AWEK RECEPTIONIST

452 12 0
                                    

Azan asar yang berkumandang mengejutkan Rafael dari tidur. Dengan terpisat-pisat dia mencapai telefon bimbitnya.

'Lah, dah asar dah. Lamanya aku tidur'. Dia bingkas bangun dan mencapai tualanya yang disidai di kerusi. Bilik hotel berkeluasan 320sqf itu agak kecil dari kebiasaan hotel yang dia tinggal tetapi oleh kerena hotel ini sahaja yang berdekatan dengan kelab yang Tiara bekerja, maka dia tidak ada pilihan.

Selepas selesai mandi ketika Rafael bersiap-siap, telefon bimbitnya berdering. Tertera nama 'Tuan Dani' di skrin. Dia segera menjawab panggilan tersebut.

"Hello, Tuan".

"Hello, Raf. Dah sampai ke?".

"Saya dah sampai Kedah pagi tadi. Maaf saya terlupa nak bagitahu. Penat sangat masa sampai tu". Kata Raf.

"It's okay. Saya dah arrange kereta untuk awak. Nanti ada seorang lelaki nama Ahmad akan hantar kereta dekat awak. Sekarang awak ada dekat mana?".

"Hotel Chloe. Dekat bandar pusat".

"Hotel bajet? Kenapa tak duduk hotel lain?". Soal Dani kehairanan. Bukannya Rafael tidak ada duit.

"Hotel ni dekat belakang kelab Tauke Wong. Senang saya nak usya dulu. Eh, tapi kenapa tuan nak hantar kereta? Kan saya ada motor".

"Takkan nak bawa Tiara balik KL naik motor pulak kan?". Kata Dani sambil ketawa.

'Owh ya lah. Lupa pulak saya. Sorry susahkan tuan. Saya pun tak terfikir nak ambil kereta dekat rumah".

"Small matter, Raf. Owh ya, Ahmad akan sampai dekat bawah hotel lagi 15 minit. Nanti tunggu dia dekat bawah ya".

"Motor saya macam mana pulak?".

"Itu pun saya yang akan uruskan. Just go save her and bring her back, okay?".

"Okay tuan, terima kasih banyak-banyak".

Raf mati kan panggilan. Langsir bilik dikuak. Kelihatan tinggap basah dengan rintik hujan.

'Patutlah sejuk semacam, hujan rupanya'. Gumam Rafael didalam hati. Kemudian dia menyarung hoodie hitamnya dan dipadankan dengan cargo pants bewarna hitam. Rambutnya pula diikat gaya messy bun seperti biasa. Setelah dia berpuas hati dengan gayanya itu, dia mencapai telefon bimbit, dompet dan kotak rokoknya diatas meja dan berlalu keluar dari bilik.

'Bagus juga tuan Dani hantar kereta. Senang sikit nak keluar cari makan hujan-hujan macam ni. Pekena pulak bihun sup utara. Perrghh'. Kata Rafael.

Setibanya Rafael turun di lobi hotel, dia disapa mesra oleh gadis receptionist yang menjaga kaunter reception hotel itu.

'Selamat petang'. Sapa gadis receptionist itu sambil tersenyum.

Rafael hanya senyum dan mengangguk kepala tanda hormat dan terus keluar dari pintu hotel dan mengeluarkan sebatang rokok lalu menghidupkan api. Kemudian dia bersandar di dinding menghayati setiap sedutan asap yang masuk ke paru-parunya.

'Hai, encik Rafael kan?'. Tiba-tiba gadis receptionist itu muncul di tepi Rafael yang sedang leka menghayati sedutan asap sambil mendengar rintik-rintik hujan itu.

Rafael terkejut. Cepat-cepat dia membuka mata dan mengalihkan rokoknya ketepi sekadar menghormati gadis itu agar tak terkena asapnya.

'Ya,saya. Kenapa?'.

'Saya Aqilah. Receptionist hotel ni'. Kata gadis berambut merah itu tersenyum sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam.

'Rafael, panggil Raf je. Sorry, saya tak salam perempuan'. Kata Rafael bersahaja sekadar untuk mengenakan gadis itu.

'Opss.. sorry'. Kata gadis itu sambil menarik semula tangannya.

'Encik Raf mesti bukan orang sini. Encik dari mana?'. Soal gadis itu sambil tersenyum-senyum.

'K.L'. Jawab Rafael pendek.

'Owh. Datang sini ada urusan apa?'.

'Personal'. Sepatah saja jawapan Rafael.

'Awak tanya saya macam-macam ni kenapa? Awak polis ke?'.

Gadis itu tergelak.

'Eh, mana ada polis. Kan saya kerja sini. Tak ada lah. Sebenarnya pagi tadi masa first time saya nampak encik Raf datang pagi tadi saya dah mula minat dekat encik dah. Dengan muka kacak macam Benny Amirul nya, dengan motor besar nya, eyyy memang taste saya lah'. Kata Aqilah tanpa malu-malu.

'Benny Amirul? Siapa tu?'.

'Lah, encik Raf tak kenal ke? Pelakon Malaysia lah. Sebiji macam muka encik Raf'. Kata Aqilah bersungguh-sungguh.

'Tak kenal. Saya tak tengok TV. Sekarang ni awak dah ganggu saya smoking. Rokok saya pun dah tinggal separuh ni melayan awak punya pasal. Baik awak cakap awak nak apa'. Kali ini Rafael sedikit serius.

'Okay okay. Saya straight to the point ye. Saya nak ajak encik Raf keluar. Pergi makan ke, jalan-jalan ke. Syif saya habis pukul 7 malam. Lagi 1 jam setengah. Lepastu kita boleh keluar makan. Nak?.

'Saya tak lapar'. Jawab Rafael walaupun perutnya berkeroncong lagi kuat dari lagu ciptaan Pak Ngah.

'Okay kalau tak pergi makan pun, saya bawak encik Raf pusing-pusing bandar sini nak? Encik Raf kan orang luar. Bila orang luar datang, mesti lah saya kena bawak encik Raf melihat keindahan tempat ni'. Kata Aqilah bersungguh-sungguh.

'Ermm.. tawaran awak ni tak menarik lansung. Sorry saya tak berminat. Saya datang sini bukan untuk nak jalan-jalan. Next'. Kata Rafael sambil menyelak ke belakang rambut depanya yang jatuh ke dahi.

'Ermmm.. semua taknak. Susah la nak ajak encik Raf keluar ni. Takkan nak ajak pergi club baru nak keluar'. Kata Aqilah sambil memuncungkan bibirnya.

'Saya memang nak pergi club, tapi bukan dengan awak'. Kata Rafael sambil ketawa.

'Ishhh Encik Raf ni. Malas lah nak cakap dengan encik dah. Suka sangat kenakan saya'. Aqilah mula menarik muka merajuknya dan berjalan masuk ke hotel.

'Atiqah, kejap!!'. Raf menghentikan gadis itu.

'Ishh siapa pulak Atiqah? Saya Aqilah lah!'. Gadis itu menghentak kakinya.

Rafael tergelak kecil. Kelakar pulak budak ni.

'Okay okay. Sorry Aqilah'. Okay, saya setuju nak keluar makan dengan awak, nak keluar jalan-jalan dengan awak dan pergi club dengan awak. Tapi tak ada maksud apa-apa tau. Sekadar kawan je ya. Tapi ada satu syarat'. Kata Rafael.

'Syarat apa pulak?'. Haishh nasib baik encik Raf ni bukan boyfriend saya. Kalau boyfriend saya, dah lama saya tumbuk'. Kata Aqilah sambil menunjukkan buku limanya yang kecil itu.

'Nanti saya bagitahu'. So, pukul 7 saya tunggu awak kat sini ya'. Kata Rafael.

'Kita naik motor ke? Tapi hujan macam ni selalunya 2-3 jam lagi berhenti'.

'Tak apa, kita naik kereta lah. Kejap lagi kawan saya hantar kereta ke sini'.

Baru sahaja cakap, tiba-tiba Rafael terdengar bunyi enjin kereta menderu makin dekat ke arahnya. Dari jauh dia melihat sebuah kereta Nissan Skyline berjalan menuju kearahnya dan berhenti di depan hotel itu.

Lelaki yang memandu kereta itu keluar dan berjalan menghampiri Raf dan Aqilah.

'Ahmad'. Lelaki itu menghulurkan Kunci kereta kepada Rafael.

'Rafael'. Rafael menyambut kunci itu dengan senyuman.

Kemudian Ahmad pergi meninggalkan mereka dengan menaiki sebuah kereta lagi.

'Seriuslah encik Raf, kita naik kereta gi? Gila gempak. Encik Raf ni kerja apa sebenarnya?'. Soal Aqilah dengan teruja.

'Jangan panggil saya encik lah. Menyampah pulak. Panggil Raf je'.

'Hehehe.. okay Raf'. Jumpa pukul 7 nanti'. Kata Aqilah sambil berjalan masuk ke hotel meninggalkan Rafael sendirian di luar menghabiskan sisa rokoknya.

   

                                       Tbc

                       

MY SEXY MR DANIWhere stories live. Discover now