URUS

482 25 1
                                    

'Macam mana korang boleh tak perasan Cik Khaleesa keluar rumah, hah?. Kan aku dah cakap gilir-gilir jaga dekat luar!'. Bentak Dani. Marah kepada Han dan Rafael.

'Maaf, Tuan Dani. Saya yang sepatutnya jaga dekat luar. Tapi saya sakit perut masa tu. jadi saya masuk rumah nak pergi tandas'. Kata Rafael.

Dani Diam. Dia membaca semula mesej yang dihantar Khaleesa sebelum telefon bimbitnya dimatikan.

'I nak bercuti seminggu dua. Nak tenangkan fikiran. Hope you faham. Tolong jangan ganggu I untuk seketika ni'

'Kenapa taknak bagitahu aku awal-awal?? Sebab rasa aku kongkong dia ke?' Bisik Dani didalam hati.

Jimmy keluar dari lif. Dia berlari pantas ke arah rumah Han dan Rafael.

'Tuan Dani. Saya dah periksa CCTV dekat bilik security. Cuba Tuan tengok rakaman ni. Cik Khaleesa pergi naik sebuah kereta. Cuba Tuan tengok kereta tu kot-kot tuan kenal tu kereta siapa'.

Telefon Jimmy disanbut oleh Dani. Kemudian dia memerhati dengan teliti setiap saat video yang dimainkan itu. Kelihatan Khaleesa sedang berjalan keluar dari dobi kemudian berjalan ke arah sebuah kereta yang menunggunya.

'Ford Ranger?'

Baru dia teringat yang Fakri baru saja membeli sebuah kereta Ford Ranger tetapi dia tidak pasti adakah benar yang memandu kereta itu adalah Fakri. Kemudian dia perhatikan pula nombor pendaftaran kereta tersebut.

'Nombor plat Pahang ni. Jimmy, minta orang kita tolong cek kan nombor plat ni, minta detail pemiliknya' arah Dani.

'Baik Tuan'. Jimmy mengambil semula telefon bimbitnya lalu menghantar video itu kepada seseorang. Tidak sampai lima minit, dia sudah mendapat jawapan.

'Tuan, dah dapat detail owner. Fakri Hazim bin Mohsin. Lot 11, Kampung Sinar Bulan, Temerloh Pahang. Tuan kenal ke siapa orang tu? Nak kami cari dia ke?' Kata Jimmy.

'Tak perlu. Saya kenal dia. Lagipun bukan dia culik Cik Khaleesa. Cik Khaleesa yang pergi dengan dia'. Kata Dani.

Sejujurnya dia sedikit kecewa. Mengapa Khaleesa berahsia dengan dia?. Mengapa Khaleesa pergi bersama Fakri? Dia tidak pernah memaksa Khaleesa untuk stay dengannya. Dia boleh membuat pilihan jika dia benar memilih Fakri. Atau selama ni mereka memang ada hubungan di belakangnya?

'Saya rasa kena cari mereka juga Tuan. Macam mana kalau betul dia culik Cik Khaleesa?' Kata Han.

'Tak payah. Korang sendiri tengok rakaman CCTV tu kan. Dia sendiri yang masuk ke kereta. Bukannya orang tu heret dia. Biar lah. Dia ada hak untuk ikut sesiapa yang dia nak. Lagipun saya bukan sesiapa dengan dia'.

Dani bingkas bangun dari kerusi lalu beredar keluar dari rumah itu. Dia ingin terus pulang ke rumah. Tidak ada mood nak menyambung kerja di office.


Khaleesa menangis di tepi tingkap bilik tidurnya. Dia tidak menyangka yang ibunya telah berpakat dengan Fakri untuk menikahkan mereka hujung minggu ini. Bukan itu sahaja, malah telefon bimbitnya juga turut dirampas oleh ibu sebaik saja dia sampai di rumah tadi.

'Kalau lah aku tak bodoh terpedaya dengan kata-kata ibu pagi tadi, mesti tak kan jadi macam ni. Dah la Tak sempat bagitahu Dani yang aku balik kampung. Nak minta tolong dia pun, aku tak ada telefon'. Bisik Khaleesa didalam hati.

Pintu bilik dibuka. Ibu Khaleesa masuk ke dalam lalu duduk di sebelahnya.

'Kaklong tak payah nangis-nangis. Ni keputusan muktamad ibu. Kaklong kena juga nikah dengan Fakri. Ibu dah janji dengan Haji Mohsin nak kahwinkan kaklong dengan Fakri' kata ibunya.

MY SEXY MR DANIWhere stories live. Discover now