BAD DREAMS

409 12 0
                                    

'Temperature naik ni. Tank air dah kosong'. Kata Azuan saat dia memeriksa bahagian enjin vannya.

'Habistu macam mana?. Mana nak cari mekanik malam-malam buta tengah-tengah highway ni'. Kata Tiara keresahan.

'Tak payah mekanik. Tunggu dia sejuk kejap. Lepastu tambah air, settle'. Kata Azuan sambil membelek-belek van nya itu.

'Lambat lagi ke? Aku takut kalau Remy datang. Macam mana kalau dia tahu yang aku akan lari ke KL?'.

'Jangan risau la. Aku tak rasa dia akan datang sini. Paling-paling pun dia pusing satu Kedah. Kau tunggu dalam van dulu. Sejuk ni'. Kata Azuan.

Tiara akur. Lalu dia masuk semula ke bahagian penumpang di depan van.Baru sahaja dia hendak melelapkan mata, sebuah kereta berhenti di depan van Azuan. Dan dia cukup kenal akan pemilik kereta itu. Dadanya berasa berat seperti hendak menangis. Dia menggigil.

Remy turun dari keretanya dan berjalan meluru ke arah Azuan. Tidak semena-mena satu tumbukan hinggap di pipi Azuan.

'Mana perempuan tu?'.

'Perempuan mana? Apasal kau tiba-tiba nak tumbuk aku ha?'. Azuan berpura-pura tidak tahu.

'Jangan ingat aku tak tahu yang kau ambil perempuan tu dekat hotel. Aku dah tengok CCTV. Sial kau Azuan. Aku percaya kau tapi kau tikam belakang aku. Kau kawan baik aku! Kenapa kau buat macam ni?'.

'

'Sebab aku kawan baik kau lah aku tak nak kau jadi binatang macam ni'. Azuan mula membalas tumbukan Remy dan menjadi pergelutan antara mereka.

'Binatang? Oh.. bila kau langgan dia, tak ada pulak kau nak cakap aku binatang. Bila aku langgankan dia dekat orang, kau nak cakap aku binatang pulak?. Sekarang ni siapa yang binatang?'.

Oleh kerana saiz badan Azuan yang sedikit kurus dan kecil, tenaganya tidak mampu untuk mengalahkan Remy yang agak sasa itu. Satu tumbukan padu di muka telah membuatkan Azuan jatuh tergolek di tepi longkang highway itu.

Tiara yang hanya curi-cuti melihat pergelutan mereka dari dalam van, mengambil keputusan untuk keluar lari ke dalam hutan di tepi jalan highway itu.

Remy menoleh saat terdengar bunyi pintu van dibuka. Kemudian dia melihat Tiara berlari keluar menuju ke arah hutan.

'There you are'. Kata Remy sambil tersengih.

'Tiara!! Lari!!'. Jerit Azuan sebelum dia jatuh pengsan.

Dress ketat dan high heels menyukarkan Tiara untuk berlari dengan laju. Air matanya turun dengan deras. Tak kisah la apa bahaya yang ada si dalam hutan itu asalkan dia dapat lari dari cengkaman Remy.

Remy berjalan sahaja untuk mengejar Tiara. Tidak perlu tenaga yang banyak untuk berlari kerana larian gadis itu sama seperti langah dia berjalan.

'Yuhuuu... Mana nak lari tu'. Kata Remy sambil bersiul.

Peluh dan air mata Tiara membasahi muka dan rambutnya. Sesekali dia terjatuh akibat tersangkut dengan ranting-ranting kayu.

'Berhenti Tiara!. Atau kau nak aku kejar dan ajar kau cukup-cukup?'.

'Dah lah Remy. Kau lepaskan lah aku. Aku janji aku tak laporkan pada polis dan sesiapa'. Rayu Tiara.

MY SEXY MR DANIWhere stories live. Discover now