Dani memberhenti kan kereta G-wagon nya di valet kelab tersebut. Setelah memberi kunci keretanya kepada jockey, dia melangkah masuk ke pintu kelab ekslusif tersebut. Dia kelihatan begitu kacak dengan menggayakan jeans hitam slim fit dan kemeja putih serta jam tangan hitam dan sesikit semburan perfume Dior kegemaran nya.
Penampilan dia pada malam itu seperti biasa telah memukau mata-mata wanita di dalam kelab tersebut. Ada berbisik-bisik antara mereka dan tidak juga yang senyum dan melambai-lambai kepadanya. Dia hanya mengendahkan mereka kerana baginya sudah biasa dengan keadaan itu. Lagipun mereka lansung tidak menarik di mata nya.
Entah kenapa dia begitu sukar untuk berjumpa dengan wanita yang betul-betul kena dengan hati nya.walau berpuluh negara dan beribu tempat dia pergi, tak ada yang menarik di matanya.
Sampai sahaja di ruang kelab tersebut, Dani agak teruja melihat keadaan kelab tersebut. Benar seperti yang Nadim kata, kelab ini terlihat begitu high class sekali. Selain dari hiasan dalaman yang mewah, penampilan GRO yang bekerja disitu juga lain daripada GRO di kelab-kelab yang lain. Pendek kata, Dani berasa selesa berada di situ.
Khaleesa dan part-time housemate nya Tiara, seorang sugar baby menuju ke kereta Toyota Yaris milik Khaleesa yang berada di tingkat 3 parking lot condo mereka. Oleh kerana malam ini dia tiada booking, maka mereka bercadang untuk 'have fun' di kelab favourite mereka, Havana Club.
Di situ ramai potential client yang dia boleh dapat dan yang paling menyeronokkan, setiap kali mereka kesana, pasti bil mereka pada malam itu akan dibayar oleh mana-mana lelaki. Jadi mereka tidak perlu keluar sesen pun. Itulah advantage yang mereka dapat dengan bermodalkan wajah yang cantik dan tubuh badan yang sexy.
Cepatlah drive babe, dah nak dekat pukul 11 ni. Bebel Tiara kepada Khaleesa.
Ehh kau, dah la naik kereta aku, aku juga yang drive, jangan nak complain ya cik kak. Awak tu bila nak buat lesen? Sia-sia je ada sugar daddy kaya tapi tak ada kereta. Sindir Khaleesa kepada Tiara.
Kau relax je babe, sekarang ni aku da pandai sikit-sikit drive. Next month maybe aku test JPJ, dapat je lesen kat tangan aku, mini cooper countyman sampai depan rumah.
Serius la mini cooper?? Bestnya!!!!!!. Ujar Khaleesa dalam nada teruja. Dah la dapat pent house, dapat kereta pula lagi. Tiara hanya tersenyum bangga.
Sebenarnya Tiara sudah mempunyai sebuah pent house yang diberi oleh sugar daddy nya dan akan tinggal di situ jika sugar daddy nya ingin meluangkan masa bersama dia. Oleh kerana sekarang sugar daddy nya berada di London atas urusan kerja, dia berasa bosan maka dia balik ke condo lama nya yang dia tinggal bersama Khaleesa.
Dani segera mendapatkan Nadim di VIP lounge. Sedang asyik diapit 2 wanita tempatan yang cantik, mereka bersalaman.
Asal lambat bro?? Aku dah pishang kat sini tunggu kau. Ujar Nadim.
Sorry la bro, traffic jam tadi. Macam kau tak tahu pulak KL ni kalau malam minggu sesak macam mana. Jawab Dani sambil tergelak sambil memanggil pelayan untuk memesan minuman. Whiskey sour menjadi pilihan nya pada malam itu.
Khaleesa dan Tiara tiba di kelab sekitar jam 11.20 malam. Setelah mengambil tempat dan memesan minuman,mereka mula menari dan sesekali terdengar gelak kecil mereka. Tanpa disedari, ada sepasang mata yang sedang memerhati mereka.
Sudah hampir pukul 2 pagi, kelab pun akan tutup sebentar lagi. Tiara risau melihat Khaleesa yang kelihatan terlalu mabuk. Mana kan tidak, sudah bergelas-gelas whiskey yang dia minum. Betul-betul all out dia malam itu.
Tiara memapah Khaleesa keluar dari kelab itu. Dia risau kerana dalam keadaan sekarang, Khaleesa tidak boleh memandu. Grab dan teksi pun susah dapat waktu pagi macam ini. Dia gelisah memikir bagaimana cara untuk mereka pulang. Sudah lah tiada lesen, memandu pun tidak berapa mahir. Entah kenapa malam ini pula Khaleesa nak buat hal. Kalau time sugar daddy nya ada, boleh juga dia call suruh datang jemput.
Sedang dia memikir, tiba-tiba ada seorang lelaki menegur nya.
Kenapa kawan you tu? Did she drunk? Sapa dani yang muncul dari belakang.
Sebenarnya sejak dari dalam club tadi Dani sudah mula memerhati kan Khaleesa. Pelik. Dia tidak pernah merasa perasaan seperti ini. Dia bukan jenis mudah tertarik dan tergoda kepada wanita. Namun tidak pada Khaleesa. Saat pertama kali dia melihat Khaleesa ketika dia sedang menari, dia merasa ada sesuatu yang menarik pada wanita itu. Wajah bujur sirih nya yang cantik, pakaian yang sexy but classy, gaya rambut korean perm yang diwarna balayage cukup memukau matanya. She's so perfect!
Yup. I tak tahu kenapa malam ni dia boleh mabuk pulak. Usually dia tak macam ni. Dah la dia yang drive tadi. I tak pandai drive.Jawab Tiara dengan nada sedih. Entah kenapa dia rasa seperti mahu nangis.
Okay macam ni, apa kata kereta kawan you tinggal sini, i hantar u guys balik. Esok kalau kawan you dah bangun, datang sini balik ambil kereta. U guys tinggal mana? Cadang Dani kepada Tiara. Mungkin ini lah kesempatan yang ada untuk Dani mendekati Khaleesa, si Ms. Perfect.
Kitorang duduk Pheonix condominium. Serius la you boleh hantar? Tak susahkan you ke?
No lah. Same way to my house. Tak susahkan pun. Jom tunggu luar, kereta i park dekat valet. Eh mari sini kawan you tu, biar i dukung dia.kesian pulak tengok you nak papah dia. Dengan nak bawak dua handbag lagi. Dani cuba menjadi gentleman.
Ha boleh juga. Dari tadi ni i papah dia. Dah la tinggi dari i, susah tau. Bebel tiara sambil tergelak.
Khaleesa diangkat dekat dengan dada nya. Bau haruman perfume yang dipakai Khaleesa betul-betul buat Dani tergoda. Wangian mewah dari Tom Ford menusuk ke hidung nya. Dia berasa seperti di awangan. Perempuan ini betul-betul buat dia tidak keruan.
Setelah membaringkan Khaleesa di seat belakang, Tiara duduk di sebelahnya. Kereta Dani mula bergerak. Tiba-tiba Khaleesa bangun sambil ketawa dan terus duduk di arm rest antara tempat duduk pemandu dan penumpang. Tanpa sedar, dia memeluk leher Dani dan terus mencium pipinya. Dani berasa terkejut dan dalam masa yang sama berasa bernafsu. Ohh shit!!!
Tiara yang mula sedar akan situasi itu mula menjerit dan menarik Khaleesa supaya duduk kembali di tempat duduk sebelah nya sambil minta maaf kepada Dani.
Hoii babe, aku tau la kau ni tengah mabuk tapi kenapa kau jadi gila macam ni. Kau dah kenapa aduhhhhh!! Marah Tiara. Sudah la baru kenal tiba-tiba Khaleesa buat hal pula. Dia betul-betul malu pada Dani.
YOU ARE READING
MY SEXY MR DANI
RomanceTinggi, kacak, matured, smart, kaya, luxury lifestyle.Itulah antara tarikan yang ada pada Dani yang membuatkan para wanita ingin mendekatinya. Bukan mudah seorang lelaki bernama Dani jatuh cinta pada mana-mana wanita. Baginya semua wanita yang diken...