SELAMAT

421 16 0
                                    

Dani tiba di Bali untuk menghadiri mesyuarat tentang projek membina resort terbarunya di kota itu. Dia akan berada di sana selama lima hari bersama-sama Sam dan akan tinggal di hotel miliknya yang dibina tiga tahun yang lalu. Sampai sahaja dia di bilik suite miliknya di hotel itu, dia terus mengecas telefon bimbitnya. Lupa pula dia nak mengecas sebelum bertolak. Dia sejenis yang tidak suka membawa powerbank kemana-mana. Susah untuk dibawa katanya.

Sementara menunggu telefon bimbitnya hidup semula, dia mencapai towel dan masuk ke bilik mandi. Sam dan Kamil pula tidur di bilik sebelah.

Selepas selesai mandi, dia mencapai telefon bimbitnya. Terdapat 4 missed call daripada Raymond dan 6 mesej termasuk 3 keping gambar.

Dia cepat-cepat membuka mesej tersebut.

Mesej 1:
"Dani, I found her. Dia dah dijual di Kelab Silver Dragon sebagai GRO VVIP. You know the owner of the club right? Tauke Wong. I'm sorry I can't help her. Because Tauke Wong is my good friend. I don't want to have an issue with him. But you don't worry, I'll give some information that may help you to save her".

Mesej 2:
"Dia start kerja pukul 10 malam. Kau atau orang-orang kau boleh datang sini dan pura-pura melanggan dia. That's the only way to meet her. Sebab dia dikawal ketat. Aku Try nak beli dia pun Tauke Wong tak bagi. Nak bawak keluar pun tak boleh. Lepas dah dapat jumpa dia, pandai-pandai lah korang nak buat apa. But please, don't mention my name. He's still my friend no matter what".

Mesej 3:
"Oh ya. Nama dia dekat sana Rose. Bukan Tiara. And she's abused there. Hopefully you can save her very soon. Good luck".

Beserta mesej tersebut, tiga keping gambar telah disertakan sekali iaitu gambar Tiara, gambar lebam di tangan dan belakang badan Tiara serta gambar luar Kelab itu.

Dani melihat gambar itu satu per satu. Kemudian dia mengeluarkan keluhan kesalnya.

'Kenapa aku bodoh sangat selalu nak sedapkan hati Khaleesa sampai sanggup tak percaya apa yang dia cakap? Aduhh.. mati aku kalau dia dapat tahu ni. Aku kena rahsiakan dari dia'. Bisik hati Dani.

Khaleesa, Han dan Jimmy mengikuti Bella pulang ke kampungnya di Sarawak. Sambil-sambil mereka melawat ibu Bella yang sakit, boleh juga mereka berjalan-jalan di negeri itu. Hanya Rafael sahaja yang tidak ikut mereka kerana dia ingin berehat di rumahnya di Fraser Hill.

Dani tidak perlu risau jika semua orang tiada di rumahnya kerana dia masih ada dua orang pengawal keselamatan yang digajikan sejak Khaleesa ada di rumahnya.

Dani mendail nombor telefon Rafael. Dalam masa yang sama dia menyusun ayat yang sesuai untuk bercakap dengan Rafael tentang hal ini. Bimbang jika Rafael melenting dan melakukan sesuatu mengikut hati dan perasaan. Maklumlah, sentiasa berapi macam naga. Asyik nak menyembur orang je. Kerana apa yang mereka perlu buat ini, perlulah dengan secara terancang dan tidak boleh terburu-buru. Apatah lagi melibatkan pihak luar seperti Raymond.

Setelah beberapa deringan, panngilannya dijawab. Dani menarik nafas sebelum bercakap dengan Rafael.

"Hello, Raf. Tidur dah ke?'. Soal Dani sambil melihat jam di suite nya yang menunjukkan jam 12.15am.

Dia tahu yang Rafael belum tidur. Saja hendak berbasa-basi.

"Hello, tuan. Belum lagi. Baru sampai rumah ni. Kenapa tu?".

"Rumah Fraser?".

"Aah. Kenapa tuan? Nak saya balik KL sekarang ke?. Boleh je". Jawab Rafael tanpa ragu-ragu.

"Bukan. Bukan balik KL. Aku nak kau pergi ke Kedah".

"Tiara?". Suara Rafael sedikit ditinggikan.

"Raf. Calm down. Relax. Dengar dulu saya nak cakap". Dani cuba tenangkan Raf.

"Remy dah jual Tiara dekat Tauke Wong, bapa ayam dan owner clun Silver Dragon. Sekarang ni dia dipaksa kerja kat kelab tu sebagai GRO VVIP. And she's abused too'. Kata Dani dengan tenang.

"Fuck!! Mana tuan dapat info ni?".

"Dari Raymond. Tauke Wong tu kawan baik dia since high school. So dia tak dapat tolong selamatkan Tiara. Dia cuma bagi info dan minta kita selamatkan Tiara tanpa libatkan dia. Saya faham kenapa. It's two way relationship. Esok siang awak boleh gerak kesana. Dia mula kerja pukul 10 malam".

"Saya gerak sekarang, tuan".

"Tak payah, Raf. Gerak esok siang. Rehat dulu". Pujuk Dani.

"Tak apa tuan. Sampai Kedah saya boleh rehat. Biar awal jangan lambat"x

Dani mengeluh.

"Ok lah kalau awak cakap macam tu. Saya suruh Kamil teman awak".

"Tak payah, tuan. Saya nak bawa balik Tiara dan bunuh orang-orang jahat tu dengan tangan saya sendiri".

Dani terdiam.

"Ikut kamu lah,Raf. Tapi ingat, jangan bertindak mengikut perasaan. Ingat pesan saya".

"Saya tak janji. Okay, tuan. Saya gerak dulu".

Telefon dimatikan. Jaket kulitnya yang disangkut di belakang pintu tidak sampai 15 minit yang lalu dicapai semula. Kemudian dia mengeluarkan helmet spare nya di dalam almari kemudian dimasukkan ke dalam beg galas khas bersama dengan beberapa helai pakaian.

Setelah segalanya siap, dia mencapai helmetnya di atas meja ruang tamu sebelum keluar dari banglo kecilnya itu. Enjin motosikalnya dihidupkan kemudian menderu berjalan mencelah di kegelapan malam Fraser Hill itu.











'Lu ada cerita apa-apa ke sama Mr. Raymond tu?'. Soal Tauke Wong sewaktu Tiara selesai bekerja pada waktu malam itu.

'T..tak ada cerita apa-apa. Kenapa?'. Soal Tiara tergagap-gagap. Bimbang jika kantoi dengan Tauke Wong.

'Oooo... tak ada apa la. Gua ingat lu ada cerita apa-apa sama dia. Sebab itu Mr. Raymond tiba-tiba jumpa gua cakap nak beli lu. Gua tak kasi la. Gila ke nak jual lu. Nanti habis la customer gua lari'.

Tiara terdiam. Walaupun Raymond gagal membelinya, tapi dia tidak perlu risau. Sekurang-kurangnya Dani sudah tahu keberadaan dia. Dan dia sangat yakin yang Dani akan menyelamatkan dia dalam masa yang terdekat.

'Lu jangan mimpi tau gua mau kasi lepas lu. Berapa pun orang sanggup bayar lu, gua tak mau. Lu faham tak?'.

'Ff..faham, Tauke Wong'.

'Bagus. Lu kerja bagus-bagus, dengar cakap gua, lu pun senang. Gua senang kira punya orang. Lu baik sama gua, gua baik sama lu. Okay'.

Tiara mengagguk-angguk. Kemudian dia dan beberapa orang GRO dibawa pulang menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk pulang ke banglo Tauke Wong. Di banglo itu telah Tauke Wong telah sediakan bilik khas untuk GRO VVIP nya  manakala GRO kelas biasa ditempatkan di kondominium mewah yang dikawal ketat oleh orang-orangya.



                                     Tbc

MY SEXY MR DANIWhere stories live. Discover now