Cik Ta mengejutkan suaminya, Pak Man untuk solat subuh pada pagi tu.
'Abang, bangun bang. Da subuh ni'.
Suaminya itu tidak bergerak. Dikejutkan lagi suaminya itu.
'Bang. Bangun bang'.
Tetap tidak bergerak.
Dia panik. Segera dia mengejutkan Khameela dan Khaleed.
'Kakngah, Khaleed. Tolong tengok abah. Ibu kejut tapi abah tak bergerak'.
Anak-anaknya berlari ke biliknya untuk memeriksa keadaan ayah mereka.
'Bah, bangun bah'.
Khameela menepuk-nepuk pipi ayahnya sebelum jari telunjuk diletakkan di bawah hidung ayahnya itu. Tiada nafas. Kemudian diperiksa pula nadi di pergelangan tangan.
'Ibu, abah dah tak ada'. Kata Khameela. Serentak dengan itu, ke empat-empat beranak itu menangis di sisi jenazah ayahnya.
Khaleesa terjaga dari tidurnya apabila telefonnya tidak henti berbunyi.
'Kakngah?. Eh, pelik. Kenapa pagi-pagi buta telefon?. Ni mesti ada hal urgent ni'. Bisik Khaleesa didalam hati.
'Hello, kakngah. Kenapa call?. Ada apa-apa yang berlaku ke?'.
'Kaklong, abah dah meninggal. Subuh tadi ibu kejut abah. Tapi abah tak bergerak'.
Khaleesa menghamburkan air matanya.
'Ya Allah!'
'Abah!! Kenapa abah tinggalkan kaklong!!'.. Tangis Khaleesa.
'Sekarang tengah tunggu ambulans bawa abah ke hospital. Dalam tengahari nanti kebumi. Kaklong balik ya'. Kata Khameela sebelum meletakkan panggilan.
Khaleesa pantas bangun dari katil. Kemudian dia menelefon Han yang berada di sebelah rumah.
'Han, sorry ganggu awak pagi-pagi ni. Siap-siap sekarang, tolong hantar saya balik kampung. Abah saya meninggal'.
'Innalillahiwainnaillahirojiun. Baik, cik Khaleesa. Saya siap-siap sekarang.
Han kemudian menelefon Dani. Sekadar ingin memberitahu bahawa dia akan menghantar Khaleesa pulang ke kampung.
'Hello, Tuan. Sorry call pagi-pagi ni. Nak bagitahu saya kena hantar Cik Khaleesa balik kampung. Abah dia meninggal subuh tadi'. Kata Han.
'What?!!'.
'Kenapa dia tak bagitahu I?' Soal Dani.
'Mungkin dia tak sempat kot. Dia pun tengah kelam kabut tu'. Kata Han.
'It's okay, Han. Biar saya yang hantar dia. Saya gerak ke sana sekarang'. Kata Dani.
'Sempat ke Tuan?. Cik Khaleesa cakap nak gerak lagi setengah jam'.
'Saya dah siap mandi dah. Tinggal nak pakai baju je. Tunggu saya'. Arah Dani'.
Han akur sahaja arahan bos nya itu. Dia kemudian kembali menyambung tidurnya.
Khaleesa terkejut apabila Dani muncul di depan pintu rumahnya.
'Kenapa tak bagitahu I yang abah meninggal'. Soal Dani.
'Sorry. I terkejut pagi tadi. Tak sempat nak bagitahu'. Kata Khaleesa.
'Jom. Kita balik kampung sama-sama'. Dani memimpin tangan Khaleesa keluar dari rumah.
'Han? Han tak ikut ke?'. Soal Khaleesa.
'Tak. Kita berdua je. Dah. Jom gerak sekarang. Nanti lambat'.
Mereka berdua lantas berjalan menuju lif. Apabila sampai di lobi, mereka berlari ke kereta dan memecut laju meninggalkan perkarangan kondominium tersebut.
'Kaklong!!'.
Awi berlari ke arah Khaleesa dan Dani lalu memeluk kakaknya itu.
'Kaklong. Abah dah tak ada. Lepas ni siapa yang nak bawa Awi memancing lagi'. Kata Awi dalam tangisannya.
'Sabar, Awi. Awi jangan nangis macam ni. Awi kena kuat. Awi anak jantan'.
Khaleesa mengusap belakang badan adiknya itu. Tidak sedar air matanya gugur sekali lagi.
'Kaklong, abang Dani. Jom masuk rumah. Kejap lagi jenazah abah sampai dari hospital'. Khameela bersalaman dengan Khaleesa lalu memimpin bahu kakaknya itu.
Naik sahaja di atas rumah, Haji Mohsin dan Fakri serta beberapa orang kampung turut ada disitu.
'Ibu'. Sapa Khaleesa lalu bersalaman dengan ibunya itu. Dani turut bersalaman dengan orang lelaki yang berada di situ. Kemudian dia turun ke bawah rumah untuk menenangkan Awi.
Fakri tidak berpuas hati. Kenapa lelaki ini selalu ada dengan Khaleesa. Bukan kah Khaleesa ada kereta sendiri. Boleh balik sendiri. Tak perlu bawa bos nya sekali.
'Ibu. Doktor ada bagitahu tak punca abah meninggal?' Soal Khaleesa kepada ibunya.
'Doktor cakap meninggal dalam tidur. Mati mengejut. Dah memang ajal dia. Tu yang ibu pelik. Lepas abah keluar hospital, tak ada nampak apa yang pelik. Abah pun sihat dah cuma dia tak banyak berjalan la. Makan pun okay. Tu yang ibu terkejut sangat abah dah pergi'. Kata ibu Khaleesa sambil mengelap air matanya dengan hujung tudungnya.
'Lisa, kenapa awak balik dengan bos awak. Kereta awak mana?' Soal Fakri.
'Kereta ada. Cuma saya tak boleh fokus nak drive dalam keadaan sekarang'.
'Lah. Kenapa tak call saya. Saya boleh la datang sana ambil awak. Lain kali kalau nak balik sini, call je saya'. Kata Fakri cuba meyakinkan Khaleesa.
'Betul tu Lisa. Lain kali call je Fakri ni kalau nak balik. Dia sekarang ni bukan kerja di pejabat. Jadi dia banyak masa. Erm.. Lisa balik sini lama ke?' Soal Haji Mohsin.
'Tak tahu lagi Haji. Insyallah dua tiga hari. Kalau ada urusan yang belum selesai lagi, lama lagi la saya kat sini'.
'Alah. Tak kan tak boleh minta cuti lama sikit dengan bos. Takkan bos tak faham kot'. Kata Fakri.
'Ehemm.. saya tak kisah Khaleesa nak duduk sini berapa lama pun. Selagi mana urusan dia belum selesai dekat sini'.
Dani yang tiba-tiba muncul di belakang mereka bersuara.
'Lain kali kalau Lisa nak balik kampung, kau tak payah la susah-susah nak hantar dia. Biar aku yang jemput dia di KL tu'. Kata Fakri.
'Kau nak jemput dia. Dia ada cakap tak yang dia nak ikut kau?' Dani menyoal dalam nada berlagak.
'Eh kau dua orang ni boleh diam tak? Dari hospital haritu asyik nak bergaduh je. Ni laki aku mati tau. Yang korang nak gaduh-gaduh dekat sini buat apa? Kalau nak gaduh, pergi keluar' marah ibu Khaleesa.
Fakri menahan amarahnya. Ayahnya juga menasihatkan dia untuk berhenti bergaduh.
Tidak lama kemudian, van jenazah tiba. Dani turut membantu mengusung jenazah naik ke rumah. Selepas selesai solat jenazah, ahli keluarga diminta memberi penghormatan terakhir sebelum jenazah dibawa ke tanah perkebumian untuk dikebumikan.
'Terima kasih abah sebab selalu bekorban untuk keluarga. Terima kasih atas jasa dan kasih sayang abah untuk kami. Halalkan makan minum kaklong'. Kata Khaleesa sebelum mencium kedua pipi dan dahi ayahnya.
Selepas semua ahli keluarga selesai memberikan penghormatan, jenazah diusung ke dalam van dan bergerak ke tanah perkuburan.
Khaleesa, khameela, Khaleed dan Awi menaiki satu kereta dengan Dani manakala ibu mereka menaiki van jenazah menemani ayah mereka.
Setelah tiba di tanah perkuburan, Dani masuk ke liang lahad untuk membantu menyambut jenazah ayah Khaleesa. Selepas selesai kebumi, talkin dibacakan dan dituruti dengan siraman air bunga.
'Selamat tinggal, abah. Berehatlah sepuasnya di negeri abadi. Nanti kami datang lagi jenguk abah'. Kata Khaleesa sebelum melangkah pergi dari tanah perkuburan itu.
Tbc
YOU ARE READING
MY SEXY MR DANI
RomanceTinggi, kacak, matured, smart, kaya, luxury lifestyle.Itulah antara tarikan yang ada pada Dani yang membuatkan para wanita ingin mendekatinya. Bukan mudah seorang lelaki bernama Dani jatuh cinta pada mana-mana wanita. Baginya semua wanita yang diken...