Betul ke ni Cik Ta? Lisa tolak pinangan saya?' Soal Fakri dengan perasaan tidak puas hati.
'Iya. Aku dah pujuk dia semalam tapi dia taknak. Erm... Habistu duit dengan tanah yang Haji janji nak bagi tu, kira tak jadi la?'. Soal Cik Ta kepada Haji mohsin yang datang bersama Fakri untuk berjumpa dengannya.
'Nak jadi macam mana nya. Kan aku cakap, aku akan bagi tanah dengan duit 200 ribu sebagai ganti duit yang Lisa pinjam dari bos dia tu kalau Lisa setuju kahwin dengan anak aku si Fakri ni'.
'Aki ni bukannya apa. Fakri ni satu-satu nya anak aku. Anak tunggal. Kau pun tahu dia ni dari dulu berkenan dengan si Lisa. Macam mana pun dia nak juga Lisa. Taknak orang lain. Jadi aku memang nak dia kahwin juga dengan Lisa. Kau faham kan maksud aku ni?'. Kata Haji Mohsin.
'Saya faham sangat, Haji. Haji jangan risau, saya janji, macam mana sekali pun, Fakri ni tetap akan kahwin dengan Lisa'. Kata Cik Ta.
'Kalau kau dah janji macam tu, bagus lah. Fakri dah berhenti kerja dah minggu lepas. Sekarang dia nak fokus usahakan ladang sawit dekat hujung kampung tu dan ternak lembu. Lagi berlipat ganda hasil dia. Anak kau juga senang nanti. Dan andai kata pernikahan ni berjaya, aku tambah lagi 100 ribu untuk kau. Anggap lah sebagai hadiah besan'. Kata Haji Mohsin.
'Nak buat macam mana nya, Cik Ta. Kalau dia taknak juga nikah dengan saya, macam mana. Takkan nak paksa dia?'. Kata Fakri.
'Ish, kamu ni. Tu lah, rambut sikat tepi lagi. Tu yang otak tak berapa nak berkembang'.
'Macam ni'....
Ibu Khaleesa berbisik sesuatu kepada Fakri dan Hani Mohsin kemudian perbincangan mereka nampak seperti serius.
'Selamat ke plan kita ni?'. Soal Fakri.
''Selamat la. Kamu nak risau apa? Bos dia?. Dia sendiri bagitahu yang dia tak ada apa-apa dengan bos dia tu. Paling-paling bos dia minta dia bayar semua hutang tu jela kalau dia berhenti kerja duduk di sini dengan kamu. Duit tu pun ayah kamu dah sediakan'. Kata Cik Ta.
'Nak nikah macam mana, kena pergi kursus kahwin, nak isi borang itu ini, makan masa Cik Ta'. Kata Fakri.
'Yang itu Fakri jangan risau. Ayah boleh uruskan dengan kawan ayah yang kerja di pejabat kadi. Dia boleh uruskan untuk nikah dalam masa yang cepat. Yang penting kena ada wali'. Kata Haji Mohsin.
'Khaled boleh jadi wali. Dia dah baligh. Kursus kahwin rasanya sijil Lisa ada lagi dekat rumah ni. Dia pergi kursus kahwin percuma yang Masjid kampung kita buat khas untuk remaja kampung ni masa dia habis sekolah haritu'. Kata Cik Ta.
'Saya pun pergi kursus sama dengan Lisa haritu' kata Fakri.
'Ha. Senang sangat lah tu'. Kalau macam tu, apa kata kita buat majlis nikah sabtu ni'. Kata Haji Mohsin.
'Sempat ke? hari ni dah hari selasa'. Kata Cik Ta.
'Sempat. Esok, boleh la bawa Khaleesa balik. Khamis boleh buat urusan di pejabat kadi'.
'Dan lagi satu, Rita, aku taknak berita kahwin paksa ni heboh satu kampung. Kau kena pastikan yang orang kampung ingat pernikahan ni atas persetujuan kedua-dua pihak. Kalau tak, busuk nama aku nanti. Aku akan bagitahu orang kampung yang kita dah lama rancang, tapi sengaja nak membuat kejutan untuk orang kampung. Dan kau kena pastikan lagi yang bila di pejabat kadi nanti, Lisa tak buka mulut'. Kata Haji Mohsin.
'Anggap sahaja semuanya beres.Fakri, esok pagi kamu jemput Lisa di rumah dia. Aku simpan lagi plastik yang dia pos barang untuk Khameela. Ada alamat dia dekat situ'. Kata Cik Ta.
YOU ARE READING
MY SEXY MR DANI
RomanceTinggi, kacak, matured, smart, kaya, luxury lifestyle.Itulah antara tarikan yang ada pada Dani yang membuatkan para wanita ingin mendekatinya. Bukan mudah seorang lelaki bernama Dani jatuh cinta pada mana-mana wanita. Baginya semua wanita yang diken...