PULANG

488 17 1
                                    

Khaleesa dan Dani tiba di hospital pada pukul 3 petang setelah mendapat panggilan daripada ibu bahawa ayahnya sudah sedarkan diri dan telah dipindahkan ke wad biasa.

Langkahnya laju. Tidak sabar hendak berjumpa dengan ayahnya itu.

'Abah!!!. Alhamdulillah, abah dah sedar. Kaklong tak boleh tidur tau malam tadi fikirkan abah'. Kata Khaleesa sambil memeluk erat bapanya.

'Elehh.. tak boleh tidur konon. Padahal kau bersuka ria dekat rumah tu dengan bos kau ni. Ingat aku tak tahu ke? Fakri dah telefon aku semalam bagitahu. Bukan main lagi ya' kata ibu Khaleesa sambil matanya menjeling Dani.

'Apa ni, Ta. Abang baru je sedar ni. Tak payah la nak mulakan pergaduhan. Sudah-sudah la tu. Jangan didengar sangat cakap si Fakri tu. awak pun tak nampak depan-depan mata kan? asyik nak cari kesalahan Kaklong je'. Kata ayah Khaleesa kepada ibunya.

'Dah tentu-tentu si Fakri tu bercakap benar. Abang kan tahu dia baik dengan saya. Tak mungkin lah dia nak tipu saya. Hah. Itu la abang. Asyik nak menangkan anak je. Cakap saya lansung tak nak dengar'.

'Kaklong ni bukan anak awak juga ke?. Apa lah sangat orang luar tu nak dibandingkan dengan anak sendiri. Huh!. Awak rasa dia bercakap benar sebab dia baik dengan awak? Habistu, awak lagi percaya dia dari darah daging awak sendiri?. Antara orang luar dan anak yang dikandung dari rahim awak sendiri, mana lagi rapat?'.

Soalan abah seperti bunga api yang meletup. Cantik tetapi bahaya. Ibu terkedu tidak mwnjawab soalan dan hanya tunduk ke bawah.

'Dah la ibu. Kaklong datang sini sebab nak tengok abah. Jadi kaklong telan je bulat-bulat apa yang ibu cakap. Terima kasih dan kaklong hargai'. Kata Khaleesa.

'Tadi doktor bagitahu, lagi tiga hari abah boleh balik dah. Lepastu sambung berehat di rumah'. Kata ayah Khaleesa.

'Alhamdulillah. Abah jangan buat kerja berat-berat lagi tau. Rehat betul-betul'. Kata Khaleesa.

Dani terpaku. Tidak tahu hendak menunjukkan reaksi apa. Serba salah kerana kehadirannya di sini seperti memberi masalah. Dia lantas meminta diri untuk keluar dari wad itu.

'Maaf jika kehadiran saya menimbulkan masalah. Demi Allah, saya tak ada niat nak buat apa-apa yang terkutuk di rumah Makcik Rita dan Pak Man. Malah saya hargai dan berterima kasih sebab sudi tumpangkan saya si rumah itu'.

'Saya pergi jelaskan bil di unit hasil dulu. Nanti saya datang balik'. Kata Dani sebelum melangkah keluar dari bilik wad itu.

'Kejap!. I ikut'.

Khaleesa lantas bangun lalu mengekori Dani. Sebenarnya dia bukan hendak menemani Dani untuk membuat pembayaran. Cuma dia ingin pastikan yang Dani tidak berkecil hati dengan apa yang dikatakan oleh ibunya tadi.

'You jangan kecil hati dengan ibu tau. Mulut dia memang macam tu'.

'It's okay. I tahu perangai dia'. Balas Dani.

'I minta maaf'. Kata Khaleesa.

'Not your fault'.

'Memang la. Tapi kalau I tak halau Fakri semalam and I cakap elok-elok dengan dia, mesti dia tak mengadu dekat ibu'.

Dani menghentikan langkahnya sebelum dia berpusing menghadap Khaleesa.

'Still, not your fault'.

MY SEXY MR DANIWhere stories live. Discover now