DUA RATUS RIBU

703 17 2
                                    

'Huh?!!. Dua ratus ribu?. Banyak nya, bu. Kaklong tak dapat nak cari duit banyak macam tu'.

Khaleesa agak terkejut apabila ibunya memberitahu bahawa ayahnya terkena serangan jantung dan perlu melakukan pembedahan dengan segera.

Memandangkan kondisi ayahnya agak teruk, mereka terpaksa melakukan pembedahan di hospital swasta kerana senarai menunggu agak sikit berbanding hospital kerajaan.

Mereka bukan keluarga yang senang. Ayahnya cuma penoreh getah dan ibunya hanya surirumah. Dengan gaji yang tak seberapa itu lah mereka membesarkan anak-anak mereka seramai 4 orang.

Oleh kerana itu lah Khaleesa mengambil keputusan untuk berhijrah di Kuala Lumpur untuk mencari rezeki membantu keluarganya di kampung.

'Tolong lah, kaklong. Cari la jalan macam mana nak dapat duit tu. kaklong boleh buat loan kan?. Bukan ke gaji kaklong besar?. Mesti bank luluskan. kaklong tak kesian dekat abah ke?.'

Ibunya mula membuat dia berasa serba salah.

'Kesian memang kesian,bu. Tapi banyak sangat. Hmm. Tak apa,bu. Ibu jangan risau. Nanti kaklong usahakan. Ibu bagi kaklong masa ya'.

'Jangan lambat sangat,kaklong. Doktor cakap hari rabu dah nak operate'. Kaklong jangan jadi anak derhaka tau. Tak cium bau syurga nanti kalau tak sayang ibu bapa'.

'Ye,bu. Kaklong janji. Sebelum isnin kaklong bagi, ya. Assalamualaikum,bu.'

Khaleesa matikan panggilan tersebut. Fikirannya berserabut.

'Dua ratus ribu?'

Fuck!!

Dia menekup mukanya dengan kedua belah tangan. Begini rasanya menjadi anak sulung. Sejak dahulu lagi dia perlu memikul beban keluarga.

'Kalau lah ibu tahu bagaimana susahnya cari duit, mesti ibu takkan push aku macam ni.' Bisik Khaleesa didalam hati. Tetapi dia tetap kesian kepada ayahnya. Bagaimanapun dia harus cari duit untuk pembedahan ayahnya tu.

'Kaklong janji, bah. Kaklong cari duit untuk abah. Abah kuat, ya'.


Dani sedang duduk menyandar di kerusi bilik pejabatnya. Fikiran dia asyik tertumpu kepada Khaleesa. Sudah lebih seminggu kejadian itu berlaku dan semenjak itu juga lah dia tidak menghubungi gadis itu.

'I really miss you, Khaleesa. I really do.' Bisik Dani didalam hati.


'Cik Khaleesa'.

Panggil pegawai bank itu.

'Maaf cik. Pihak kami tidak dapat memberikan pinjaman kepada cik kerana cik tidak bekerja tetap dan cik tiada mendaftar mana-mana syarikat sebagai sumber perniagaan. Saya minta maaf ya'. Kata Encik Wahid, pegawai bank di Bintang Bank itu.

'Tapi Encik sendiri tengok statement bank saya kan?. Lagi kukuh dari pekerja-pekerja yang berpangkqt tinggi'. Balas Khaleesa.

'Benar, cik. Kalau nak diikutkan, memang statement bank cik ni sangat kukuh. Tetapi untuk membuat pinjaman sebanyak itu, tiada jaminan untuk pihak kami'.

'Hmm.. tak apa la macam tu. saya balik dulu. Terima kasih'.

Khaleesa lantas bangun dan beredar keluar dari Bintang Bank itu. Masuk kali ini, sudah empat buah bank yang dia pergi. Tetapi jawapan tetap sama.


'Babe, it two hundred thousand. Not two thousand. Mana i ada duit banyak macam tu'. Kata Tiara.

Dia terkejut apabila Khaleesa meminta untuk meminjam wang sebanyak itu.

'Ala, babe. Ayah aku urgent nak operation. Boleh tak kalau kau pinjam dekat sugar daddy kau? Aku janji aku bayar sikit-sikit'.

'Sugar daddy aku pun sekarang tengah ada problem dengan wife dia tau. Aku tak berani nak minta-minta duit lagi. Silap hari bulan, aku yang dia tendang keluar. Mana pergi duit kau yang banyak-banyak tu?'. Soal Tiara.

'Aku setiap minggu hantar duit ke kampung. Kau pun tahu kan mak aku tu auka mintak duit.

Lagipun dua adik aku nak peperiksaan besar. Jadi mereka perlukan duit untuk membeli buku rujukan dan untuk kelas tuisyen'. Aku nak mereka belajar betul-betul. Jangan jadi macam aku'. Keluhnya

'Sorry to hear that. Tapi aku rasa aku tahu siapa boleh tolong kau'. Kata Tiara.

'Siapa? Soal Khaleesa kehairanan.

'Your client?' Jawab Tiara.

'Client?. Who?'. Soal Khaleesa lagi.

'Your client la. Tak kisah la siapa-siapa. Kau kan ramai client yang kaya-kaya. Pinjam la dari dorang. Kata Tiara.

'Siapa pulak aku nak pinjam. Malu lah aku. Dah la aku bukan jenis nak contact selalu dengan client aku. Ahh. Tak nak la!. Bentak Khaleesa.

'Lah, kan kau siap pergi holiday lagi. Dani kan nama dia?. Try la pinjam dari dia'.

'No way!!. Aku taknak. Tak apa lah. Aku tahu mana aku nak cari duit. Thanks tau. Bye!'.

Panggilan dimatikan. Mana mungkin dia mahu meminta pertolongan dari Dani. Dah la dia larikan diri dari Dani. Buat malu je kalau cari lelaki itu semula semata-mata ingin meminjam wang.

Sedang dia berfikir, tiba-tiba Khaleesa mendapat idea. Lalu dia mendail nombor seseorang.

"Hello, Dato' Zefri. Can I meet you today? I have something to discuss with you".

- "Hello, Khaleesa. Sure, meet me at our usual coffee house. 5pm is it okay?

"Sure, Dato'. See you later. Bye!".

Talian dimatikan. Lantas dia bangun untuk bersiap. Hanya Dato' Zefri harapannya itu sekarang.

                                    Tbc

Thanks korang mana yang sudi support nukilan pertama saya ni. Tak sangka pula ada yang sudi baca. Cerita ni masa awal-awal memang agak boring tapi saya janji lepasni ia akan jadi makin menarik.

MY SEXY MR DANIWhere stories live. Discover now