I just nak relax sekejap je. You teman I boleh?'. Kata Aqilah dengan manja.

'Bukan taknak teman. Tapi saya kena jaga depan. Kebetulan harini 3 orang bonzer cuti. Tu yang tak cukup staff tu'. Kata Mirza.

'Alahh. Sekejap je. Orang pun tak ramai lagi ni. Mesti lah ada kawan awak tolong cover tu. By the way, nama I, Sally'.

Tangannya dihulur ke arah lelaki itu dan memperkenalkan dirinya sebagai Sally. Tak mungkin ingin menggunakan nama sebenarnya.

'Mirza'. Jawab lelaki itu sambil menyambut tangannya.

'Nice name'. Aqilah tersenyum manja sambil jarinya dileretkan di dada lelaki itu.

Lelaki itu meneguk air liurnya. Badannya kaku tidak dapat merespon apa yang gadis itu lakukan kepadanya.

'Miss dah okay ke?. Kalau dah okay, jom saya bawa miss ke meja kawan-kawan miss'.

Aqilah mendecit.

'Tak payah la nak ber 'miss' dengan saya. Panggil I dengan you sudah la'. Aqilah mencebik bibirnya yang dioles gincu merah terang itu.

'Okay okay. I'm sorry. Jom, I hantar you'. Pelawa Mirza.

'No. I tak rasa I okay sekarang ni. Kepala I jadi bingit. Rasa nak pecah. I nak rest for a few minutes. I don't think toilet is the right place. You ada tempat dalam club ni yang tak bising?'. Soal Aqilah dengan menggoda.

MY SEXY MR DANIWhere stories live. Discover now