PAKSA

766 18 0
                                    

Sudah genap seminggu Khaleesa berada di kampung untuk menguruskan hal kematian arwah ayahnya. Dia bercadang untuk pulang keesokan harinya kerana urusannya telah selesai di kampung.

Sedang dia mengemas baju-bajunya di dalam beg, pintu bilik ditolak lalu ibunya terpancul di muka pintu.

'Kaklong, ibu nak cakap sikit ni' kata ibunya.

'Apa dia, bu?'.

'Haritu merasa juga lah gaji abah sebab cuti lama lepas operation tu, bos syarikat abah kira sebagai cuti sakit. Ni abah dah tak ada, tak dapat la duit gaji dia. Nak keluarkan duit pencen abah pun, kena tunggu lama. Bukan boleh terus keluar. Kaklong faham kan?' Luah ibu Khaleesa.

'Faham, bu. Tak apa, esok sebelum kaklong balik, kaklong tinggalkan duit sikit untuk ibu dengan adik-adik'. Kata Khaleesa.

'Terima kasih kaklong. Ni lagi satu, haritu Fakri ada jumpa ibu. Dia nak minta masuk meminang. Ibu dah cakap dah ibu kena tanya kaklong dulu. Kaklong terima lah Fakri tu. Dia keluarga beharta. Insyallah hidup kita senang lepaani'. pujuk ibunya.

'Apa ni ibu. Berapa kali dah kaklong bagitahu, kaklong tak nak dengan Fakri tu. kaklong kawan je dengan dia. Kawan dari kecik. Sikit pun kaklong tak ada perasaan dengan dia. Ibu faham la'.

'Ye ibu faham. Tapi kaklong tak boleh ke fikir pasal keluarga sikit. Fikir adik-adik. Dorang tu semua sekolah lagi tau. Tu kakngah dengan Aled, lepas habis STPM dengan SPM mesti nak sambung belajar ke universiti. Takkan nak jadi macam kaklong juga. Belajar tah kemana kerja pun tah kemana. Ada kaklong fikir tu semua nak pakai duit?'. Bentak ibunya.

'Adoii ibu ni. Kan kaklong dah cakap, adik-adik semua kaklong akan tanggung. Kaklong akan uruskan. Dekat mana yang ibu tak faham lagi ni?'. Tempelak Khaleesa.

'Kau yang tak faham. Aku nak bagi kau hidup senang. Kau pun tak payah la nak duduk KL tu lagi. Gaji pun tak seberapa. Silap-silap, duit bos kau tu pun Fakri dengan bapak dia boleh bayar tau'.

'Ibu nak kaklong hidup senang ke atau ibu nak hidup ibu yang senang?. Dah la. Kaklong malas nak gaduh dengan ibu. Kaklong nak balik malam ni juga. Serabut la duduk sini'. Kata Khaleesa.

'Tu lah budak zaman sekarang. Tegur sikit dah melenting. Lantak kamu la. Aku malas nak layan kamu'.

Ibu Khaleesa keluar dari bilik sambil menghempas pintu. Khaleesa pantas mengambil telefon bimbitnya lalu menelefon Dani.

'Hello, datang ambil I sekarang. I nak balik'.

'Eh, bukan you nak balik esok pagi ke?' Soal Dani kehairanan.

'I nak balik sekarang. Serabut la duduk sini. I nak balik'. Bentak Khaleesa.

'Okay-okay. I siap-siap sekarang'.

Dani segera bangun dari katil. Han dan Rafael diminta turut sekali. Dia baru sahaja hendak merehatkan badan setelah pulang dari kerja. Badannya penat. Itu sebab dia membawa bodyguard nya itu. Boleh drive ke Pahang.

'Tepat pukul 9.10 malam, dani tiba di luar rumah Khaleesa. Khaleesa turun sambil diiringi Khameela dan Awi.

'Abang Dani'. Awi berlari memeluk Dani.

'Awi rindu la abang Dani'. Kata Awi.

'Abang pun rindu Awi juga. Awi macam mana sekarang? Masih bersedih?' Soal Dani.

'Tak dah. Dani kuat. Tapi kadang-kadang bila Dani teringat arwah abah, mesti Dani nangis sorang-sorang. Dani nak luahkan tapi tak ada tempat'. Kata Awi.

'Ala.. Kesiannya Awi. Nah, ini name card abang. Bila-bila Awi rasa nak ada kawan berborak, atau Awi nak luahkan apa-apa, Awi call je abang tau'. Kata Dani sambil mengeluarkan name card nya dari wallet.

'Baik, abang Dani. Nanti kalau Awi nak call, Awi kena cari public phone la. Tak pun Awi pinjam handphone kakngah. Sebab Dani tak ada handphone'.

'Lah. Yeke? Tak apa, next time kalau abang datang sini lagi, abang bawa Awi beli handphone ya. Tapi janji jangan salah guna. Jangan asyik main phone sampai pelajaran terganggu'. Kata Dani.

'Baik, abang Dani'. Kata Awi sambil tersenyum.

'Abang Dani drive elok-elok ya. Terima kasih susah-susah jemput kakak kami'. Kata Khameela.

'Sama-sama. Ni ada duit sikit. Bahagi dengan Awi dan Aled. Buat belanja sekolah'. Kata Dani sambil menghulurkan 20 keping duit RM50

'Eh, banyak sangat ni abang Dani'. Saya pun tinggal lagi sebulan lebih je sekolah'.

'Tak apa. Ambil buat belanja'. Dani mengambil tangan Khameela dan meletakkan duit itu di atas tangannya.

'Terima kasih banyak abang Dani. Jasa abang Dani dekat keluarga kami tak dapat kami balas'. Kata Khameela.

'Sama-sama. Abang ikhlas tolong. Khameela jaga ibu dengan adik-adik ya'. Kami pergi dulu'. Kata Dani sambil masuk ke dalam kereta bersama Khaleesa.

Kemudian kereta mereka bergerak meninggalkan dua beradik itu.

Kini tanggungjawab untuk menyara mereka sekeluarga sepenuhnya di bahu Khaleesa manakala tanggungjawab menjaga ibu dan adik-adik di kampung terletak di bahu Khameela. Anak kedua perlu kuat.

'Dah balik dah kakak kau? Sikit pun tak ada nak salam aku'. Kata ibu Khaleesa dengan angkuh.

'Dah ibu asyik nak cari gaduh dengan kaklong memang la'. Kata khameela sambil memasukkan duit yang diberi Dani tadi didalam poket. Risau jika ibunya ternampak lalu duit itu akan diambil.

'Apa pulak aku yang cari gaduh. Aku ni nak bagi dia hidup senang. Tu yang aku suruh dia kahwin dengan Fakri. Bukan takat tu, dengan kita-kita sekali hidup senang'. Kata ibu Khaleesa.

'Ibu ni bukan nak kahwinkan anak tapi nak jual anak'. Kata Khameela sambil naik ke rumah meninggalkan ibu nya terkebil-kwbil di muka pintu.

'Eh budak ni. Dah ikut perangai kakak dia dah ni. Biadap dengan orang tua'.

Khaleesa termenung ke luar tingkap. Pandanganya kosong. Seperti hatinya juga. Rasa amarah didalam hatinya belum lagi reda apabila mengingat kembali apa yang ibu nya katakan tadi. Sudah lah dia dikerah untuk mencari duit, dijadikan pula seperti barang dagang oleh ibunya. Hendak dikahwinkan atas dasar duit.

'Termenung apa tu?' Soal Dani.

'Nothing. I just teringatkan arwah abah' jawab Khaleesa.

'Are you sure?'.

'Erm'.. Balas Khaleesa pendek.

'Kenapa you tiba-tiba nak balik awal ni? It's everything okay?'. Soal Dani.

'I dah semak la dengan ibu. Kalau sehari tak serabutkan otak I memang tak boleh'. Jawab Khaleesa.

'Kenapa? Pasal duit ke?'. Macam ni la. Start from next month, you bagi double dari apa yang you bagi sekarang ni'. Kata Dani.

'Sekarang ni ibu paksa I kahwin dengan Fakri'.

'What!!'. Dani terkejut.

'Kenapa tak bagitahu I tadi'. Soal Dani.

'I malas nak panjang cerita. Tu yang I minta you ambil I malam ni juga'.

'Habistu you setuju ke kahwin dengan Fakri?'. Riak muka Dani berubah.

'Kalau I setuju, tak ada nya I nak balik KL harini. Aduh, you ni. Nak sangat ke I kahwin dengan Fakri?'. Kata Khaleesa sambil membulatkan matanya.

'Langkah mayat I dulu kalau dia nak dapatkan you'.


Tbc

MY SEXY MR DANIWhere stories live. Discover now