Rasa bahang di dalam bilik itu mematikan rasa mengantuk Dani. Badannya berpusing ke kiri kemudian ke kanan pula. Serba tidak kena. Kipas kaki yang dihala kearahnya menunjukkan tahap kelajuan yang maksimum namun tidak terasa anginnya.
Dia memandang ke arah Awi yang sedang membuat ulang kaji pelajaran di meja belajar biliknya.Aled, seorang lagi adik lelaki Khaleesa sudah keluar ke kelas tambahan untuk menghadapi peperiksaan PMR. Manakala Khameela pula telah keluar ke rumah kawan sekelasnya untuk study group.
'Awi tak panas ke?' Soal Dani kepada adik bongsu Khaleesa itu.
'Panas jugak. Tapi dah biasa dah. Awi dari tadi tengok abang Dani macam cacing kepanasan. Tergolek-golek. Kesian abang. Mesti tak biasa kan?' Kata Awi sambil ketawa.
'Abang okay je. Cuma abang tak selesa baju ni basah kena peluh'.
'Lah.. tanggal jela baju. Awi dengan Aled pun tidur tak pakai baju. Lagipun, kaklong tengah tidur tu. kakngah pula dah keluar. Tak ada maknanya kaklong nak tengok' kata Awi selamba.
'Tak sopan pula la kalau abang tak pakai baju dekat rumah ni. Segan'. Kata Dani.
'Alah, bang. Nak segan apa nya?. Aurat lelaki dari lutut sampai pusat kan? Abang pakai la seluar atas pusat. Apa susah?'.
Dani tersenyum.
'Budak Awi ni banyak mulut. Ada je nak menjawab. Sama macam kakak dia, si Khaleesa tu'. Kata Dani didalam hati.
'Abang Dani, kejap ya. Sakit perut pulak. Saya nak pergi tandas ni. Abang Dani bukak jelah baju tu. tak payah segan. Buat macam rumah sendiri' kata Awi sebelum berlari keluar dari bilik. Perut nya semakin memulas. Ni mesti kerana termakan nasi goreng basi di kantin pagi tadi.
Dani menanggal bajunya lalu digantung ampaian tuala. Badannya yang kekar itu dihala ke depan kipas.
Sejuk. Segar.
Sedang dia menikmati angin yang hinggap di tubuhnya itu, tersengar suara seseorang memberi salam dari luar rumah.
Dia keluar dari bilik. Awi masih lagi di tandas. Lalu dia ke pintu dan membukanya untuk melihat siapa tetamu yang datang itu.
'Assalamualaikum'.
'Waalaikumussalam'. Balas Dani sambil membuka pintu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Fakri yang berdiri di luar rumah sambil memegang satu bungkusan plastik.
Fakri memandang Dani dengan perasaan yang curiga. Kenapa dia tidak berbaju?'.
Badan Dani yang sasa itu ditenung lalu dibandingkan dengan tubuh badannya. Ada sedikit perasaan 'insecure'.
'Kau buat apa dekat rumah ni? Lisa mana?'.
Dani memandang Fakri dengan wajah yang selamba.
'Kan Makcik Rita jemput aku ke rumah dia. So, salah ke aku ada dekat sini?' Jawab Dani dengan nada yang berlagak.
'Aku tanya mana Lisa?'.
'Dia tengah tidur'.
'Kk..kau.. kau tidur dengan dia?'.Soal Fakri tergagap-gagap. Dengan keadaan Dani yang tidak berbaju itu, susah untuknya berfikiran positif.
'Kenapa?' Soal Dani sepatah. Saja hendak memanaskan suasana.
'Aku tanya kau. Kau tidur dengan dia ke?!'. Kali ini nadanya ditinggikan sikit. Seakan menengking.
YOU ARE READING
MY SEXY MR DANI
RomanceTinggi, kacak, matured, smart, kaya, luxury lifestyle.Itulah antara tarikan yang ada pada Dani yang membuatkan para wanita ingin mendekatinya. Bukan mudah seorang lelaki bernama Dani jatuh cinta pada mana-mana wanita. Baginya semua wanita yang diken...