Sedang Dato' Zefri membuka zip seluarnya, tiba-tiba pintu bilik itu terbuka lalu lima orang lelaki bersut full black masuk sambil mengacu pistol kearah mereka.
'Woi!! Kau siapa hah?!!. Macam mana boleh masuk bilik aku ni?!!'
Dato' Zefri bergerak perlahan ke luar untuk mencari dua orang bodyguard nya sambil diekori lelaki berpistol itu.
'Bangsat!!. Mana dorang pergi ni!' Bentak Dato' Zefri.
'Masuk!'
Arah lelaki berpistol itu kepada Dato' Zefri. Dia tiada pilihan selain mengikut arahan lelaki itu.
Lelaki-lelaki bersenjata itu mengarahkan dia dan dua rakannya lagi berlutut di lantai sambil meletakkan tangan di belakang kepala seperti seorang penjenayah.
'Korang ni siapa?' Apa korang nak?. Aku tak ada buat salah apa-apa. Aku rasa korang salah bilik ni' kata Dato' Zefri.
'Kami tak salah bilik. Memang bos kami hantar kami ke sini'.
Jawab salah seorang dari lelaki bersenjata itu. Dia adalah ketua dari mereka berlima.
'Siapa bos korang?. Setahu aku, aku tiada musuh. Kenapa dia hantar korang ke sini?' Soal Dato' Zefri sekali lagi. Dia tidak berpuas hati kerana soalannya tadi tidak dijawab.
'Kami dihantar oleh bos kami untuk selamatkan perempuan tu' kata ketua mereka sambil tunjuk ke arah Khaleesa.
'Khaleesa terkejut mendengar pengakuan lelaki tersebut. Setahu dia, tidak ada sesiapa yang tahu dia di sini kecuali Tiara. Tidak mungkin sugar daddy Tiara menghantar orang-orangnya kesini untuk menyelamatkan dirinya kerana Lelaki itu tidak suka mencampur urusan orang.
' Takkan polis kot?. Polis pakai sut ke?' Bisik Khaleesa didalam hati.
Salah seorang daripada mereka bertiga pergi ke arah Khaleesa dan membuka ikatan di mulut dan tangan nya.
'Cik Khaleesa. Jangan risau, you're safe now'. Kata lelaki itu.
'Terima kasih, cik. Nasib baik korang datang cepat. Kalau korang terlambat sikit, tak tahu la apa yang jadi kat saya. Erm...Siapa bos awak tu?' Tanya Khaleesa.
'Kejap lagi cik tahu la'.
'Woi!!. Siapa yang suruh kau bukak ikatan perempuan tu, hah?'. Dato' Zefri menempelak ke arah lelaki itu.
'Aku'..
Jawab seorang lelaki yang tiba-tiba muncul di muka pintu bilik itu. Lantas dia tutup pintu itu kembali.
'Khaleesa lantas toleh ke arah lelaki tersebut apabila dia mendengar suara lelaki yang cukup dia kenali itu.
'Dani?.. Dani datang selamatkan aku?'....
'Kau?. Apa kau buat kat sini?'. Soal Dato' Zefri kepada Dani.
Dani mengarahkannya untuk bangun berdiri. Orang suruhannya diminta untuk menurukan senjata masing-masing.
'Aku yang patut tanya kau buat apa dekat sini'. Jawab Dani.
'Suka hati aku lah aku nak buat apa pun. Ni bilik aku. Kau tu sesuka hati masuk bilik aku siap dengan orang-orang kau lagi dah kenapa?. kau ingat ni hotel bapak kau ke yang kau suka-suka nak masuk bilik orang?' Bentak Dato' Zefri.
'Aku taknak gaduh dengan kau. Kau kawan aku. Sekarang ni, aku datang nak ambil Khaleesa'. Kata Dani.
Dato' Zefri ketawa sambil menepuk-nepuk tangannya.
'Dani.. Dani'...
Yang kau beria sangat datang kesini semata-mata nak ambil betina ni kenapa?. Huh!. Aku dah agak dah. Dari mula-mula kita jumpa dekat opening showroom aku haritu lagi aku dah dapat rasa yang korang sebenarnya kenal satu sama lain. Apa hubungan kau dengan dia sebenarnya?'.
YOU ARE READING
MY SEXY MR DANI
RomanceTinggi, kacak, matured, smart, kaya, luxury lifestyle.Itulah antara tarikan yang ada pada Dani yang membuatkan para wanita ingin mendekatinya. Bukan mudah seorang lelaki bernama Dani jatuh cinta pada mana-mana wanita. Baginya semua wanita yang diken...