RAFAEL

415 14 2
                                    

Rafael yang duduk di kerusi batu luar rumahnya menghembuskan asap rokok yang berkepul-kepul ke ruang udara. Angin sejuk di Fraser Hill itu menembus ke tulangnya walau tubuh badan disaluti dengan jaket tebal.

Selepas pemergian Tiara tempoh hari, Rafael membawa diri ke Fraser Hill. Di sana dia mempunyai sebuah rumah kecil gaya English style yang dibeli semasa mula-mula bekerja dengan Dani.

Sengaja dia pilih rumah yang jauh dari kota raya, kerana dia sejenis yang sukakan ketenangan dan kedamaian. Tambah lagi cuaca yang sejuk di Fraser Hill dan jarak yang tidak terlalu jauh dengan Kuala Lumpur membuatkan Rafael yakin dengan keputusannya.

Sedar tak sedar, sudah 3 batang rokok telah dihisap Rafael. Rambutnya yang sedikit panjang diikat gaya messy bun. Putung rokok yang terakhir dipicit di atas ash tray. Kopi yang sudah sejuk itu dihabiskan sebelum masuk ke dalam rumah.

Telefon bimbitnya yang dimatikan sejak dia tiba di Fraser Hill itu dihidupkan. Bertubi-tubi WhatsApp dan pelbagai notification masuk. WhatsApp Dani dibuka.

'Raf, kau kat mana? Let me know if you okay.'

Dia melabuhkan punggungnya di bucu katil. Mengambil masa yang lama untuk membalas.

'Saya okay, Tuan. Balik Fraser rehat dekat sini. Boleh tak kalau saya minta extend cuti lagi 2 hari? Saya akan balik hari ahad'.

Belum sempat dia meletakkan kembali telefon bimbitnya di atas meja, pantas mesej dari Dani masuk.

'Okay. Just make sure you come back on Sunday. Kamil cuti hari Isnin. Sam dan Jimmy ikut saya ke Jakarta. Tinggal Han sorang je'.

Rafael kemudian mematikan semula telefon bimbitnya itu. Kepalanya dibaringkan di atas bantal yang empuk itu.

Fikirannya kosong kecuali tentang Tiara sahaja. Entah mengapa sukar untuk dia melupakan gadis itu walau dia tahu yang gadis itu sudah berpunya.

'Apa agaknya khabar dia disana? Kenapa lah aku boleh tak terfikir nak minta nombor telefon dia haritu?. Nak minta dengan Cik Khaleesa, segan pula'.

Rafael bermonolog di dalam hati.


Mak Som dan Ainul tiba di villa Dani seawal pukul 7 pagi. Dia sudah dimakluman bahawa Dani ke Jakarta dan akan pulang pada hari rabu. Dani meminta dia mengemas rumah dan sediakan sarapan, makan tengahari dan makan malam untuk 5 orang.

'Mak, kan Tuan Dani pergi Jakarta dengan Jimmy dan Sam. Kamil pula cuti hari ini. Kenapa Tuan minta kita sediakan makanan untuk 5 orang?'.

Soal Ainul sambil mengupas kulit telur rebus untuk juadah nasi lemak.

'Mana lah aku tahu. Agaknya Kamil tak jadi cuti kot'. Jawab Mak Som dengan nada yang malas.

Matanya masih mengantuk akibat menonton marathon drama korea malam tadi, hingga tidak sedar jam menunjukkan pukul 2.15pagi.

'Morning'.

Sapa Rafael yang baru muncul dari pintu dapur villa itu.

'Amboi!. Ingat awak tu orang putih ke nak cakap morning morning. Cuba la bagi salam. Kita ni orang melayu'. Bebel Mak Som.

'Hah. Yelah. Assalamualaikum Mak Som, Ainul'.

'Hah. Macam tu lah bagus. Eh, lama Mak Som tak nampak kau? Mana menghilang? Tak kan makan hati dengan budak perempuan bohsia tu sampai bawa diri tak balik-balik' perli Mak Som.

MY SEXY MR DANIWhere stories live. Discover now