'Nah, lima puluh ribu. Hutang aku kira settle ya'. Jerit Remy sambil menghempas sampul yang berisi wang tunai itu diatas meja depan Tauke Wong, ahlong yang dia berhutang.
Dia terpaksa meninggikan suaranya dek kerana suasana yang hingar bingar di dalam kelab malam milik Tauke Wong itu membuatkan suaranya sedikit tenggelam.
'Wah.. banyak cepat lu bayar. Ada menang nombor ka?'. Soal lelaki cina itu sambil ketawa.
'Itu kau tak perlu tahu. Yang penting, aku dah bayar. Lepas ni, kau jangan kacau aku, jangan kacau girlfriend aku. Dan jangan datang lagi rumah aku. Antara kita dah selesai'.
'Dekat rumah lu tu girlfriend lu ka? Haiyaa.. apa pasal lu pergi jual lu punya girlfriend? Lu tak takut itu penyakit ka?'. Soal Tauke Wong sambil menghisap cerutnya.
Remy terkejut. Bagaimana Tauke Wong tahu yang dia melacurkan Tiara? Dia sebolehnya hendak merahsiakan hal ini kerana bimbang jika Tiara diapa-apakan ooeh Tauke Wong.
'Itu bukan girlfriend aku. Itu kawan aku'.
'Owh. Kawan lu. Kalau macam tu, lu jual saja la sama gua. Lu punya kawan pun banyak cantik woo. Serupa itu artis. Gua offer special price punya. Ha ha ha'. Tauke Wong ketawa.
'Dia tak berminat. Sorry'. Kata Remy sambil berlalu pergi.
'Tunggu!'.
Arah Tauke Wong. Kemudian lelaki cina itu bangun dan berjalan ke arah Remy sambil membawa sampul berisi duit yang diberi kepadanya tadi.
'Apa kata lu ambil balik lu punya duit ni, simpan elok-elok bawah katil. Esok lu datang, bawa itu amoi cantik, kasi dia kerja sama gua. Kelab gua ni pun dah lama tak ada amoi baru. Ini semua hampir expired punya. Lu punya amoi gua boleh letak tempat VVIP sana. Ini lima puluh ribu, kira deposit. Esok lu datang sini, gua bagi lagi lima puluh ribu. Apa macam?'. Tauke Wong bertanya sambil mengangkat keningnya.
'Kau simpan balik duit ni, jangan mimpi nak dapat dia. Satu ratus ribu tu tak cukup la. Satu minggu pun aku boleh dapat lebih dari tu kalau aku nak'. Kau cari la perempuan lain. Import amoi siam ke. Jangan kacau aku punya perempuan ya'. Kata Remy sambil berlalu pergi.
'You, Tiara tak dapat dihubungi lagi. I risau lah'. Kata Khaleesa semasa dia turun bersarapan bersama Dani.
'Kenapa dengan Tiara?'.
Satu suara mencelah dari dapur. Dan suara itu tidak lain dan tidak bukan adalah milik Rafael.
Dani dan Khaleesa berpandangan sesama sendiri. Mampus!. Mereka sebolehnya hendak merahsiakan dari Rafael. Bimbang jika kecoh atau Rafael membuat sesuatu di luar jangkaan.
'Morning Rafael. Jom breakfast sekali'. Khaleesa cuba untuk mengubah topik.
'Cik Khaleesa dengan tuan Dani tak jawab lagi soalan saya. Kenapa dengan Tiara?'. Kali ini Rafael menjadi lebih serius.
'Tak ada apa-apa, Raf'. Dani melabuhkan punggungnya di kerusi meja makan. Khaleesa mengambil tempat di sebelahnya. Nasi lemak dan sambal sotong yang dimasak oleh Mak Som diisi kedalam pinggan.
'Tadi saya dengar. Cik Khaleesa cakap Tiara tak dapat dihubungi. Ada apa-apa yang terjadi ke?'. Raf masih lagi berdiri di depan Dani dan Khaleesa.
Khaleesa memandang Dani. Kemudian Dani memberi isyarat kepada Khaleesa supaya memberitahu hal yang sebenar kepada Rafael.
'Dah hampir dua minggu saya tak dapat contact Tiara. Handphone dia off. Saya tak tahu kenapa'. Kata Khaleesa.
'Hah?!!. Kenapa tak bagi tahu saya awal-awal? Saya boleh tolong cari dia'. Kata Raf.
'Awak jangan risau, Raf. Dia dekat sana pun dengan boyfriend dia. Lagipun saya dah minta tolong Mr. Raymond untuk cari Tiara dekat sana'.
'Tuan yakin ke dia selamat dekat sana dengan boyfriend dia tu. Dan kalau jadi apa-apa dekat dia macam mana?. Saya tak yakin Mr. Raymond boleh jumpa Tiara.
'Kalau Tiara tak selamat atau masih tak jumpa dia, awak boleh pergi. Tapi sekarang ni, saya dah serahkan kepercayaan saya pada Mr. Raymond. Awak jangan masuk campur dulu'.
'Baiklah kalau Tuan dah cakap macam tu'. Rafael terpaksa akur.
Dari ceruk dapur, dua pasang telinga sedang mencuri-curi dengar perbualan antara Khaleesa, Dani dan Rafael. Sudah menjadi habit mereka untuk mencuri dengar perbualan orang lain kemudian mula bergosip sesama sendiri.
'Mak rasa, apa yang terjadi dekat perempuan tu?'. Ainul mula hendak bergossip.
'Entah lah. Agaknya kena jual kot. Tak pun, dah mati'. Kata Mak Som dengan bersahaja.
'Shhh!!. Mak jangan la cakap kuat-kuat. Kalau dorang dengar, mati la kita. Lagi-lagi si Raf tu'. Ainul berbisik-bisik.
'Mak cakap kuat ke? Rasanya biasa je tadi'. Mak Som pula berbisik sambil menutup mulutnya.
'Setia betul si Raf tu kan mak. Rasanya dah masuk tiga bulan dah si Tiara tu tak ada. Dia masih lagi teringat kat perempuan tu, ambil peduli pasal perempuan tu'. Kata Ainul sambil mengelap dapur.
'Tu lah kau, tak nak try si Rafael tu. Kurang-kurang ada la orang nak kidah pasal kau. Daripada jantan kau mengangkut tu. Apa pun tak boleh pakai'. Kini giliran Mak Som memerli Ainul. Walaupun dia sudah memaafkan kesalahan Ainul, tidak bermakna dia boleh melupakannya.
'Ish, mak ni. Tak payah la nak mengungkit lagi. Benda dah lepas kan. Lagipun Ainul tak nak la si Raf tu. Ainul nak Tuan Dani je'. Kata Ainul sambil tersenyum simpul.
'Tak payah nak berangan la Ainul. Lupakan jela. Mak pulak kesian tengok kau ni dah macam apa dah. Lagipun kalau nak dibandingkan antara kau dan si Khaleesa tu, jauh panggang dari api. Kau tengok la dia tu sikit punya cantik, bergaya'.
'Eh mak ni. Backup la anak sendiri. Tak baik tau'. Ainul memuncungkan bibirnya.
'Aku ni bercakap atas fakta je. Kadang-kanang kita kena cermin diri sendiri. Dah lah. Kau teruskan lap dapur tu. mak nak cuci kain dekat belakang'.
Mak Som berlalu pergi meninggalkan Ainul di dapur. Sambil mengelap, matanya masih memerhatikan merpati dua sejoli itu. Kadang-kadang dia mengomel sendirian. Selesai mengelap, dia beredar ke ruang tamu untuk mengvakum carpet. Semasa dia melintasi mereka bertiga, sempat dia berikan jelingan maut.
'Satu ratus ribu? Banyak tu. Apasal kau tolak?'. Kata Hasnol sambil menyedut rokok seludup yang dibeli di kedai aceh.
'Satu ratus ribu aku dapat sedebuk. Sesaat pun boleh habis. Kalau aku simpan dia, makan tak habis bro'. Kata Remy sambil ketawa.
'Aku dah lama nak tanya kau ni. Tapi kau jangan marah tau'. Kata Azuan pula.
'Apa benda? Tanya la'. Remy menghirup teh tarik yang dari tadi tidak diusik.
'Kau sebenarnya sayang ke tak dekat awek kau tu'.
'Sayang la, gila!. Apa pasal kau tanya macam tu?'. Remy kehairanan.
'Apa pasal kau tanya aku? Laki mana yang sanggup lacurkan awek sendiri tapi mengaku sayang? Orang gila je tau yang cakap macam tu'.
'Aku buat bersebab. Kau tahu kan ahlong semua cari aku. Sewa rumah dah tertunggak. Bisnes tak jalan. Mana lagi aku nak cekau duit?. Ini aku terpaksa tau. Lagipun dia yang cabar aku'.
'Lagipun kau tengok la, customer dia bukannya sebarangan. Aku bagi VVIP tau. Daripada aku bagi jantan merapu-rapu tu. lagi naya'. Kata Remy sambil membuat muka tidak bersalah.
'Sampai bila?'. Soal Azuan.
'Sampai aku rasa tak perlu. Tak, sekarang ni apasal kau tiba-tiba nak care pasal awek aku ni? Dulu kemain lagi bagi aku idea suruh jual awek aku. Kau dah jatuh cinta dengan dia ke apa?'.
'Bukan macam tu. Aku tiba-tiba rasa kesian pulak dekat dia. Aku bayangkan nasib adik perempuan aku nanti kalau terjadi macam dia'. Kata Azuan.
'Kau tak payah risau la. Dia ni beza dengan adik kau. Bukannya dia tak pernah buat benda-benda macam ni'. Kata Remy dengan Angkuh.
Tbc
YOU ARE READING
MY SEXY MR DANI
RomanceTinggi, kacak, matured, smart, kaya, luxury lifestyle.Itulah antara tarikan yang ada pada Dani yang membuatkan para wanita ingin mendekatinya. Bukan mudah seorang lelaki bernama Dani jatuh cinta pada mana-mana wanita. Baginya semua wanita yang diken...