SYARAT KEDUA DANI

781 16 0
                                    

Mereka tiba di Genting Highland pada pukul 7 malam. Dani menempah private bungalow kerana inginkan privasi untuk mereka berempat.

'Tuan, kami masuk bilik dulu ya' kata Han.

'Okay. Nanti pukul 8 malam korang siap-siap. Kita keluar makan'.

'Baik, Tuan'.

Dani memilih bilik yang bersebelahan dengan Khaleesa manakala bilik Han dan Rafael di tingkat bawah.

'Thanks, Dani'. Kata Khaleesa.

'You're welcome. Kalau adik-adik you ikut mesti best kan? I suka si budak Awi tu. banyak mulut'. Kata Dani.

'Hmm. Ikutkan hati, memang I nak bawak juga tadi. Tapi abah kan belum keluar hospital lagi. Nanti ibu cakap apa pulak'.

'It's okay. Next time kita bawak dorang okay?'.

Khaleesa tersenyum. Suka dia apabila Dani dapat menerima adik-adiknya.

Mereka masuk bilik masing-masing untuk berehat sementara menunggu masa untuk makan malam.

Sementara Han dan Rafael di dalam bilik, sedang bergosip tentang Mak Som, pembantu rumah separuh masa Dani.

Sebenarnya Mak Som merancang untuk menjodohkan anak daranya, Ainul dengan Dani. Ainul selalu juga ikut Mak Som ke villa. Bukannya hendak menolong buat kerja di villa itu, tetapi untuk mencuci mata. Jika Dani pulang ke rumah, dia mula lah buat-buat lap meja lah, vakum lantai la. Ada je akal nya.

'Kau biar betul? Mak Som buat muka?' Soal Rafael.

'Iye. Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri pagi haritu. Hari isnin tu kan, Cik Khaleesa ada dekat villa tu lagi. Bila dia nampak Cik Khaleesa dengan Tuan turun ke dapur, terus muka dia berubah. Lepastu Tuan suruh aku hantar Cik Khaleesa ke kondo dia untuk kemas barang-barang dia nak bawak balik ke kampung. Mak Som tanya aku, Cik Khaleesa tu siapa. Aku cakap la kalau nak tahu, tanya Tuan sendiri. Lepas tu dia marah aku pula'.

'Dia pandag Cik Khaleesa pun, jeling-jeling je weh. Kalau kau tak percaya, esok kita balik, kau tengok. Betul atau tak apa yang aku cakap ni'. Kata Han dengan bersungguh-sungguh.

'Kalau betul apa yang kau cakap ni, kau rasa kita perlu bagitahu Tuan Dani tak?'. Tanya Rafael.

'Entah la. Aku rasa tak perlu. Sebab dia takkan berani buat apa-apa dekat Cik Khaleesa. Cik Khaleesa bukan dalam bahaya pun. Cuma kalau Cik Khaleesa ada dekat rumah tu, kita kena berjaga-jaga lah'. Kata Han.

Rafael mengangguk-angguk kepalanya tanda setuju.

Mereka berempat selesai makan malam. Han dan Rafael meminta izin Dani untuk ke kelab malam yang ada di sana. Dani dan Khaleesa memilih untuk melepak di lereng bukit.

Dani melihat Khaleesa yang sedang memeluk tubuhnya menahan sejuk. Jaket kulit yang dipakai ditanggal lalu disarung ke bahu Khaleesa.

'Thanks'. Kata Khaleesa sambil tersenyum.

'I love that smile. It makes me calm'. Kata Dani.

Khaleesa tersipu-sipu malu apabila mendengar kata-kata Dani itu.

'I rasa ini waktu yang sesuai untuk I bagitahu you syarat kedua tu'. Kata Dani.

MY SEXY MR DANIWhere stories live. Discover now