SAFE

998 28 0
                                    

Khaleesa yang masih trauma dengan kejadian itu duduk memeluk lututnya di atas katil sambil termenung. Dani melabuhkan punggungnya di sebelah Khaleesa. Wajah kusut gadis itu ditenung.

'You are safe now, sayang . You fikir apa lagi?' Soal Dani.

'Abah I. I tengah fikir mana lagi I nak cari dua ratus ribu sebelum selasa ni'.

'You jangan fikir lagi pasal duit tu. Anggap je dah selesai' kata Dani sambil memegang tangan gadis itu.

'Apa maksud you?' Soal Khaleesa kehairanan.

'I bagi you duit tu. Hari selasa I hantar you balik kampung. Sempat la luka dekat bibir you ni kering' kata Dani sambil mengelap lembut luka di bibir Khaleesa menggunakan tisu yang dibasahkan.

Tangan Dani dipegang. Dani berhenti mengelap luka yang masih tinggal sedikit untuk dicuci.

'Why? Sakit ya?. Sorry. I'll do it slowly'. Kata Dani lembut.

'Betul ke you nak tolong I? You nak letak syarat juga ke?' soal Khaleesa berhati-hati. Trauma dengan Dato' Zefri mungkin.

Dani mengusap lembut kepala Khaleesa lalu merangkul kepalanya ke dada. Rambut Khaleesa dikucup lembut.

'Ada dua syarat. Nombor 1, janji dengan I jangan lari lagi. You're lucky because I can find you today'. Kata Dani.

'Khaleesa mengalirkan air matanya. Sedih bercampur dengan terharu. Sedih kerana apa yang menimpanya hari ini dan terharu kerana Dani menyelamatkan nya.

'Okay, I setuju. I janji lepas ni I dah tak lari lagi dari you. I janji. Ermm.. yang nombor 2?' Soal Khaleesa ingin tahu.

"Yang tu I akan fikirkan nanti . Yang penting syarat tu tidak akan menggugat kehormatan you'. Kata Dani dengan serius.

'Boleh pula macam tu? Habis tu bila you nak bagi tahu I syarat yang kedua tu?'

'I akan bagi bila perlu'. Balas Dani pendek.

Khaleesa hanya mendiamkan diri. Mahu atau tidak, dia perlu akur dengan syarat kedua Dani itu. Tapi apa yang dia pasti, Dani tidak seperti Dato' Zefri dan dia yakin dengan itu.

'Jom I hantar you balik. Duduk sini lama-lama nanti you makin trauma pula'.

Dani memimpin Khaleesa turun dari katil. Kelima-lima orang suruhannya siap sedia menunggu di luar bilik hotel. Setelah Dani dan Khaleesa keluar, mereka mengiringi kedua pasangan itu turun ke lobi di mana kenderaan mereka sudah menunggu di luar.

'Jimmy dan Sam, kamu berdua ikut aku. Yang lain boleh balik ke rumah' arah Dani.

'Baik, Tuan!'.

Kelima-lima orang suruhannya menjawab serentak. Lalu mereka berpecah di mana Jimmy dan Sam menaiki kereta G-Wagon bersama Dani dan Khaleesa dan tiga orang lagi menaiki Toyota Hummer.

'By the way, macam mana you boleh tahu I dekat hotel tu?' You stalk I, ya? Soal Khaleesa.

'No. I tak stalk you. Kan you dah cakap jangan ganggu you. Suruh I bagi you masa. So I akur dengan permintaan you'.

'Habistu?'.

'Tiara. Tiara yang bagitahu I'. Jawab Dani.

'Tiara bagitahu?. Dia call you? Dia mengadu dekat you ke?' Bertalu-talu soalan diberi kepada Dani.

'Tak tak. You jangan salah faham. Dia tak call I la. Tadi I pergi dinner. Then I terserempak dengan dia tengah makan sorang-sorang. So I buat-buat la tanya pasal you. And dia bagitahu yang you tak ada dekat rumah'.

'Dia cerita dekat I apa yang berlaku. Daripada ayah you perlu operation, mak you minta duit, loan bank you kena reject and sampai la Dato' Zefri. Dia bagitahu I untuk minta I tolong you. Selamatkan you. Itu je.

MY SEXY MR DANIWhere stories live. Discover now