P.A

436 12 0
                                    

'Welcome to my house, Bella'.

Dani dan Khaleesa menyambut kedatangan Bella di muka pintu villa agam itu.

'Terima kasih, Tuan Dani kerana sudi ambil saya bekerja. Masa Jimmy beritahu saya tadi, saya happy sangat. Tak sangka saya boleh dapat kerja secepat ni'.

'Sama-Sama, Bella. Kebetulan saya memang nak cari wanita bujang untuk kerja ni. Alang-alang awak ada, baguslah. Tak payah saya susah-susah nak cari lagi'.

'Jemput masuk Bella. Duduk dulu. Jimmy dah bagitahu awak dah apa kerja awak dekat sini nanti?' Soal Dani.

'Belum. Dia cuma cakap yang Tuan Dani nak ambil saya bekerja dan tinggal di rumah ni. Selebihnya dia cakap biar Tuan Dani yang cakap sendiri'. Kata gadis yang berasal dari Sarawak itu.

'Kenalkan, ini Cik Khaleesa. Girlfriend saya'. Dani memperkenalkan Khaleesa kepada Bella.

Khaleesa membulatkan matanya memandang ke arah Dani. Kemudian kedua-dua gadis cantik itu saling bersalaman.

'Khaleesa. Just call me Lisa'. Khaleesa memperkenalkan diri nya.

'Tugas awak sangat senang, Bella. Awak hanya perlu menjadi pembantu peribadi kepada cik Khaleesa.'.

'Pembantu peribadi? Interesting. Tapi saya tak ada pengalaman tau. Kalau jadi pembantu peribadi saya kena susun schedule harian Cik Khaleesa la kan? Macam tu ke Tuan?'. Bella kehairanan.

'Okay lah. Saya straight to the point je. Saya nak awak jadi orang ketiga dalam rumah ni'. Kata Dani dengan nada yang serius.

'Hah? Orang ketiga??. Eh. Saya tak faham la. Macam mana tu?' Soal Bella sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

'Macam ni. Untuk makluman awak, Cik Khaleesa tinggal di rumah ini. Dan seperti yang awak tahu, kami belum bernikah lagi'.

'Dan untuk makluman awak juga, di rumah ni ada 2 orang pembantu rumah harian. Mak Som dan anak perempuannya, Ainul. Kalau dulu hanya 3 kali sahaja mereka datang. Tapi sejak Cik Khaleesa tinggal di sini, saya minta mereka datang setiap hari minggu. Isnin hingga Jumaat'.

' Jadi, saya dapat rasa yang mereka tidak senang dengan kehadiran Cik Khaleesa di rumah ni. Maklumlah, lelaki dan perempuan bukan muhrim tinggal sebumbung. Mesti lah akan jadi buah mulut. Saya tak suka orang campur urusan peribadi saya. Dan saya tak suka orang bercakap tentang Cik Khaleesa. And saya harap dengan kehadiran awak dalam rumah ini sebagai orang ketiga ni boleh menghentikan mulut-mulut mereka'. Tambah Dani lagi.

'Okay. I think I got the point here. But kenapa pembantu rumah tu nak sibuk hal majikan. Just do their job la kan?'. Bella bersuara seakan-akan tidak berpuas hati.

Dani memandang Jimmy dan Han yang berdiri di tepi sofa itu.

'Tu yang awak tak tahu, Bella. Si Ainul ni yang selalu tak puas hati dengan Cik Khaleesa ni. Kitorang syak yang dia ada hati dengan Tuan Dani. Tu yang dia panas punggung bila Cik Khaleesa ada'.. Kata Han menambah perisa.

'Owh. Kes jealous la ni ye?'. Bella tersenyum ke arah Khaleesa. Khaleesa menjongketkan bahunya.

'Maaf Tuan Dani kalau saya tanya. Kalau Tuan dah tahu perangai mereka macam tu, kenapa still nak hire mereka?'.

'Mak Som dah lama kerja dengan saya dan saya suka akan kerjanya. Kemas dan teratur. Selagi tak ada apa yang melampau batas, saya okay je'. Kata Dani.

Kalau Cik Khaleesa nak pergi shopping ke, salon ke, spa ke, semua awak kena ikut, boleh?'.

'By the way, esok saya akan ke Jakarta untuk 5 hari. Saya akan balik hari rabu. Luckily you are here. Boleh teman cik Khaleesa sepanjang saya tak ada di sini.

'Okay. No problem. So, job scope saya yang lain?'. Bella menyoal sambil memandang ke arah Dani dan Khaleesa.

'Teman Cik Khaleesa di rumah. Kalau dia nak keluar, awak teman. Nak pergi shopping ke, spa ke, saloon. Anywhere. All paid. Just be there with her, okay?'.

'And I will pay you three thousand per month'. Kata Dani.

'Serius lah? Gaji saya 3 ribu dengan kerja tu je? Dah la tempat tinggal free, makan free. Terima kasih sangat-sangat Tuan Dani, Cik Khaleesa'. Ucap Bella terharu.

'Sama-sama, Bella. Lagipun saya bukan nya nak buat awak macam pekerja pun. Lebih kepada kawan untuk Cik Khaleesa'. Kata Dani sambil mengusap lembut kepala Khaleesa.

'Betul tu, Bella. Saya tak ada kawan dekat sini. Dulu saya ada sorang best friend. Tiara nama nya. Tu lah satu satunya kawan yang saya ada di KL ni. Tapi dia dah pindah jauh dah. Jadi saya dah tak ada kawan dah'.

'Tapi mulai hari ni, awak kawan saya okay?'. Kata Khaleesa sambil memeluk bahu Bella.

'Okay, Cik Khaleesa. Saya janji akan jadi kawan yang baik untuk Cik Khaleesa'. Kata Bella sambil membalas semula pelukan Khaleesa itu.

'Your room is ready. Jom saya tunjuk bilik awak'.

Khaleesa membawa Bella naik ke atas dan meninggalkan Dani, Jimmy dan Han di ruang tamu. Bella mesti penat jadi dia mahu Bella betul-betul rehat malam itu.

'Tuan, saya nak minta izin untuk stay bilik Bella malam ni, boleh?'. Jimmy meminta izin kepada Dani.

'Okay. But make sure you wake up at six. Kita nak gerak awal pagi'.

'And lagi satu'...

Dani merapatkan bibirnya di telinga Jimmy.

'Pakai sarung'.

Jimmy ketawa menahan malu sambil mengangguk-anggukkan kepala nya.

'Baik, tuan'.

'Eh, apa ketawa-ketawa tak ajak saya ni tuan?. Kenapa? Apa yang kelakar?. Eh, bagitahu la'. Tanya Han ingin tahu.

'Kau gi balik sorang. Aku stay dengan Bella malam ni'. Kata Jimmy keriangan.

'Eh, mana boleh macam tu, Tuan. Tadi baru Tuan cakap tak manis duduk dengan perempuan. Ni siap offer stay sekali pulak?'. Kata Han kemudian diikuti dengan hilai tawa Jimmy.

'Tu lah. Siapa suruh kau tak ada awek?' Balas Jimmy sambil mengetuk kepala Han dengan jaketnya.

'Woi! Main kasar ye kau. Kau siap ye'.

Baru saja Han hendak mengejar Jimmy, Dani memberi arahan untuk berhenti.

'Dah dah!!. Macam budak kecil je. Padahal masing-masing dah boleh jadi bapak orang'.

'Jimmy yang start dulu, Tuan. Dia ketuk kepala saya dulu'. Han menggosok kepalanya sambil mengadu bagaikan budak kecil.

'Awak ni, Han.  Saya cakap dah suruh stop kan. Jimmy, pergi naik atas'.

'Saya cakap tak manis duduk berdua dengan perempuan depan Mak Som dan Ainul. Sekarang ni dorang tak ada, kan?. Soal Dani kepada Han.

'T.. tapi Allah ada'. Jawab Han tergagap-gagap.

Dani mengeluh. Kemudian dia memeluk bahu Han.

'Kita semua buat dosa, Han. Dan awak rasa saya ada hak untuk nak halang mereka sedangkan saya buat perkara yang sama?'.

Han terdiam. Tidak tahu hendak menunjukkan reaksi apa.

'Ermm. Tak apa la macam tu, Tuan. Saya balik dulu ya. Saya berdua dengan Rafael pun tak apa'.

Han meminta izin untuk pulang. Tiba-tiba Dani teringatkan Rafael. Sudah dua hari dia tidak nampak kelibat Rafael di rumahnya.

Dani kemudian membuka applikasi Whatsapp nya. Kelihatan terpapar status last seen di ruagan nama dalam chat nya.

'Last seen on Wednesday - 10.44pm'



                                  Tbc

Sorry lambat update. Akan diusahakan sebaik mungkin.

MY SEXY MR DANIWhere stories live. Discover now