Khaleesa dan Tiara berlari berpelukan semasa mereka bertemu di villa mewah itu. Dani hanya tersenyum melihat gelagat dua orang sahabat itu.
'Alhamdulillah, babe. Selamat juga kau' kata Khaleesa sambil memegang kedua pipi Tiara itu.
'Alhamdulillah. Ada hero datang selamatkan aku' kata Tiara sambil melirik ke arah Rafael.
Rafael hanya tersenyum sipu. Melihat kelakuan Rafael itu, Dani menghampiri Rafael sambil menyiku lengannya.
'Tak payah nak renyih sangat. Awek orang tu' bisik Dani kepada Rafael.
'Baru awek, Tuan. Bukan wife. Sedangkan bini orang, tunang orang pun boleh kebas, ini kan pulak awek' kata Rafael sambil mengenyit mata kepada Dani.
'Tapi ini bukan sebarang awek. Ni awek yang berani mati punya' kata Dani.
'Hah? Berani mati? Kenapa pulak Tuan cakap macam tu?' Soal Rafael kehairanan.
'Awak tahu tak sebab apa dia menyorok dekat rumah kosong tu?'.
'Tak tahu, Tuan. Kenapa?' Soal Rafael dengan penuh teruja.
'Dia kantoi ada boyfriend dengan sugar daddy dia.So, sugar daddy dia upah orang untuk bunuh dia. Betul-betul berani perempuan ni. Padahal dia dah tahu risiko dia tapi tetap dia nak ada affair dengan lelaki lain'.
'Hubungan sugar daddy - sugar baby ni, bukan macam kita couple, bukan macam tunang dan bukan macam suami isteri. Lebih teruk dari tu mereka kawal perempuan yang ditabur duit. Dapat mana yang baik, dia lepaskan kau dengan cara yang baik la. Tapi kalau dapat yang jenis kejam, memang mati la perempuan tu' tambah Dani lagi.
'Tadi Tuan cakap Tiara ni berani mati kan? Tapi Tuan, kalau dia berani mati, kenapa dia lari menyorok dari sugar daddy dia? Kenapa dia tak hadap je sugar daddy dia tu?' Soal Rafael sambil mengangkat keningnya.
'Sudah lah. Cakap dengan awak ni, buat habis air liur je. Saya naik mandi dulu, awak tolong tengok-tengokkan Tiara dengan Cik Khaleesa' arah Dani.
'Err.. Tuan, boleh saya minta satu perkara?' Soal Rafael.
'Apa lagi, Rafael?'
Kata Dani yang menghentikan langkahnya di depan pintu lif dalam villanya itu.
'Tuan izinkan saya jaga Tiara sepanjang dia menyorok ni boleh? Saya janji akan menjaga dan melindungi dia dengan baik' kata Rafael dengan nada yang serius.
'Jangan nak mengarut. Kejap lagi boyfriend dia datang ambil dia dan bawa dia jauh dari sini'.
Setelah pintu lif terbuka, Dani lantas masuk ke dalam lif dan terus naik ke atas meninggalkan Rafael terpinga-pinga di depan pintu lif itu.
'Pergi jauh dari sini?' Rafael berbisik didalam hati.
'Untung kau babe, dapat duduk rumah besar macam ni, Dani jaga kau dengan baik. Dia sayang kau sampai sanggup selamatkan kau dari drama kahwin tak jadi tu'.
'Geram je aku dengar tau' kata Tiara sambil menggenggam penumbuk kecilnya itu. Geram mendengar cerita bagaimana ibu Khaleesa memperlakukannya.
'Dia memang baik. Adik-adik aku pun selesa dengan dia. Bukan saja jaga keperluan aku, adik-adik aku pun sekali'. Kata Khaleesa sambil tersenyum.
'Tu lah. Nasib kau memang baik. Tak macam aku. Bodoh betul la. Mujur Dani hantar orang dia selamatkan aku'.
Eh, thanks tau kau dengan Dani tolong aku tadi, kalau tak ada lah korang berdua, tak tahu apa jadi dekat aku' kata Tiara sambil memeluk bahu Khaleesa.
'Ehemm!! Khaleesa dengan Tuan Dani je? Dengan I?' Sampuk Rafael.
'Hah, yelah Encik Rafael. Terima kasih sangat-sangat selamatkan I tadi' kata Tiara tersenyum.
'Ish, awak ni Rafael. Menyampuk aje' rungut Khaleesa.
'Ermm.. Cik Khaleesa, boleh saya minta izin nak bercakap sekejap dengan Cik Tiara?'.
'Maksud saya, berdua'. Tambah Rafael lagi.
Khaleesa dan Tiara memandang antara satu sama lain. Kemudian Khaleesa bangun sambil tersenyum ke arah Rafael.
'Boleh, Rafael. Korang berborak lah dulu. Saya nak masuk bilik saya. Nanti awak bawa Cik Tiara naik ke bilik saya ya'. Arah Khaleesa.
'Baik, Cik Khaleesa'.
Kemudian Rafael mengambil tempat duduk di hadapan Tiara. Dia memandang wajah Tiara dengan Pandangan yang serius.
'Betul ke you nak pergi jauh dari sini?' Soal Rafael.
'Ya. Boyfriend I ajak keluar dari KL ni. Dia kata nak mulakan hidup baru kami kat tempat baru'. Kata Tiara dengan bangganya.
'You sanggup? You dah ready nak tinggalkan semua benda ni? Life you? kawan-kawan? You sanggup?' Soal Rafael bertubi-tubi.
'Remy is my life, Rafael. My new life'.
Dan I yakin dia boleh jaga I dengan baik. Dia je harapan I sekarang. Hidup I hancur, Rafael. I dah tak ada apa-apa sekarang.
"Hermmm"..
Kata-kata gadis itu membuat Rafael mendengus perlahan. Entah mengapa kata-kata itu memberi kesan terhadap dirinya sedangkan mereka baru saja kenal. Tak sampai satu hari pun dia berjumpa dengan gadis itu.
Rafael lantas bangun dari sofa yang didudukinya itu sambil membetulkan kemeja hitamnya itu.
'Jom, I hantar you naik bilik Cik Khaleesa. I order makanan dulu. Nanti dah sampai, I panggil korang makan'. Kata Rafael sambil mengiring Tiara naik ke bilik tidur Khaleesa.
Tbc
Korang support tau cerita saya ni. Saya try update secepat mungkin lepasni tau😉
YOU ARE READING
MY SEXY MR DANI
RomanceTinggi, kacak, matured, smart, kaya, luxury lifestyle.Itulah antara tarikan yang ada pada Dani yang membuatkan para wanita ingin mendekatinya. Bukan mudah seorang lelaki bernama Dani jatuh cinta pada mana-mana wanita. Baginya semua wanita yang diken...