'Jom, masuk. Semua orang Tak ada dekat tumah. Tuan Dani dan Sam ada di Bali. Cik Khaleesa, Jimmy, Han dan Bella ada di Sarawak. Tak tahu bila dorang balik. Tuan Dani minta you tidur dekat bilik Cik Khaleesa je. Semua barang dah ada dah'. Kata Rafael.
'Siapa Bella?'. Soal Tiara.
'Nanti awak tahu lah'.
Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi. Setelah kira-kira empat jam perjalanan, mereka tiba di villa Dani dengan selamat. Namun Rafael sedikit ralat kerana tidak sempat berjumpa dan mengucapkan terima kasih dan salam perpisahan dengan tiga gadis yang membantunya dalam misi menyelamatkan Tiara.
'Raf, teman I tidur malam ni, please?. I masih trauma dengan apa yang berlaku. I takut'. Kata Tiara.
Rafael diam.
'You mandi, tukar baju dulu. Baju boleh pilih dalam almari. Pakai je mana yang you nak. Nanti I bawa you tidur dekat bilik I dekat rumah bujang sebelah ni. I tak selesa nak tidur dekat bilik Cik Khaleesa . Bilik tetamu pun I tak selesa kalau Tuan Dani takda dekat rumah. I tunggu dekat luar'. Kata Rafael.
Tiara mengangguk.
Dia lari pada malam itu sehelai sepinggang sahaja. Mujur dia sempat membawa telefon bimbitnya yang mempunyai kad pengenalan dan barang-barang peribadi.
Setelah 20 minit mandi. Tiara keluar dengan memakai sepasang baju tidur satin lengan panjang bewarna hitam. Walaupun baju itu longgar dan panjang, Tiara tetap kelihatan sexy dek kerana tubuh badannya memang menggoda. Rambutnya yang belum cukup kering menambahkan lagi keseksiannya.
Rafael menelan air liur ketika melihat Tiara keluar dari bilik. Ini kali pertama dia melihat wajah Tiara tanpa secebis solekan. Cantik, kulitnya bersih. Selalunya Tiara memang akan mengenakan solekan yang tebal.
'Kenapa you pandang I macam tu?'. Soal Tiara kehairanan.
'Kan cantik macam ni. Tak perlu make up tebal pun, ni lagi berseri'. Puji Rafael.
Tiara tersipu malu.
'Jom, I dah penat ni. Nak tidur. Esok pagi Mak Som datang. Nak kemas rumah dan masak untuk sambut Tuan Dani balik'. Kata Rafael sambil memimpin Tiara turun ke bawah dan keluar dari villa we itu menuju ke rumah bujang bodyguard-bodyguard Dani.
'Maksom dengan Ainul tahu ke I balik sini?'. Soal Tiara semasa mereka sudah tiba di bilik Rafael. Dia memandang sekeliling bilik itu. Kemas dan bersih. Walaupun agak kecil, lengkap dengan bilik air dan penghawa dingin. Bilik Rafael dibahagian depan sekali. Paling besar dan berdinding separuh kaca ditutupi langsir tebal.
'Tak. Dia tak tahu. I ada dekat sini pun dia tak tahu sebab dia ingat I tengah cuti lagi. Balik Fraser Hill'.
'You tengah cuti ke?. Sorry kalau I susahkan you, Raf'. Kata Tiara.
'Tak susahkan pun. Selagi you tak ada dekat dengan I, itu yang buat I susah'. Kata Raf sambil merenung ke arah mata Tiara.
Tiara terdiam.
Ketika itu, mereka berdua sedang duduk di hujung katil.
'You tidur lah sini. Ni bilik I sorang. Rumah ni ada 3 bilik. Sorang satu'. Kata Rafael sambil mengambil sehelai selimut dan bentangkan di lantai.
'You buat apa tu?'. Soal Tiara.
'I tidur bawah la'. Jawab Rafael.
'Kenapa taknak tidur atas katil dengan I?'.
'Saja. Nak bagi you tidur nyenyak sikit. I tidur lasak tau'. Jawab Rafael sambil ketawa.
Tiara terdiam.
YOU ARE READING
MY SEXY MR DANI
RomanceTinggi, kacak, matured, smart, kaya, luxury lifestyle.Itulah antara tarikan yang ada pada Dani yang membuatkan para wanita ingin mendekatinya. Bukan mudah seorang lelaki bernama Dani jatuh cinta pada mana-mana wanita. Baginya semua wanita yang diken...